Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis
Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis
Tajuk : Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis
Penulis: Syeikh Abdul Malik Bin Abdullah
Bil. Muka Surat : 495 muka surat
Terjemahan ke Rumi: Amdan Hamid
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM65.00 (Harga Kami Serendah - RM63.00)
* * *
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis merupakan terjemahan dan ulasan daripada seorang pelopor pengajian pondok secara tradisi yang tertua di Terengganu.
Beliau adalah seorang ulama yang masyhur di Terengganu iaitu Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau juga dikenali dengan nama Tok Pulau Manis sempena nama kampungnya, Kampung Pulau Manis (Serada), Kuala Terengganu.
Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya.Dan juga umpama buah-buahan.Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya.
Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan.Orang itulah yang sebenar dipujinya.Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya.Dan yang jahil tentangnya api neraka.Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.
Catat Ulasan