Memaparkan catatan dengan label al-Hidayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al-Hidayah. Papar semua catatan
Al-Quran Al-Huda Terjemahan Dalam Bahasa Melayu

Al-Quran Al-Huda Terjemahan Dalam Bahasa Melayu







Al-Quran Al-Huda Berserta Terjemahan Bahasa Melayu

Terbitan : Al-Hidayah

Harga RM79.90 (Harga Kami Serendah - RM79.00)



Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi - Dr.Mustafa Al-Bugha,Muhyiddin Misto

Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi - Dr.Mustafa Al-Bugha,Muhyiddin Misto



Tajuk : Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi
Penulis : Dr.Mustafa Al-Bugha,Muhyiddin Misto


Diterjemahkan Oleh : Ahmad Khairi Al-Latifi,Noraine Abu


Muka Surat: 681
Berat : 1.2 Kg
Harga : RRM58.00


*  *  *

Hadith Arba'in adalah kumpulan hadith yang sudah tidak asing lagi di kalangan kaum muslimin, bahkan banyak dari mereka yang sudah menghafalnya. Ia merupakan kumpulan hadith yang di susun oleh Imam An-Nawawi.

Kesemua hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah merupakan hadith-hadith yang merangkumi asas-asas penting dari asas agama, yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahawa ia merupakan pokok-pokok ajaran Islam atau merupakan separuh agama atau sepertiganya dan seumpamanya.

Kesemua hadith-hadith ini adalah merupakan hadith-hadith shahih dan sebahagian besar daripadanya diambil daripada Kitab Shahih Bukhari dan Muslim.
Salah satu keunggulan hadith-hadith yang dicantumkan di dalamnya adalah merupakan hadith yang ringkas tetapi mengandungi makna yang sangat luas.
Memang secara umum Rasulullah s.a.w. memiliki kelebihan-kelebihan dalam menyampaikan pesanan dengan ungkapan Jawami'ul Kalim (kalimat ringkas tapi padat).

Atas dasar itu, maka banyak dari para ulama' yang berusaha untuk menyelami kedalaman maknanya. lalu mengeluarkan mutiaranya untuk dipersembahkan kepada generasi Islam yang di antaranya adalah kitab "Al-Wafi" yang ada dihadapan para pembaca sekarang ini. Adapun kelebihan darl kitab ini adalah perbahasannya yang sistematik dan tersusun, dimana setiap hadith dikupas dari segi bahasa, sebab-sebab muncunlnya hadith, pemahaman dan pelajaran yang dikandungnya, juga tentang biogrifi ringkas dari setiap perawinya.


Kitab 'Aqidatun Najin (Tulisan Rumi) - Syeikh Zainal Abidin

Kitab 'Aqidatun Najin (Tulisan Rumi) - Syeikh Zainal Abidin




Tajuk : Aqidatun Najin

Karangan Syeikh Zainal Abidin

Terbitan : Al-Hidayah

Pengalih tulisan : Ustazah Noraine Abu

Harga Kami Hanya Serendah - RM22.00



*  * *

Kitab ini asalnya bertulisan jawi. Atas usaha untuk menyebar luaskan karangan berkat ulama ini, hari ini ianya diusahakan untuk menyediakan juga dalam tulisan rumi. Moga dengan itu kitab ini akan dapat dinikmati isi kandungnya yang sangat penting buat seluruh umat Islam.


Huru Hura Hari Kiamat - Ibnu Kathir

Huru Hura Hari Kiamat - Ibnu Kathir




HURU HARA HARI KIAMAT - Hardcover 

Penulis : Ibnu Kathir

Bil. Muka Surat : 589 m/s

Harga :  RM 55.00 (Harga Kami Serendah - RM54.00)



* * *





Di dalam Al-Quran banyak dinyatakan tentang hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini. Tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai satu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan itu. Sebenarnya itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di muka bumi.


Buku ini adalah hasil tulisan asal Ibnu Kathir, yang juga seorang tokoh ilmu hadis yang banyak menghasil buku yang menjadi rujukan dan bacaan seluruh umat Islam sehingga kini. Di dalam buku ini, Ibnu Kathir menghurai secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi maksud, peristiwa-peristiwa yang berkaitan serta lebih mantap lagi adalah dari segi dalil atau nas yang diketengahkan bagi menyokong maklumat yang dihuraikan.

Semoga dengan pengetahuan dan ilmu yang dihidangkan di dalam buku ini akan bertambah keyakinan dan keimanan kita kepada Allah serta keimanan kita kepada Hari Kiamat. Dengan bukti-bukti serta kisah-kisah itu juga hidup kita akan lebih fokus dan matlamat hidup lebih teguh bagi mendapat kebahagian, kejayaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Jagalah ALLAH...ALLAH Menjagamu...

Jagalah ALLAH...ALLAH Menjagamu...




Tajuk : Jagalah ALLAH...ALLAH Menjagamu...

Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah al-Qarni

Publisher : al-Hidayah

Harga : RM35.00 (Harga Kami Serendah - RM34.00)



*  *  *


Allah memiliki perintah dan larangan. Ada perintah dan larangan untuk hati, lisan, penglihatan, pendengaran, perut dan anggota tubuh lainnya.

Berbagai perintah dan larangan itu semestinya dipelihara oleh seorang hamba dengan melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan tersebut.

Pendek kata, setiap persendian manusia diperintahkan untuk bertaqwa.

Sakratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya?

Sakratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya?





Tajuk : Sakratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya?

Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah al-Qarni

Publisher : al-Hidayah Publication

Harga : RM39.00 ( Harga Kami Serendah - RM36.00)



*  *  *


Buku "Sakratul Maut (Bersediakah Anda Menghadapinya?)", merupakan terjemahan dari buku asalnya, iaitu "WAJA'AT SAKRATUL-MAUT BIL-HAQ", karya Dr. 'Aidh 'Abdullah Al-Qarni, yang terjemahan sebenarnya ialah "Dan Datanglah Sakratul-Maut Membawa iaitu dari surah Qaf, ayat 19. Buku ini merupakan Kebenaran", salah satu dari sekian banyak karya Dr. 'Aidh Al-Qarni yang terlaris di Arab Saudi, bahkan di Timur Tengah pada umumnya.

Sesungguhnya sekarang ini kita masih hidup. Tetapi suatu hari nanti kita akan mati. Hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengetahui bila dan di mana kita akan mati. Kematian sebagai pintu gerbang menuju kehidupan akhirat setelah mengalami Sakratul Maut.

la adalah peristiwa yang sangat dahsyat. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pun merasakan Sakratul Maut. Bagaimana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, sahabatnya, orang-orang shalih serta orang derhaka dijemput dan mengalami Sakratul Maut? Di dalam buku ini, Dr. 'Al-Qarni akan mengupaskannya dengan panjang lebar. Selain Sakratul Maut, dikupaskan juga soal kematian serta hukum yang berkait rapat dengan kematian.
Terjemahan al-Azkar (Bahasa Melayu)

Terjemahan al-Azkar (Bahasa Melayu)





Tajuk : Terjemahan al-Azkar

Penulis : Imam Nawawi

Publisher : al-Hidayah

Harga : RM60.00 (Harga Promosi Serendah - RM59.00)




*  *  *


Al-Azkar merupakan salah satu hasil karya Imam Nawawi yang begitu bermakna untuk semua umat Islam. Bicaranya dalam karya ini adalah tentang zikir serta amalan dalam kehidupan seharian kita. Susunan hadis-hadis sahih yang berkaitan tentang amalan serta zikir mampu memberi sinaran bagi menyuluh kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Hasil karya Imam Nawawi ini diolah secara ringkas dan mudah. Fokus utamanya adalah untuk member pengetahuan tentang amalan-amalan, zikir dan juga bila masa untuk mengamalkannya. Rujukan ini memudahkan lagi kita dalam memahami serta beramal dengan zikir-zikir yang sentiasa diamaklan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Kajian dan usaha yang disumbangkan oleh Imam Nawawi ini amat bermakna untuk seluruh umat Islam hari ini dan akan datang dalam menjalankan ibadah seharian. Ilmu yang dinukilkan oleh Imam Nawawi ini mampu menjadi panduan bagi kita.





Terjemahan Kitab Bahru al-Madzi (Edisi Rumi)

Terjemahan Kitab Bahru al-Madzi (Edisi Rumi)




Kitab ini merupakan hasil tulisan dan susunan Muhammad Idris al-Marbawi. Kitab asalnya ditulis dalam tulisan Jawi, mengandungi 22 juzu' (buku). Kini telah terbitkan semula dalam tulisan Rumi berdasarkan karya asalnya. Ia merupakan himpunan hadis Imam at-Tirmidzi tentang pelbagai isu.

Kitab asal bagi kitab ini (dalam tulisan jawi) telah banyak kali diulang cetaknya. Dan hampir kesemua pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir mempunyai kitab ini, sebab kitab ini dicetak di sana.

Sesungguhnya kitab asalnya dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Setiap juzuk kitab ini mengandungi perbahasan tajuk yang berbeza-beza dan harganya juga berbeza.

Kitab "BAHRU AL-MADZI" ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu', iaitu:

01. Juzu '01 - Mengenai Thaharah.
02. Juzu' 02 - Mengenai Solat.
03. Juzu' 03 - Mengenai Solat.
04. Juzu' 04 - Mengenai Solat dan Zakat.
05. Juzu' 05 - Mengenai Puasa.
06. Juzu' 06 - Mengenai Haji.
07. Juzu' 07 - Mengenai 'Umrah dan Jenazah.
08. Juzu' 08 - Mengenai Nikah.
09. Juzu' 09 - Mengenai Thalaq dan Li'an.
10. Juzu' 10 - Mengenai Perburuan.
11. Juzu' 11 - Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan Berperang.
12. Juzu' 12 - Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan.
13. Juzu' 13 - Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan Silaturrahim.
14. Juzu' 14 - Mengenai Ubat-Ubatan,Fara'id,Wasiat,Wala' dan Hibah dan Qadar.
15. Juzu' 15 - Huru-Hara.
16. Juzu' 16 - Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud.
17. Juzu' 17 - Mengenai Sifat Qiamat.
18. Juzu' 18 - Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan Iman.
19. Juzu' 19 - Mengenai 'IImu,Minta Izin dan Adab.
20. Juzu' 20 - Mengenai Segala Perumpamaan,Pahala,Qur'an dan Qira'at.
21. Juzu' 21 - Mengenai Tafsir.
22. Juzu' 22 - Mengenai Tafsir.



*   *   *


Tajuk : Kitab Bahru al-Madzi

Penulis : Muhammad Idris Al-Marbawi

Alih Bahasa daripada jawi ke rumi oleh : Noraine Abu

Publisher : al-Hidayah

HARGA  berbeza mengikut juzuk, boleh rujuk catatan di bawah :


Juzu' 1 : RM42
Juzu' 2 : RM39
Juzu' 3 : RM42
Juzu' 4 : RM42
Juzu' 5 : RM42
Juzu' 6 : RM40
Juzu' 7 : RM40
Juzu' 8 : RM40
Juzu' 9 : RM40
Juzu' 10 : RM42
Juzu' 11 : RM39
Juzu' 12 : RM42
Juzu' 13 : RM42
Juzu' 14 : RM42
Juzu' 15 : RM42
Juzu' 16 : RM42
Juzu' 17 : RM42
Juzu' 18 : RM42
Juzu' 19 : RM42
Juzu' 20 : RM42
Juzu' 21 : RM42
Juzu' 22 : RM38

Total semua Set Lengkap 22 Juzuk: RM906

Harga Set lengkap Termasuk Postage :
Semenanjung Malaysia - RM1000
Sarawak - RM1090
Sabah - RM1066





Berminat?

Mahu dapat diskaun?

WhatsApp 
+60134194298 / +60105647367



Cahaya Abadi Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W - Terjemahan Raheeq al Makhtum

Cahaya Abadi Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W - Terjemahan Raheeq al Makhtum



Sebuah rentetan sejarah seluruh kehidupan Rasulullah S.A.W dari saat kelahiran hinggalah Baginda wafat, selama lebih enam dekad. Seememangnya, tempoh perjuangan dalam menegakkan agama Allah dari peringkat awal sehingga akhir hayatnya penuh dengan segala macam ranjau dan rintangan, kekacauan, keringat dan air mata, ujian, perturnpahan darah serta konflik. Mengalami pelbagai ujian kecil atau besar, sebaik sahaja Baginda ditauliahkan sebagai Rasul atau lebih tepat ketika Baginda mula menerima wahyu pertama. Bertitik tolak dari peristiwa itu, bermulalah risalah dan utusan suci diterjemahkan kepada kegiatan dakwah yang diilhamkan Allah S.W.T disampaikan kepada sekumpulan kecil individu dari kalangan keluarga dan sahabat terdekat di Kota Mekah. Di situlah cahaya dan hidayah Islam mula bertapak lantas terpancar dengan cara yang paling sederhana. Sedikit demi sedikit sinaran cahaya abadi terpancar ke seluruh bumi Arab dan wilayah sekitarnya. Diterima rarnai dan menolak segala amalan jahiliyah yang masih menebal di kalangan masyarakat Arab.

Penulisnya, Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri seorang sarjana Islam yang berjaya meraih kemenangan cemerlang dalam satu pertandingan antarabangsa, melalui tulisan mengenai riwayat hidup Rasulullah S.A.W. Beliau memulakan tulisan dengan pendekatan geografi di muka bumi tandus lagi gersang, perkembangan pra-sejarah yang primitif hingga ke zaman dakwah Nabi Ibrahim. Terkandung unsur-unsur antropologi bila membicarakon asal-usul bangsa Arab yang diwarnai pergolakan politik dalam merebut kuasa. Pada mulanya antara kabilah dan berakhir apabila muncul beberapa kerajoan, bermula dengan kerajaan berdaulat Yaman.
Beliau amat teliti ketika membuat penyelidikan dan penafsiran apabila melihat kepada sumber fakta termasuk hadis dan Al-Qur'an, tidak dinafikan konsep persejarahan yang disokong oleh beberapa ayat Al-Qur'an hampir menyamai Asbabul-Nuzul, merupakan satu percubaan yang terpuji. Sementara terjemahan dalam Bahasa Melayu mengundang pembaca untuk memahaminya dalam bahasa yang paling mudah sekalipun terdapat di sana sini konsep penghayatan iman, takwa dan aqidah yang boleh dianggap agak berat.
Tajuk asalnya "AR-RAHEEQ AL-MAKTUM" membawa makna "Minuman Dari Khamar Murni" sebagaimana terakam di dalam Surah Al-Muthaffihin ayat ke-25. Tetapi dalam Bahasa Melayu diterjemahkan secara mudah dengan nama "CAHAYA YANG ABADI”. Dengan keyakinan bahawa Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia oleh Rasulullah S.A.W menepati konsep kandungan kitab bahawa Islam adalah cahaya yang sentiasa bersinar serta kekal abadi.


Tajuk : Cahaya Abadi Riwayat Hidup Rasulullah S.A.W - Terjemahan Raheeq Makhtum (Hard Cover)

Penulis : Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri

Penterjemah: Mohd Nor Long

Publisher : al-Hidayah

Bil. Muka Surat : 505 m/s

Harga : RM50

BORANG TEMPAHAN




    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger