Terjemahan Tahrirul Mar'ah - Kebebasan Wanita (Jilid 1-6)

Terjemahan Tahrirul Mar'ah - Kebebasan Wanita (Jilid 1-6)



Tajuk : Kebebasan Wanita

Lengkap Jilid 1 hingga 6

Penulis : Abdul Halim Abu Syuqqah

Harga : RM250.00
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *



Sangat faham keperluan anda!

Antara isu menarik:
1. Keperibadian wanita dalam Al-Quran
2. Sikap wanita yang baik dalam Al-Quran
3. Keperibadian wanita dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim
4. Pelbagai sikap wanita
5. Kesedaran wanita terhadap hak dan kewajipan
6. Sahsiah dan keperibadian wanita dalam sirah
7. Etika pergaulan wanita dengan lelaki

KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH, ABDUL HALIM ABU SYUQQAH.

Hati sangat dekat dengannya. Semakin ‘dibaca’ semakin besar rasa percaya.
Percaya bahawa tiada agama yang lebih membela umatnya kecuali Islam.
Percaya bahawa Allah SWT paling memahami jiwa hamba-Nya.
Percaya bahawa syariat-Nya bukan beban tapi satu keperluan.

Terima-kasih buat ulama yang bernama Abdul Halim Abu Syuqqah yang telah mengarang kitab berkenaan isu-isu wanita kontemporari. Bagi saya, kitab ini adalah kitab karangan manusia terhebat pada zaman mutakhir ini berkaitan wanita.

Bahkan, pengerusi ulama sedunia, Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri memuji kitab ini. Beliau juga memberi kata pengantar hebat untuk kitab ini. Pengantar itu luar biasa manfaatnya. Sangat membuka mata. 


Antaranya:

1.       Syeikh al-Qaradhawi berkata, “ Mereka memikulkan ke atas pundak wanita beban penderitaan yang telah dan akan dialami umat manusia sejak Adam diciptakan sehingga tibanya kiamat nanti. Menurut keyakinan mereka wanitalah yang telah merayu Adam agar makan buah, sehingga Adam dan anak cucunya dikeluarkan dari syurga. Di dalam al-Quran, begitu juga dalam Taurat tidak ditemukan nas yang mengatakan bahawa wanita harus bertanggung jawab terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Adam. Bahkan Adamlah penanggung jawab utama, sementara wanita hanya pengikut.”

2.       “Ada beberapa pemikiran keliru mengenai wanita menyusup ke dalam benak sekelompok umat Islam sehingga mereka sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap watak dan peranan wanita.” Apa dia persepsi itu? Kenalah baca buku ni.

3.       Betapa berlebihannya mereka menindas hak-hak wanita. Mereka mengutip hadis-hadis sahih, tetapi tidak meletakkan pada tempatnya.  Mereka sering gunakan hadis yang menggambarkan wanita sebagai makhluk kurang akal dan agama, serta hadis berkaitan isteri sujud kepada suami.

4.       Al-Qaradhawi juga mengkritik hadis kononnya Rasul bertanya Fatimah, “Apakah yang paling baik bagi wanita?” Fatimah berkata, “Bila wanita tidak melihat lelaki dan lelakipun tidak melihat kepadanya.” Hadis ini terlalu lemah bahkan palsu dan berdusta ke atas Rasul. Banyak lagi hadis-hadis mungkar yang dikomentarinya.

5.       Penulis buku ini semakin serius menangani masalah ini kerana melihat sikap berlebihan dari sekelompok umat Islam dan sebahagian para dae dalam mengenali kaum wanita. Hal-hal ini menyebabkan kaum lelaki dan wanita semakin jauh dari tuntutan Islam.

Imam al-Ghazali juga turut memberi pengantarnya terhadap buku ini. Beliau menghargai buku ini sehingga berkata, "Saya berharap buku yang membahas masalah wanita sudah muncul beberapa abad yang silam. Sebab kaum muslimin sudah jauh menyimpang dari tuntutan agama dalam memperlakukan kaum wanita. Di tengah-tengah umat Islam telah beredar riwayat-riwayat dan hadis-hadis palsu atau mendekati maudhu' yang menghantar wanita ke alam kebodohan."

Astargfirullah! Masih banyak ilmu-ilmu sahih yang belum kita timba berkenaan diri kita sendiri. Padahal ianya amat damai lagi mendamaikan. Mampu menyeruakkan rasa bahagia yang tidak terhingga. 

Betapa kita melalaikan ilmu. Andai kita rasa Islam mendiskriminasikan wanita, Allah yang zalim kepada kita atau kita yang menzalimi diri sendiri? Kitalah yang zalim sebab kurang mendalami ilmu yang Dia mahu kita fahami.

Wahai wanita muslimah,
Sudah sampai masanya kita muliakan diri dengan IMAN dan ILMU. Kenapa perlu bertangguh lagi? Begitu juga buat para lelaki sejati sekalian yang dicelikkan mata hatinya untuk meletakkan wanita kena pada tempatnya.  Tambahkanlah ilmu.

Buku KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH ini amat wajar dimiliki oleh semua dan diwariskan kepada generasi kita.  Boleh dapatkannya di pasaran. Ada 6 jilid yang semuanya best-best. Jika tak mampu baca semua, baca bab-bab yang dekat dengan realiti kita dulu. Contohnya berkenaan pakaian dan perhiasan wanita, wanita di alam rumah tangga dan keterlibatan wanita dalam tanggung jawab sosial.

Boleh juga mendapatkannya daripada kami. 6 jilid dengan harga cuma RM250 termasuk postage.

Catat Ulasan


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger