Kumpulan Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi

Kumpulan Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi



Tajuk : Kumpulan Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi

Penulis : Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi

Diterjemah oleh : Hj. Zulfahmi Lubis M.Ag

Publisher : Seribu Dinar

Harga : RM80 



Berminat?



atau

WhatsApp 
+60134194298 / +60105647367


Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam

Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam



Tajuk : Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam

Penulis : Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi

Diterjemah oleh : Ustaz Mohammad Zaini Yahaya

Publisher : Seribu Dinar

Harga : RM40

Berminat?



atau

WhatsApp 
+60134194298 / +60105647367



al-Amin Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah

al-Amin Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah




Tajuk : al-Amin Riwayat Terindah Sang Kekasih Allah

Penulis : A. Samad Said

Novel Sastera ( Kulit Tebal )

Publisher : PTS

Harga : RM48.00 (Harga Promosi Serendah - RM47.00)



*  *  *

Sebelum sampai ke cakerawala, sedang lena di masjid yang suci,

telah dijernihkan kalbunya, menunggang Buraq layang yang sakti,

dan jauh dari Hijir di mana tidur alam dan manusia, dan dalam

mimpi, telah jauh ke angkasa seluruh diri dan batin Nabi, dan

kini selepas meneguk susu, menolak arak dan madu, menghadap ia

keajaiban, terlintas sebentar, melintas sebentar, amat haru;

pesanan yang kemerlap, dibaca dalam aneka tamsil, mengembang

di hadapannya, ditenung dan dihayati sebelum dipetik satu-satu.




Israel Kuasai Dunia

Israel Kuasai Dunia



Tajuk : Israel Kuasai Dunia
Penulis : Mohd Nadzri Kamsin
Bil. Muka Surat : 280 m/s
Harga : RM37.90 (Harga Promosi Serendah - RM36.00)


*  *  *

Bab pertama buku ini menceritakan secara sepintas lalu mengenai sebuah bangsa yang menganggap diri mereka sebagai bangsa istimewa dan menjadi pilihan Tuhan. Ini kerana kebanyakan nabi lahir dari kalangan mereka. Malah salah satu surah dia dalam Al-Quran juga dinamakan sempena nama bangsa mereka. Bab kedua pula menghuraikan serba sedikit mengenai sejarah diaspora mereka yang panjang dan unik. Bagaimana komuniti bangsa ini boleh wujud hampir di seluruh dunia? Bagaimana sejarah diaspora mereka bermula? Bab ini turut menceritakan kisah suka dan duka yang berselindung di balik tabir diaspora itu. Diaspora banyak memberi kesan kepada bangsa ini. Tanpa diaspora, perjalanan bangsa ini dalam sejarah manusia mungkin berlainan.



Bab ketiga pula agak agresif dan provokasi. Dalam bab ini, penulis menyingkap kisah sekolompok manusia yang berasimiliasi dengan bangsa ini dan menjadi sebahagian daripada mereka. Asimiliasi itu menyebabkan kelompok ini 'lebih Yahudi dari Yahudi' itu sendiri. Bab keempat menerangkan secara terperinci mengenai kelahiran Zionis dan peristiwa-peristiwa yang mengiringi kelahiran itu. Manakala bab kelima pula menceritakan mengenai kewujudan negara haram, Israel. Dalam bab kelima ini, penulis berhujah berdasarkan fakta-fakta yang sah mengenai sebuah negara haram yang selayaknya dihapuskan dari peta dunia. Namun realitinya, Israel terus berkembang.



Dalam bab enam hingga lapan, penulis dengan berani, menyingkap tabir rahsia yang selama ini melindungi kemegahan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia. Negara yang memegang kuasa veto di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini sebenarnya hanya mengikut telunjuk sebuah bangsa yang dihina oleh seluruh dunia iaitu Yahudi. Negara itu dikuasi dalam hampir semua aspek penting sesebuah negara - politik, kewangan, undang-undang, media dan sosial. Malah, dasar-dasar pemerintahan negara terutama yang melibatkan hubungan luar, turut dicampuri oleh bangsa zionis ini. Semuanya berpaksikan kepentingan sebuah negara haram - Israel.



Bab terakhir buku ini pula adalah satu analisis penulis mengenai calon-calon kuasa besar dunia seterusnya lantaran Amerika Syarikat sudah mula menunjukkan tanda-tanda kejatuhannya. Analisis ini dilakukan dari segenap aspek meliputi sejarah, keadaan politik dan kestabilan negara, status ekonomi, kuasa ketenteraan, tenaga kerja intelek dan jaringan kekuatan antarabangsa. Israel menjadi 'calong kegemaran' kerana ciri-ciri mereka sebagai kuasa besar jelas kelihatan. Apatah lagi mereka mampu menjadikan sebuah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sebagai proksi segala perancangan jahat mereka untuk menguasai dunia. Satu travelog panjang yang membongkar misteri perjalanan sebuah bangsa yang bercita-cita dan sedang bersedia untuk menguasai dunia


Membongkar Misteri Dajjal

Membongkar Misteri Dajjal




Tajuk : Membongkar Misteri Dajjal
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Bil. Muka Surat : 280 m/s bewarna
Publisher : Hijjaz Records Publishing
Harga : RM37.90 (Harga Promosi Serendah - RM36.00)


*  *  *


Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.



Misteri Di Sebalik The Arrival

Misteri Di Sebalik The Arrival



Tajuk : Misteri Di Sebalik The Arrival
Penulis : Muhammad Nurani Maarif
Publisher : HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
Harga: RM35.90 (Harga Promosi Serendah - RM35.00)


*  *  *

Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi
dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu menulis semua ini;
mengkhabarkan kepada kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku.

Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik:Di Sebalik Ramalan
Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat - Di sebalik The Arrivals.
Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas,
membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita.
Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan
keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu.

Apakah ia akan benar-benar berlaku? Temui fakta menarik ini kerana beliau akan membawa anda
mengembara ke alam misteri Imam Mahdi dan alam fantasi konspirasi Dajjal berdasarkan petunjuk hadis
akhir zaman, atsar yang jarang diperkatakan serta tulisan yang paling hampir mengenainya. Anda perlu
membaca buku ini, bahkan memilikinya jika benar anda tidak mahu terus diselubungi bayangan misteri.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara
bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di
bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal - Samiri, Haikal
Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru
dan sebagainya. Beliau menjadikan The Arrival sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan
hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi
pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama.

Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya.

Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia - Di Sebalik The Arrival.


MOSSAD - Agen Rahsia Yahudi

MOSSAD - Agen Rahsia Yahudi




Tajuk : MOSSAD
Penulis : Shahriman Wahab
Publisher : HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
Harga: RM35.90 (Harga Promosi Serendah - RM35.00)


*   *   *

Selama ini kita sering dihidangkan dengan cereka-cereka fiksyen mengenai kisah-kisah
penyiasatan, pengintipan dan organisasi rahsia negara-negara tertentu. Biasanya juga, kisah-
kisah ini sering dikaitkan dengan penglibatan peringkat tertinggi dalam kerajaan. Nama-nama
seperti FBI, CIA dan KGB juga bagai sudah tidak asing lagi dengan kisah-kisah ini sehingga
kita hampir terbiasa dengan rancangan-rancangan jahat dan plot-plot rahsia mereka.

Bagi peminat tegar kisah-kisah misteri dan konspirasi peringkat tertinggi, mungkin
penglibatan Mossad dalam pelbagai isu global di banyak negara bukan sesuatu yang
menghairankan namun sebenarnya masih ramai yang ‘tidak ambil tahu’, tidak mahu ambil tahu
malah berpendapat ‘tidak perlu tahu’ sedangkan ini adalah sebahagian daripada persediaan
kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sangat tegar ini. Mengenali musuh adalah
antara senjata paling ampuh untuk melawan mereka.

Mossad bukan satu kisah fiksyen yang direka bagi mengaut sebarang keuntungan komersil
tetapi ia adalah sebuah organisasi musuh yang mempunyai reputasi cemerlang dalam perancangan
mereka bagi menghancurkan Islam!


Gerakan Freemasonry

Gerakan Freemasonry



Tajuk : Gerakan Freemasonry
Penulis : Hj. Nik Azran Muhamed & Hj. Mohd Mahadi Hj. ISa
Publisher : HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
Harga: RM35.90 (Harga Promosi Serendah - RM35.00)


*  *  *


Di dalam buku ini, anda akan disajikan secara terperinci tentang Gerakan Freemasory. Ia membincangkan tentang latar belakang gerakan tersebut dan bahayanya terhadap umat Islam.

Sebagai umat Muhammad SAW, adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa berwaspada dan bersedia terhadap sebarang ancaman sama ada dari luar atau dari dalam sendiri.

Dajjal Di Segitiga Bermuda

Dajjal Di Segitiga Bermuda



Tajuk : Dajjal Di Segitiga Bermuda 
Penulis : Muhammad Isa Dawud
Publisher : Hijjaz Records Publishing (HRP)
Harga : RM25.90 (Harga Promosi Serendah - RM25.00)


*  *  *

Apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnanni?

Buku ini mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan hura-hara dunia dengan mengerakkan proksi-proksinya yang terdiri daripada dari Freemasons, Illuminati dan Secret Society. Buku ini turut membicarakan fakta yang belum pernah anda temui dan dikupas secara tuntas.

Penulis ada menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebut oleh Nabi s.a.w. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mepergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapi fitnah Dajjal. Sesungguhnya, anda akan tahu betapa kita sebenarnya sedang dilingkungi fitnah Dajjal.

Jangan lupa untuk dapatkan buku ini, semoga ia bermanfaat kepada kita semua.



    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger