Misteri Di Sebalik The Arrival

Misteri Di Sebalik The Arrival



Tajuk : Misteri Di Sebalik The Arrival
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Publisher : HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
Harga: RM35.90 (Harga Promosi Serendah - RM35.00)


*  *  *

Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi
dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu menulis semua ini;
mengkhabarkan kepada kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku.

Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik:Di Sebalik Ramalan
Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat - Di sebalik The Arrivals.
Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas,
membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita.
Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan
keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu.

Apakah ia akan benar-benar berlaku? Temui fakta menarik ini kerana beliau akan membawa anda
mengembara ke alam misteri Imam Mahdi dan alam fantasi konspirasi Dajjal berdasarkan petunjuk hadis
akhir zaman, atsar yang jarang diperkatakan serta tulisan yang paling hampir mengenainya. Anda perlu
membaca buku ini, bahkan memilikinya jika benar anda tidak mahu terus diselubungi bayangan misteri.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara
bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di
bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal - Samiri, Haikal
Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru
dan sebagainya. Beliau menjadikan The Arrival sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan
hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi
pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama.

Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya.

Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia - Di Sebalik The Arrival.


Catat Ulasan


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger