Untukmu Umat - Ustaz Zaharuddin

Untukmu Umat - Ustaz Zaharuddin



Tajuk: Untukmu Umat

Penulis: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Bil. Muka Surat : 304 m/s

Harga: RM11.00



*  *  *


MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:

• Wanita dan wangian
• Batasan aurat wanita
• Jangan dayus wahai lelaki
• Maruah diri dan doa pelindung
• Adakah wanita dibenarkan bekerja?

Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.


Daripada penulis buku ini sendiri :

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian dan selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhammad s.a.w, penutup segala rasul dan nabi. Salam sejahtera buat ahli keluarga Baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkahnya.

Buku "Untukmu Ummat" ini adalah satu usaha saya berkongsi buah fikiran dan nasihat keagamaan dalam kehidupan semasa umat Islam hari ini. Bukanlah apabila sesuatu nasihat itu diberikan bermakna, pemberi nasihat adalah terbaik dan paling sempurna, tetapi ia merupakan nasihat saya buat diri ini juga. Namun kerana kita hidup bermasyarakat, dalam usaha mencipta masyarakat soleh dan solehah, kita tidak boleh menjadi baik seorang diri, kita harus bercampur dengan masyarakat dan saling bantu membantu bagi mewujudkan masyarakat yang baik.

Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan.

Tulisan di dalam buku ini dibuat dalam bentuk nasihat pendek beserta beberapa dalil bagi menghampirkan masyarakat dengan nas al-quran dan hadis, namun ia diolah secara separa santai sesuai bagi bacaan golongan muda, dewasa dan veteran. Termasuk juga ahli akademik, orang biasa dan para pekerja professional.

Janganlah membaca buku ini dengan anggapan saya menyerang anda, tetapi bacalah ia dengan nada yang tenang dan memujuk, nescaya hati dan minda kita akan sama-sama mampu dibuka bagi meresap kebaikannya.

Manusia tidak terlepas dari kesalahan, justeru tidaklah saya boleh terlepas dari kesilapan dalam penulisan ini, jika terdapat sebarang kesilapan ia bukan satu yang disengajakan.

Akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang mengizinkan buku ini lahir di dunia nyata dan saya berdoa agar ia mampu memberatkan timbangan amal soleh saya di akhirat kelak. Jutaan terima kasih diucapkan buat isteri tercinta dan anak-anak yang menjadi penenang di waktu tekanan dan rakan-rakan yang membantu, tidak lupa kepada anda selaku pembeli buku ini. Semoga ia mencapai hasrat asal pembeliannya.

Saya sertakan adalah sebahagian tajuk kandungan buku ini, semua kandungan ini ada tercatat di web saya namun kelebihannya, terdapat beberapa isi yang diubahsuai, dipotong dan tambah semasa proses editing. Manakala susunan bahasa juga lebih baik dan tersusun, terdapat juga rujukan yang ditambah berbanding coretan di web saya.   

Catat Ulasan


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger