Memaparkan catatan dengan label as-Sohwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label as-Sohwah. Papar semua catatan
Kanta Kesedaran - Prof. Muhaya

Kanta Kesedaran - Prof. Muhaya



Tajuk : Kanta Kesedaran

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad

Publisher :Assohwah Publication Sdn. Bhd

Harga : RM20.00 


* * *

Mengapakah anda mesti memiliki buku terbaharu Prof. Dr. Muhaya, Kanta Kesedaran ini?

Pertama kerana kelainan kandungan buku ini drpd karya beliau sebelum ini. Jika buku-buku Prof sebelum ini byk membimbing pembaca bagaimana mengawal minda dan mendidik hati dgn konsep "reset minda"nya, buku ini mengajak pembaca merenung diri sendiri, melalui konsep "kanta kehidupan".

Beliau menyarankan agar kita meninggalkan tabiat suka melihat orang dgn niat atau tujuan mencari kelemahan dan kekurangan orang, mengumpat orang, melabelkan orang dan menghukum orang. Setiap kali kita melihat orang, pada saat itu kita gagal melihat diri. Kita akan dapat apa yang mendominasi fikiran kita, sebab kita hanya lihat dan peroleh apa yg kita fokus.

Buku ini memberikan penekanan terhadap konsep "kesyukuran". Semakin hari kita semakin dekat dengan Allah, dan orang yg dekat dgn ALLAH, Allah dekat dengannya. Semakin kita dekat dengan-Nya semakin kita berjaya dunia dan akhirat.

Jika kita menjaga urusan Allah, Allah akan menjaga urusan dunia kita, hingga sampai tahap malu kita, hendak meminta selain drpd Allah. Akidah baik, ibadah baik, Akhlak baik, hidup akan tenang dan bahagia. Ibarat sebatang pohon, baik atau buruk buahnya bergantung pada pohon. Pada sebatang pohon, yang paling pentingdijaga sejak awal peringkat pertumbuhan, adalah akarnya, bukan rantingnya.

Akarnya adalah akidah. Kuat akarnya, bercambahlah rantingnya. Rantingnya adalah ibadah. Banyak rantingnya, banyaklah buahnya. Buahnyaatau hasilnya yg baik adalah akhlak yg baik. Jaga kualiti 3 perkara ini(akidah, ibadah, akhlak) menjadi jaminan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Apakah yang mendominasikan hidup kita, Allah atau manusia?




Bahagia Membahagiakan

Bahagia Membahagiakan




Tajuk : Bahagia Membahagiakan

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Kebahagiaan diimpikan setiap insan. Kebahagian sebenar adalah dengan membahagiakan orang yang berada di sekeliling kita. Apabila orang di sekeliling kita bahagia, kita akan bahagia sama. Carilah kebahagiaan bukan sekadar bahagia di dunia, malah di akhirat.

Setiap perkara yang berlaku dalam setiap detik masa kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agar dapat menguatkan jiwa dan badan. Layari kebahagiaan dengan Buku Bahagia dan Membahagiakan.


How to become a Good and Successful Medical Student

How to become a Good and Successful Medical Student




Tajuk : How to become a Good and Successful Medical Student

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM20.00 

BORANG TEMPAHAN

* * *


This book will answer all common question that linger in a medical student’s mind from “Why should I be in this field?” to “How do I excel in examinations?”.

Many more interesting facts will be uncovered too!

The unique holistic approach used by the writer is meant to be suitable for all individuals and not neglecting the most important aspect of one’s life, which is the spiritual component.


Refleksi Diri

Refleksi Diri



Tajuk : Refleksi Diri

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Ilmu pengetahuan yang benar akan menyinari sanubari, menjernihkan akal fikiran sekaligus menghasilkan seorang insan yang positif mindanya, kreatif dan inovatif, teguh jiwa dan akhlaknya.

Buku ini merupakan cetusan fikiran berupa mutiara kata dengan harapan agar ianya mampu memberi makna yang berharga, mendorong dan membantu anda menguatkan fikiran dan jiwa disamping membuka jalan ke arah mencari kebijaksanaan dalam berfikir.


Wanita Muslimah Alternatif Terkini (Recommended)

Wanita Muslimah Alternatif Terkini (Recommended)



Tajuk : Wanita Muslimah Alternatif Terkini

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga :  RM12.00

BORANG TEMPAHAN

* * *

Wanita muslimah adalah lambang kekuatan dan kebahagiaan. Buku Wanita Muslimah ini dikarang bagi membentuk muslimah yang solehah dan bijaksana dari segala sudut ilmu dunia dan akhirat.


Peliharalah Matamu

Peliharalah Matamu

Tajuk : Peliharalah Matamu

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM30.00 (Harga Promosi Serendah - RM29.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Syukuri nikmat penglihatan yang telah Allah berikan. Subhanallah, baiknya Allah dengan anugerah kenikmatan kesihatan berpanjangan.

Buku ini akan memberikan pengetahuan kepada semua masyarakat di luar sana bahawa betapa pentingnya penjagaan mata daripada dijangkiti pelbagai jenis penyakit mata. Peliharalah Matamu daripada melihat segala yang mendatang keburukan kepada dirimu.
Bagaimana Menjadi Pelajar Baik dan Berjaya

Bagaimana Menjadi Pelajar Baik dan Berjaya


Tajuk : Bagaimana Menjadi Pelajar Baik dan Berjaya

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Belajar untuk apa? Untuk mendapatkan ilmu. Ilmu dan pendidikan ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Hidup tanpa ilmu adalah sia-sia. Penuhi jiwa dan hati dengan ilmu dunia yang seiring dengan ilmu akhirat.

Ilmu mesti dicari dan dikuasai walaupun menempuh pelbagai kesulitan dan keperitan. Berusahalah dengan penuh kesabaran.


Jurnal Inspirasi Diri

Jurnal Inspirasi Diri



Tajuk : Jurnal Inspirasi Diri

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Hidup perlukan perancangan, perlukan bermuhasabah diri selalu untuk mengenal diri sendiri. Buku Jurnal Inspirasi Diri, Membina Anda yang Baru Dalam Masa 40 Hari ini bakal merubah hidup anda. Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi. Sarat dengan kata-kata motivasi sebagai inspirasi pencetus kekuatan dan pembakar semangat anda.

Buku Jurnal Inspirasi Diri ini merupakan buku yang terlaris kami dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Ini kerana buku ini akan merubah hidup anda keseluruhannya.

Celik Mata Dan Jiwa

Celik Mata Dan Jiwa



Tajuk : Celik Mata Reset Minda

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Buku ini bukan bercerita tentang mata dan jiwa, namun menceritakan tentang betapa imej diri dan contoh yang diberikan oleh Ibubapa menjadi faktor utama yang membuatkan seseorang berjaya. Cara kita melihat akan mengubah sesuatu perkara itu. Beranikan diri melihat kelebihan dan kebaikan orang lain serta bijaksana dalam menangani kelemahan dan kesilapan diri sendiri.

Sentuhan Prof Dr Muhaya dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.


Mata Akal, Mata Hati

Mata Akal, Mata Hati



Tajuk : Mata Akal, Mata Hati

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Untuk melakukan sesuatu perkara, perlukan kepakaran Mata Akal untuk berfikir dan ketulusan Mata Hati untuk bertindak. Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya.

Walaupun sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang!. Mulakan langkah anda dengan Buku Mata Akal, Mata Hati ini.
Celik Mata Reset Minda

Celik Mata Reset Minda



Tajuk : Celik Mata Reset Minda

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Kehidupan bukan bermakna hanya perlu celik mata fizikal sahaja, namun perlu celik mata hati juga. Untuk mencelikkan mata hati, tidak memerlukan kita untuk membuat pelaburan wang ringgit kerana diri kita sendiri yang boleh merawatnya.

Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baru dalam hidup kita.



DVD Seminar Bahagia Membahagiakan - Prof. Muhaya

DVD Seminar Bahagia Membahagiakan - Prof. Muhaya



DVD Seminar Bahagia Membahagiakan yang sarat dengan input terbaik untuk santapan semua. Membina bahagia dengan membahagiakan orang di sekeliling anda. Kupasan yang sangat menarik bagi setiap tajuk didalam setiap DVD.

DVD 1: Sesi Kenali Diri
DVD 2: Mencapai Keseimbangan
DVD 3: Smile Bersama Irma Hasmie
DVD 4: Menjadi Insan Yang Bahagia Dan Membahagiakan
DVD 5: Soal Jawab

5 DVD Dalam 1 dengan hanya harga serendah RM 100.

Dapatkannya sekarang!

BORANG TEMPAHAN



Biografi Prof Muhaya

Biografi Prof Muhaya





Menyelami kisah Prof Dr Muhaya seorang pakar mata dan pakar inspirasi.

Semuanya dalam Biografi Prof Dr Muhaya, Sejernih Sinar Matamu.




"Prof. Dr. Muhaya, pakar mata yang berjiwa Islam. Dari pancaran matanya, dapat dibaca keinginannya yang meluap-luap untuk membawa manusia melihat dunia ini dari pandangan mata seorang mukmin sejati, bukan pandangan duniawi yang merugikan. Alangkah indahnya jika apa yang dilihat oleh Prof. Dr. Muhaya dapat dirasai oleh insan lain. Semoga Prof. berjaya dengan misi 'mata'nya..."
(Ahmad Fedtri Yahya. Personaliti TV)

"Prof. Dr. Muhaya, sumber inspirasi dan semangat untuk kami semua, golongan artis. Cara beliau memberi ceramah dan menegur membuatkan kami selesa dengannya. Tegurannya sama ada secara umum dalam seminarnya dan rancangan TV serta nasihatnya secara langsung melalui pertemuan secara peribadi, membuatkan saya rasa tegurannya, seperti teguran seorang kakak. Ceramah Prof. biasanya diperkuatkan dengan fakta saintifik, yang menyebabkan pendengar berfikir dan cepat terkesan kerana ada bukti yang nyata dan logik."
(Nora. Selebriti)

"Antara tokoh ilmuwan dan pendakwah wanita di Malaysia yang sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat ialah Prof. Dr. Muhaya. Namanya kini masyhur sebagai pendakwah.Sumbangan yang diberikan oleh beliau begitu besar dalam melakukan transformasi pemikiran minda yang negatif kepada positif, sentiasa bersangka baik dan berkemampuan untuk berubah. Penerbitan buku ini, diharap dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk mengambil contoh yang baik daripada beliau."
(Ustaz Dr. Zahazan Mohamed. Tokoh Ilmuwan Islam & Pengarah Urusan Telaga Biru)

"Prof. Dr. Muhaya saya kenalinya, sejak saya menjadi pelajar master perubatan dan kini kami bertugas di tempat yang sama, di Prince Court Medical Centre. Walaupun kini kami rakan sekerja, tetapi Prof. Dr. Muhaya tetap guru saya. Beliau menjadi tempat kami merujuk dan mencari ilmu, tidak berubah keadaan itu, walaupun kini saya sudah menjadi doktor pakar, seperti dirinya, kerana faktor pengalaman. Pengalamannya dalam bidang Oftalmologi sangat luas dan tidak dapat ditandingi dan beliau tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi pengalaman dengannya. Saya suka Prof. sebab dia seorang yang sangat positif dan baik hati."
(Dr. Tan Niap Ming. Pakar Mata Prince Court Medical Centre)

"Kami bersyukur menjadi anak Prof. Dr. Muhaya. Beliau ibu yang sangat penyayang. Sikap penyayangnya itu dipamerkan dengan sepenuh jiwanya, melalui kata-kata dan perbuatannya. Dalam masa yang sama, dialah ibu dan sahabat karib kami. Ibu kami itu sentiasa bersedia mendengar masalah kami dan sentiasa memberikan sokongan dalam semua keadaan. Sikap positifnya membuatkan kami sentiasa bersemangat menempuh apa-apa cabaran dalam kehidupan kami sebagai 'orang muda'. Ya Allah, penjangkanlah umur kedua ibu bapaku yang kami sayangi dalam keadaan sihat walafiat dan bahagialah hidup mereka di dunia dan diakhirat."
(Dr. Noor Aniah Azmi. Anak)

"Prof. Dr. Muhaya ialah pensyarah saya semasa belajar perubatan dan Sarjana Surgery Oftalmology. Ketika mengajar, Prof. mengaitkan ilmu kedoktoran dengan keagamaan. Beliau lembut dan tegas, sangat rapi dengan kerja dan cekap. Saya belajar banyak tentang kehidupan dan kemanusiaan dengannya, terutamanya tentang bagaimana mengawal emosi ketika berhadapan dengan pesakit. Merawat pesakit dengan kasih sayang dan keikhlasan, menjadi amalannya. Prof., contoh wanita profesional yang berjaya dalam kerjaya dan rumahtangganya. Mudah-mudahan, Prof. terus berjaya dalam setiap perkara yang diusahakannya dan mendapat keberkatan Allah, dunia akhirat."
(Dr. Othmaliza Othman. Pakar Mata & Bekas Pelajar)

*  *  *



Tajuk : Biografi Prof Muhaya

Penulis : Rozninah Abd. Azib

Penerbit : as-Sohwah

Format : Kulit Nipis

Tarikh terbitan : 07-JUL-2013

Kategori (utama) : Biografi & Memoir

Kategori (sub) :  Biografi & Memoir - lain-lain

Harga : (SEM) RM80.00  -  (S/S) RM82.00 



BORANG TEMPAHAN

    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger