Memaparkan catatan dengan label Fatimah Syarha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fatimah Syarha. Papar semua catatan
Adikku Boleh! Insya-Allah - Ustazah Fatimah Syarha

Adikku Boleh! Insya-Allah - Ustazah Fatimah Syarha





Tajuk : Adikku Boleh! Insya-Allah.

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha

Penerbit : Sebarkan Bahagia Resources

Harga : RM24.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Tercari-cari buku terbaik untuk pendidikan kanak-kanak?

Dapatkan buku "ADIKKU BOLEH! INSYA-ALLAH". 

Keluaran terbaru Sebarkan Bahagia Resources. 








Novel Tautan Hati - Fatimah Syarha

Novel Tautan Hati - Fatimah Syarha




Tajuk :  Tautan Hati

Penulis : Fatimah Syarha

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM34.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya.

Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya.

Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.
Kisah Haiwan Makkah - Ustazah Fatimah Syarha

Kisah Haiwan Makkah - Ustazah Fatimah Syarha



Tajuk : Kisah Haiwan Makkah

Penulis :  Ustazah Fatimah Syarha

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM49.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya.

Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

-Gajah Raja Abrahah

-Keldai Halimatus Saadiah

-Unta Jelmaan

-Buraq Israk Mikraj

-Ketua Ular Makkah
Kisah Haiwan Madinah - Ustazah Fatimah Syarha

Kisah Haiwan Madinah - Ustazah Fatimah Syarha



Tajuk : Kisah Haiwan Madinah 

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM49.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sesi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

-Merpati Gua Thur

-Kuda Surakah

-Kambing Betina Mukjizat Nabi

-Unta Betina Tunggangan Rasulullah

-Kambing Biri-Biri Beracun


Mak, Abah... Redailah Anakmu - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood

Mak, Abah... Redailah Anakmu - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood



Tajuk : Mak, Abah... Redailah Anakmu

Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Fatimah Syarha, Ida Ezyani

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM16.00
(Termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak.

Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh.

Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.
Palestin Tak Pernah Gentar! - Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaian

Palestin Tak Pernah Gentar! - Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaian



Tajuk : Palestin Tak Pernah Gentar! - Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaian

Penulis : Fatimah Syarha & Zulkifli Mohamad al-Bakri

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM21.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin.

Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.
Novel Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha

Novel Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha


Tajuk : Syabab Musafir Kasih 

Penulis : Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM27.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


SYABAB, lahirmu bagaikan tak berharga, Kau anak desa, yatim tak berbapa, Kesusahan hidup mendesakmu berdikari, Dalam keliru kau mencari identiti diri, Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan, Cabaran berterusan berbuah kematangan. Wahai SYABAB, Ketekunanmu mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari kencang, Mencipta gelombang. Ayuh, SYABAB!
Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!

Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!


Tajuk : Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM21.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang.

Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!
Novel Sebarkan Cinta-Mu - Fatimah Syarha Mohd Noordin

Novel Sebarkan Cinta-Mu - Fatimah Syarha Mohd Noordin



Tajuk : Sebarkan Cinta-Mu

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Penerbit : PTS

Harga : RM35.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *


Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
Novel - Risalah Hati

Novel - Risalah Hati




[Novel Fiqh Kontemporari]

Tajuk : Risalah Hati.

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha

Publisher : Sebarkan Bahagia Resourses

Harga Serendah : RM20.00
(Harga termasuk pos ke seluruh Malaysia)


BORANG TEMPAHAN

* * *


Qani'ah Syumaila meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan cintanya. Sudah tentu dia mahukan hari pernikahannya patuh piawaian Allah SWT.

Dengan berpegang pada ilmu dan hujah, dia melalui hari penting dalam hidupnya tanpa goyah.

Walaubagaimanapun, pelbagai tohmahan dan label dilontar kepadanya oleh mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Terokai keindahan akhlak wanita ini dalam menangani isu-isu yang Allah benarkan kita berbeza. Strateginya, memenangi hati sebelum memenangi hujah.

Tersebarlah cinta menang-menang dalam masyarakat.

Win-win love.

 RISALAH HATI adalah sebahagian episod dalam Drama AKU ADA WALI.
Novel - Aku Ada Wali

Novel - Aku Ada Wali



Tajuk : Aku Ada Wali

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi

Publisher : Sebarkan Bahagia Resources.

Harga : RM29.90 (Hanya Promosi Serendah RM29.00)





*   *   *

SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.


Manfaat Buku Ini:

☆Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.

☆Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.

☆Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.

☆Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.

☆Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.

☆Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.

☆Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.



Novel : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Novel : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul




Tajuk : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Publisher : Telaga Biru

Harga :  RM17.00
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *

Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya.

Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. 

Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.



Cinta High Class

Cinta High Class






Tajuk : Cinta High Class & Cintaku Kerana Agama-Mu

Penulis : Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi

Terbitan: Galeri Ilmu

Harga : RM28.00
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)




☆  ☆  ☆


Qani’ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya. Lembut tapi berkepimpinan. Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati banyak pihak. Pemidato di sekolah.

Akhlak Qani’ah yang mulia, penyayang, dan baik tutur bicaranya menyebabkan namanya dikenali dan diminati baik oleh pelajar perempuan dan juga lelaki. Sering menerima surat-surat cinta. Dia yang mengenali ‘kriteria’ lelaki soleh terlebih dahulu sebelum ‘pemilik cintanya’, tidak mudah menyerahkan cintanya kepada sesiapa sebelum yakin menemui lelaki yang tepat.





    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger