Memaparkan catatan dengan label Karya Bestari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karya Bestari. Papar semua catatan
Al-Quran Al-Karim Multazam Bil Hadis Karya Bestari

Al-Quran Al-Karim Multazam Bil Hadis Karya Bestari



Al-Quran Terjemahan dan Tajwid Berwarna ini dilengkapi Hadis Nabawi, Asbabun Nuzul, Riyadus Salihin, As-syamaa il Muhammadiyyah dan doa Asmaul Husna.

Tampil dengan 3 warna menarik seharga RM35, dengan jumlah 640 muka surat, peluang terbaik untuk umat Islam memiliki dan mendalami dua pusaka berharga yang diwariskan Rasulullah iaitu al-Quran dan Hadis sempena Ramadan yang mulia.

SPESIFIKASI PRODUK
Ukuran Isi14,8 x 21 cm (A5)
Bahan IsiQPP 50 gsm
Ukuran Skiblat (BC)14,8 x 21 cm (Saiz al-Quran Haramain)
Bahan (BC)Art Carton 260 Gsm
Saiz Cover15,1 x 21,6 cm
Jumlah Halaman640 Halaman
-Hard Cover Jilid
Jumlah Tali Pembatas3 helair
SisipanTiada
Cetak
Berat
4/4 (Full Colour)
HargaRM 35.00
Hanya RM35.00 ^^

BORANG TEMPAHAN

Penawar Duka Pengubat Sengsara - Dr. MAZA

Penawar Duka Pengubat Sengsara - Dr. MAZA




Penawar Duka Pengubat Sengsara

Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Bil. Muka Surat : ~248

Berat: 300 gram

Kategori : Siri Soal Jawab

Harga Kami Serendah - RM 17.00


*   *   *


"Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya.  Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yang dialami..."

"Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa.  Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampuwwn kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, de­ngan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan.

Itulah janji-NYA..."


  • Pengisian Menarik:
  • Iman Tidak Dipaksa
  • Bila Usia Menjelang 40
  • Kemanisan Dalam Ujian
  • Menangislah Wahai Mata
  • Mencari Keberkatan Masa
  • Di Sebalik Cinta Dan Tawakal
  • Mencari Hikmah di Sebalik Duka
  • Jalan Pulang ke Pangkuan TUHAN
  • Di Manakah Hendak Dicari Ketenangan?
  • Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki


Menuju Sejahtera Meraih Bahagia - Dr Mazlee Malik

Menuju Sejahtera Meraih Bahagia - Dr Mazlee Malik




Tajuk : Menuju Sejahtera Meraih Bahagia 

Penulis : Dr Mazlee Malik

Terbitan : Karya Bestari

Halaman : ~ 336

Berat : 460 gm

Harga : RM 19.90



*   *   *


“DR. MASZLEE MALIK merupakan tokoh cendekiawanmuslim dalam negara ini. Pandangan-pandanganpolitik beliau mengambil kira gabunganantara tuntutan roh nas-nas syariah dalam teksdan penjelmaannya dalam realiti semasa.

Saya berharap tulisannya ini akan menjadi satu lagi sumbanganke arah memahami kerangka pemikiran politik dalamIslam.Didoakan ia dapat menjadi penawar kepada kejumudangolongan yang membicarakan nas-nas politik dalam agamaini secara literal.

Juga menjadi ubat untuk mereka yang cubamembebaskan politik dari prinsip-prinsip agama.Moga ALLAH memberkati usaha akhi fi llah Dr. Maszlee Malik!”
Cukup Hanya Allah - Ustaz Kazim Elias

Cukup Hanya Allah - Ustaz Kazim Elias




Cukup Hanya Allah 

Penulis: Ustaz Kazim Elias 

Terbitan: Karya Bestari 

Bil. Muka Surat : ~ 256

Berat : 345 gm

 Harga : RM19.90 



*  *  *

Kita bukanlah insan istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam.

Ya… tanpa sedar kita tewas dalam telahan sendiri. Lalu, segala teguran diabai dan nasihat dianggap dusta. ALLAH… siapa kita untuk berasa hebat? Kita hanya insan kerdil yang mengharap maghfirah Ilahi jua.

Lupakah kita bahawa hanya ALLAH tempat sandaran?

Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju?

ALLAH itu dekat. Tidak pernah menjauh.

Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa.

Pasti… kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah… Cukup hanya DIA di hati.
Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi - Hasrizal Abdul Jamil

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi - Hasrizal Abdul Jamil



Tajuk : Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi

Penulis : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam)

Terbitan : Karya Bestari

Bil. Muka Surat : 437

Harga : RM25.00 



*  *  *


Sejarah adalah dunia yang gelap. Kita tidak tahu apa-apa mengenainya kecuali diberitahu. Sebarang maklumat sejarah, menuntut kita mencari dan berinteraksi dengannya. Sesungguhnya sejarah adalah sains forensik masa, membedah kegelapan pemberitahuan, untuk mencari ilmu pengetahuan, melalui sebuah pengembaraan ilmu yang penuh ujian, juga teladan.

Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Dawlah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi . Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian beliau dalam Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa.

Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namun terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada mempromosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman.

Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40'an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.



Berdakwah, jangan marah-marah. Masjid, rumah Allah. Tidak layak diisi dengan amarah. - Imam Birgivi

Harta Dunia Saham Akhirat

Harta Dunia Saham Akhirat





Tajuk : Harta Dunia Saham Akhirat

Hamizul Abdul Hamid

Halaman: ~336

Berat: 300 gram

Harga : RM19.90 (Harga Kami Serendah - RM 19.00 )


*  *  *



Membongkar rahsia jadi ‘jutawan akhirat’ melalui sedekah, infak, derma atau zakat. Segalanya,demi menyubur iman, mencambah rezeki!

Semua manusia mahu kaya. Bahkan, tiada siapa yang menolak apabila dihulur wang, emas, rumah atau kenderaan. Semuanya ada nilai tersendiri waima kecil atau besar. Hakikatnya, manusia dan harta merupakan magnet yang cukup kuat. Kerana harta, manusia menjadi maju walau ada waktunya menjadi jahat. Dengan harta juga, manusia tidak pernah berasa puas.

Tahukah anda, hari ini ramai yang lalai dengan ‘tawaran’ ALLAH SWT untuk menjadi kaya. Kebanyakannya melihat harta sebagai simbol kemewahan. Lantas, bagaimana dengan sedekah, infak, jariah, zakat atau derma? Tidakkah mereka tahu bahawa perkara itu juga menjadi sumber menjemput rezeki untuk kekayaan berlipat kali ganda?

HARTA DUNIA SAHAM AKHIRAT, berkongsi rahsia ‘bisnes akhirat’ yang menguntungkan. Usah khuatir kerana semua tip yang diberi bukan rekaan. Sudah terbukti, ia berhasil! Jadikan buku ini sebagai bantuan untuk mengaut kemewahan. Pasti anda menjadi insan ‘terkaya’ di akhirat kelak. Percayalah!




Kewangan Harian Kita Halal atau Haram?

Kewangan Harian Kita Halal atau Haram?





Tajuk : KEWANGAN HARIAN KITA HALAL @ HARAM?

Penulis : Muhamad Zuhaili

Halaman: ~288 

Berat: 360 gram 

 Harga: RM 14.00 



*  *  *

Sinopsis


Setiap hari kita menggunakan wang untuk jual beli produk ataupun membayar perkhidmatan. Namun bagaimana pengurusan tersebut dijalankan, itulah yang perlu dititikberatkan.

Kewajipan kita dengan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan perlu menepati piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang lain.

 Kewangan Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.


 Antara kandungan menarik:

· Jual Beli  · Kad Kredit

· Akad & Kontrak

· Riba & Urus Niaga Lain

· Keuntungan Dalam Islam

· Hukum Penetapan Harga

· Keistimewaan Ekonomi Islam

· Pekerjaan & Pencarian Rezeki

· Hukum Kontrak Kontemporari  Keuntungan Yang Diharamkan
Pimpin Aku Ke Syurga - Afdholul Rahman

Pimpin Aku Ke Syurga - Afdholul Rahman




Tajuk : Pimpin Aku Ke Syurga

Penulis : Afdholul Rahman

Bil. Halaman : ~384 Muka Surat

Berat: 460 gram

Harga: RM 19.90 (Harga Kami Serendah RM19.00)



*  *  *





Secara umumnya, naskhahPIMPIN AKU KE SYURGA ini mengumpulkan 64 buah artikel yang bertemakan anak muda dan perubahan.

Isu anak muda yang sering kali dikaitkan dengan perubahan. Ini disebabkan anak muda punyasemangat yang membara dan tenaga yang kuat untuk merealisasikan cita-cita. Bahkan, kita semua pasti melalui fasa-fasa hidup sebagai seorang anak muda. Kita ini akan, sedang dan telah melaluinya.

Anak muda yang sedang berada di fasa ini merupakan tulang belakang kepada corak masyarakat pada masa hadapan. Jika tulang belakang ini dijaga sebaiknya, maka masyarakat yang lahir pastilah baik juga. Jika patah tulang ini, maka rosaklah masyarakat yang akan datang. Maka itu, anak muda hari ini perlu dijaga dan dididik dengan sewajarnya bagi membentuk peribadi yang diingini Sang Pencipta.

Kita mahukan anak muda yang ada padanya iman, yang, mampu mencetuskan perubahan kepada dunia. Ramai sudah orang yang melalui masa muda, tetapi mensia-siakannya begitu sahaja. Ada yang dihabiskan pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan semua itu telah memperkecilkan potensi yang ada pada diri. Justeru, isu anak muda dan perubahan tidak mungkin dipisahkan.

Itulah yang cuba disampaikan melalui buku ini bahawa anak muda sangat berkait rapat dengan perubahan. Tetapi, biarlah perubahan itu digerakkan di atas paksi iman.
Santunan Fitrah - Dr. Harlina Halizah Siraj

Santunan Fitrah - Dr. Harlina Halizah Siraj



Tajuk : Santunan Fitrah

Penulis : Dr. Harlina Halizah Siraj

Halaman: ~240

Berat : 460 gram

Penerbit : Karya Bestari 

Harga: RM 17.00 


 *  *   *

Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosialmasyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran.


Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa premis yang berasaskan data serta bukti sebelum mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di peringkat individu dan masyarakat.


Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam, betapa manusia ini sudah sedia dibekalkan dengan manual kehidupan yang lengkap sempurna oleh Allah– melalui panduan Kitab al-Quran yang dihidupkan dengan demonstrasi sepanjang hayat kehidupan Rasulullah SAW melalui catatan sunnah baginda yang mulia.


Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah!


Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama penulisan buku ini.

Aku Ingin Kembara Lagi - Dr. MAZA

Aku Ingin Kembara Lagi - Dr. MAZA




Tajuk : Aku Ingin Kembara Lagi

Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Bil .Halaman : ~272 Muka Surat

Berat: 460 gram

Penerbit : Karya Bestari

Harga: RM 17.00 (Harga Kami Serendah - RM16.00)



*  *  *




“Aku Ingin Kembara Lagi’ merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford.

“Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat ‘jatuhcinta’ kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya.”


“Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham. Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada saya untuk terus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.”
Untukmu Umat - Ustaz Zaharuddin

Untukmu Umat - Ustaz Zaharuddin



Tajuk: Untukmu Umat

Penulis: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Bil. Muka Surat : 304 m/s

Harga: RM11.00



*  *  *


MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:

• Wanita dan wangian
• Batasan aurat wanita
• Jangan dayus wahai lelaki
• Maruah diri dan doa pelindung
• Adakah wanita dibenarkan bekerja?

Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.


Daripada penulis buku ini sendiri :

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian dan selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhammad s.a.w, penutup segala rasul dan nabi. Salam sejahtera buat ahli keluarga Baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkahnya.

Buku "Untukmu Ummat" ini adalah satu usaha saya berkongsi buah fikiran dan nasihat keagamaan dalam kehidupan semasa umat Islam hari ini. Bukanlah apabila sesuatu nasihat itu diberikan bermakna, pemberi nasihat adalah terbaik dan paling sempurna, tetapi ia merupakan nasihat saya buat diri ini juga. Namun kerana kita hidup bermasyarakat, dalam usaha mencipta masyarakat soleh dan solehah, kita tidak boleh menjadi baik seorang diri, kita harus bercampur dengan masyarakat dan saling bantu membantu bagi mewujudkan masyarakat yang baik.

Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan.

Tulisan di dalam buku ini dibuat dalam bentuk nasihat pendek beserta beberapa dalil bagi menghampirkan masyarakat dengan nas al-quran dan hadis, namun ia diolah secara separa santai sesuai bagi bacaan golongan muda, dewasa dan veteran. Termasuk juga ahli akademik, orang biasa dan para pekerja professional.

Janganlah membaca buku ini dengan anggapan saya menyerang anda, tetapi bacalah ia dengan nada yang tenang dan memujuk, nescaya hati dan minda kita akan sama-sama mampu dibuka bagi meresap kebaikannya.

Manusia tidak terlepas dari kesalahan, justeru tidaklah saya boleh terlepas dari kesilapan dalam penulisan ini, jika terdapat sebarang kesilapan ia bukan satu yang disengajakan.

Akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang mengizinkan buku ini lahir di dunia nyata dan saya berdoa agar ia mampu memberatkan timbangan amal soleh saya di akhirat kelak. Jutaan terima kasih diucapkan buat isteri tercinta dan anak-anak yang menjadi penenang di waktu tekanan dan rakan-rakan yang membantu, tidak lupa kepada anda selaku pembeli buku ini. Semoga ia mencapai hasrat asal pembeliannya.

Saya sertakan adalah sebahagian tajuk kandungan buku ini, semua kandungan ini ada tercatat di web saya namun kelebihannya, terdapat beberapa isi yang diubahsuai, dipotong dan tambah semasa proses editing. Manakala susunan bahasa juga lebih baik dan tersusun, terdapat juga rujukan yang ditambah berbanding coretan di web saya.   
Cerita Cinta Ahmad Ammar

Cerita Cinta Ahmad Ammar



[STOK SANGAT TERHAD]

Tajuk : Cerita Cinta Ahmad Ammar

Penyusun : GRUP PENJEJEAK TAMDUN

Publisher : Karya Bestari

Harga : RM23.00 (Harga Kami Serendah - RM22.00)




*  *  *



Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah...

Indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.


al-Quran al-Karim Karya Bestari Amazing

al-Quran al-Karim Karya Bestari Amazing

















al-Quran al-Karim Karya Bestari Amazing 

 Terbitan: Karya Bestari 

 Harga: RM135.00 


*  *  *

Pilihan warna: Hitam dan Merah

al-Quran al-Karim Karya Bestari Amazing menawarkan kepada masyarakat klasifikasi-klasifikasi utama al-Quran dengan lebih ringkas, mudah dan sahih. Ia merujuk kepada kaedah penafsiran para ulama yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga boleh diharapkan sandaran dalam memahami al-Quran.

Antara ciri-ciri istimewa:

- 7 klasifikasi utama Al-Quran
- Terjemahan Bahasa Malaysia
- Terjemahan per kata Bahasa Arab
- Panduan hukum tajwid berwarna
- Hukum kaedah tartil
- Syama'il Muhammadiyyah : Penjelasan atau gambaran diri Rasulullah
- Tibbun Nabawi: Penjelasan mengenai rawatan fizikal melalui Al-Quran & Sunnah
- Asbabun Nuzul
- Kisah nabi & rasul, pengajaran & nasihat
- Sirah Nabawi
- Kompilasi doa harian berasaskan hadis sahih
- Perbahasan ayat berdasarkan kitab muktabar


Tidak diragukan lagi  bahawa keperluan kaum muslimin terhadap al-Quran ketika ini begitu besar. Ia tidak hanya terbatas kepada bacaan, malah menuntut kepada pemahaman yang mendalam mengenai ajaran al-Quran. Kefahaman itu, sudah pasti akan mendorong kepada amalan yang sebenar dan sahih di sisi Islam.

Ketika ini, kefahaman masyarakat terhadap al-Quran terbahagi kepada pelbagai tingkatan kefahaman. Ada yang memahaminya melalui ajaran ibu-bapa. Ada yang menggunakan mata hati, ada yang memahaminya melalui pemikiran yang panjang dan sebagainya.

Namun, semua itu harus bermuara kepada kefahaman al-Quran yang sesuai dengan kefahaman dan amalan yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam kehidupan seharian. Bermakna ia tidak lengkap tanpa tafsiran yang jelas dan kefahaman yang menyeluruh terhadap maksud-maksud dan hukum-hukum ayat dalam al-Quran.

Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing menawarkan kepada masyarakat klasifikasi-klasifikasi utama al-Quran dengan lebih ringkas, mudah dan sahih. Ia merujuk kepada kaedah penafsiran para ulama yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga boleh diharapkan sandaran dalam memahami al-Quran.

Tema Utama Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing :

1.Ibadah
-Memahami bahawa topik berkenaan ibadah penting untuk difahami, maka perbahasannya menggunakan rujukan Imam At-Tabari, Jami'u'l Bayani, ‘An Ta'wili Ayi'l Qura'ani dan Ibnu Katsir, Tafsirul Quranil Azhimi, malah diperkuatkan dengan rujukan bersumberkan Hadis Nabawi serta diperbandingkan dengan Hadis Qudsi. Ia sekaligus menguatkan lagi perbahasan di dalam tema ibadah ini.

2. Muamalah
- Menekankan bimbingan kepada seseorang muslim tentang cara terbaik berinteraksi dan bersosial. Perbahasan mengenai topik ini menggunakan rujukan Tafsir Jalalain, Tafsir Utama yang bersandarkan kepada At-Tabari, Jami'u'l Bayani ‘An Ta'wili Ayi'l Qur'ani dan Ibnu Katsir, Tafsirul Qur'ani Azhimi dan diperkuatkan dengan Hadis Nabawi serta Hadis Qudsi.

3. Akidah
-Akidah adalah kandungan yang paling utama sebelum topik yang lain. Ia  bukan sahaja menjadi keutamaan dalam memahami akidah secara benar terhadap Allah SWT, malah menjadi keutamaan dalam keseluruhan syariat para Nabi dan Rasul. Maka, tema akidah Al-Quran Al Karim Karya Bestari Amazing ini menjadi bahagian terpenting demi kesempurnaan akidah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW, para sahabat dan salafus salih.

4. Kisah Nabi dan Rasul
Keyakinan bahawa al-Quran adalah penyempurna kitab-kitab sebelumnya, ayat-ayatnya berbicara sehingga menembusi batas ruang dan waktu. Maka ia menjadikan al-Quran sesuatu yang menarik untuk dikaji secara lebih dalam lagi. Bicaranya mencakupi masa lalu, sekarang dan masa akan datang. Kisah Nabi dan Rasul di dalam al-Quran tidak hanya menjadi pelajaran kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan kita sebagai umatnya. Tetapi ia juga menjadi penghibur bahawa setiap perjuangan dan penderitaan yang kita hadapi sekarang juga telah Allah timpakan kepada para Nabi dan Rasul sebelum kita, bahkan lebih berat. Maka, ia mengajar kepada kita agar lebih kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya.

5. Sirah Nabawi
Perjuangan Rasulullah SAW adalah kisah yang paling dekat dengan kita sebagai umat Islam. Kisah ini begitu dekat secara emosional bagi umat Islam, perjuangan Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah terlalu hebat mencorak tinta emas perjalanan umat dalam menegakkan tauhid, membanteras syirik dan mengembalikan manusia kepada fitrah kehambaanya kepada Allah SWT. Tema ini cuba memahamkan anda dengan pendekatan latar bekalang sesuatu ayat al-Quran atau disebut sebagai Asbabun Nuzul. Rujukan utama yang diguna pakai sebagai perbahasannya adalah merujuk kepada Mushtafa As-Siba'I, As-Sirah An Nabawiyya; Durus wa ‘Ibar, serta Asbabun Nuzul yang berdasarkan riwayat sahih.

6. Asmaul Husna
Rasulullah SAW mendorong kita untuk mengetahui nama-nama Allah. Apa yang dipaparkan dalam tema ini adalah usaha mengenalkan nama-nama Allah yang muncul dalam al-Quran. Ia mudah-mudahan menimbulkan kesedaran agar kita untuk mengaplikasikan penggunaan nama-nama Allah itu ke dalam kehidupan seharian.

7. Terapi Qurani
Al-Quran adalah petunjuk yang Allah SWT turunkan untuk menjadi pedoman keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Ia termasuk bagaimana cara menjalani kehidupan ini sehingga kita tidak berasa berat dalam melaluinya. Namun, di sebalik pelbagai keadaan hidup yang kita lalui sama ada sulit atau senang, al-Quran hadir untuk mengingatkan kita bahawa ia tidak selalunya kekal. Maka, tema Terapi Qurani ini lebih kepada penawar, penghibur dan rawatan jiwa agar kita sentiasa bermotivasi.

al-Quran al-Karim Muslimah

al-Quran al-Karim Muslimah






al-Quran al-Karim Muslimah
ISBN: 9789678604239
Penerbit: Karya Bestari
Bil Mukasurat: 640
Harga : RM75.00 (Harga Promosi Serendah - RM74.00)


*  *  *

Tanpa berpegang dan menghayati al-Qur'an, hidup seseorang muslim itu tidak akan bermakna dan bagi mereka yang berusaha mempelajari, menghafaz dan mengamalkan kandungannya merupakan golongan yang beruntung yang dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT. Al-Qur'an merupakan pegangan hidup seluruh umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Sekiranya kita tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup, nescaya kehidupan kita sebagai seorang muslim adalah tidak lengkap.

Didatangkan dalam 7 warna.

Produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.


Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah

Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah




Tajuk : KUASAI ILMU TAJWID CARA MUDAH

Penulis : Ustazah Niraida Md Noor

Publisher : Karya Bestari

Harga : RM 19.90 (Harga Promosi Serendah - RM19.00)





*  *  *

Ramai di antara kita yang boleh membaca al-Quran tetapi tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan hukum bacaannya. 

Jika tatabahasa Melayu perlu betul sebutannya, maka bacaan al-Quran juga harus sempurna tanpa cacat cela. 

Jadi, apa rahsia atau teknik untuk menjadikan bacaan kita sempurna dari segi sifat, makhraj dan hukum?







100 Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W

100 Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W



Tatkala nyawa di hujung usia
tatkala umat yang akan ditinggalkan
tidak tahu bagaimanakah nasibnya
tergenang air jernih di kelopak mata
apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
buat umat yang terkemudian...

Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ILAHI dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.

Teruskanlah memohon di samping merenung ke dalam diri apakah yang telah ALLAH limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yang digunakan tidak mencukupi. Ini menggambarkan betapa tidak terhitung nikmat-NYA.

Maka, untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah s.a.w agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-Quran dan sunah tetap dijadikan panduan.

100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. Insya-ALLAH.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:


  • Peliharalah solatmu 
  • Isteri, taatilah suamimu
  • Bersedekah biarlah ikhlas
  • Bersahabat cara Rasulullah
  • Memberi salam itu satu sedekah 
  • Ziarahilah kubur ingati kematian
  • Mengharap keredhaan beribadat 
  • Tawaduk penghapus kesombongan
  • Al-Quran dan sunah panduan hidup 
  • Pertolongan ALLAH buat yang sabar



*   *   *


Tajuk : 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki

Publisher : Karya Bestari

Harga :  RM18.00 (Semenanjung) /  RM21.00 (Sabah & Sarawak)

BORANG TEMPAHAN



Di Mana DIA Di Hatiku

Di Mana DIA Di Hatiku



Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri seniiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.

Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?


*  *  *


Tajuk : Di Mana DIA Di Hatiku

Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Muka surat: 320

Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS) 

BORANG TEMPAHAN
Biar Tahu Jangan Keliru

Biar Tahu Jangan Keliru



Kita suka bertanya. Bersangka-sangka pun apa kurangnya. Ini lumrah kita sebagai manusia. Akal yang dikurniakan kadangkala mereka perkara yang melampaui had sepatutnya. Hati pun sama. Adakala terjentik juga mengangkat ‘tangan’ menyokong si akal yang huru hara. Apa lagi, dosa dan pahala berlumba-lumba menjuarai takhta.

Bertanya itu anjuran agama. Prasangka pula angkara si durjana. Mana satu pilihan kita? Tempat abadi yang bahagia atau sengsara? Ingat… pilihan kita cuma dua. Penyelesaiannya mudah juga, akal dan hati mesti menjunjung padu, berteguh jiwa pada syaitan yang cuba menggoda.
Justeru, Biar Tahu Jangan Keliru dengan setiap perkara yang singgah di telinga kita. Tegur akal dan hati biar selari dengan perintah-NYA. Jangan sesekali menangkan si durjana kerana dia hanya pembawa bencana di sana. Kita tidak layak menjadi sahabatnya kerana kita ini sebaik-baik makhluk ciptaan-NYA.

Antara Kandungan Menarik:


  • Benarkah Bahasa Arab Bahasa Syurga?
  • Hukum Manusia Berkahwin Dengan Jin
  • Ujian DNA Untuk Pengesahan Status Anak
  • Benarkah Cerita Tentang Alamat Kematian?
  • Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid
  • Nikah Bagi Pasangan yang Baru Memeluk Islam
  • Keguguran di Bawah Tiga Bulan, Nifas Atau Tidak?
  • Memutuskan Pertunangan Kerana Bermimpi Buruk


*  *  *


Tajuk : BIAR TAHU JANGAN KELIRU

Penulis : Mohamad Abdul Kadir

Publisher : Karya Bestari

Harga : RM 19.90 (Harga Promosi Serendah - RM19.00)

BORANG TEMPAHAN


Tuhan Sedang Menguji Kita

Tuhan Sedang Menguji Kita



Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-NYA. Terlupa dari mana datangnya dan ke mana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?

Adakah kita sedang dalam ujian-Nya? Ikuti penulisan Ustaz Kazim Elias dengan memiliki buku ini.


*  *  *


Tajuk : Tuhan Sedang Menguji Kita

Penulis : Ustaz Kazim, Elias

Publisher : Karya Bestari

Harga : RM28.00 (Harga Promosi Serendah- RM27.50)

BORANG TEMPAHAN
Bicara Ini Demi Ilahi - Tuan Guru Nik Aziz

Bicara Ini Demi Ilahi - Tuan Guru Nik Aziz




Sentuhan santai dan kelainan dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Satu lagi buku yang bakal menjadi igauan penggemar ilmu akhirat. Cetusan idea yang bernas kisah dan tauladan yang patut di rasai dengan mata hati. BICARA INI DEMI ILAHI hanya yang terbaik dari KARYA BESTARI.

ALLAH Maha Benar.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
 Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
 Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.

Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Antara Pengisian Menarik:

Izinkan Aku Berbicara
Bicara Ini Demi DIA
Bicara Ini Demi Umat
Bicara Ini Demi Nurani
Bicara Ini Demi Akhlak
Bicara Ini Demi Anak Kita
Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
Andai Mampu Aku Bicara Lagi


*  *  *


Tajuk : Bicara Ini Demi Ilahi 

Penulis : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Publisher : Karya Bestari

Harga : RM 19.90 ( Harga Promosi Hanya - RM19.00 )


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger