Mak, Abah... Redailah Anakmu - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood

Mak, Abah... Redailah Anakmu - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood



Tajuk : Mak, Abah... Redailah Anakmu

Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Fatimah Syarha, Ida Ezyani

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM16.00
(Termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak.

Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh.

Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.

Catat Ulasan


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger