Huru Hura Hari Kiamat - Ibnu Kathir

Huru Hura Hari Kiamat - Ibnu Kathir




HURU HARA HARI KIAMAT - Hardcover 

Penulis : Ibnu Kathir

Bil. Muka Surat : 589 m/s

Harga :  RM 55.00 (Harga Kami Serendah - RM54.00)



* * *





Di dalam Al-Quran banyak dinyatakan tentang hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini. Tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai satu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan itu. Sebenarnya itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di muka bumi.


Buku ini adalah hasil tulisan asal Ibnu Kathir, yang juga seorang tokoh ilmu hadis yang banyak menghasil buku yang menjadi rujukan dan bacaan seluruh umat Islam sehingga kini. Di dalam buku ini, Ibnu Kathir menghurai secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi maksud, peristiwa-peristiwa yang berkaitan serta lebih mantap lagi adalah dari segi dalil atau nas yang diketengahkan bagi menyokong maklumat yang dihuraikan.

Semoga dengan pengetahuan dan ilmu yang dihidangkan di dalam buku ini akan bertambah keyakinan dan keimanan kita kepada Allah serta keimanan kita kepada Hari Kiamat. Dengan bukti-bukti serta kisah-kisah itu juga hidup kita akan lebih fokus dan matlamat hidup lebih teguh bagi mendapat kebahagian, kejayaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Catat Ulasan


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger