Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat-solat Sunat (Lelaki dan Perempuan)

Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat-solat Sunat (Lelaki dan Perempuan)





Tajuk : Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat Sunat

 Penulis : Mukhlas Syarkun

Penerbit : Pustaka Azhar

Harga : RM12.00 


*  *  *



Solat merupakan ibadah istimewa. Ia satu ibadah yang penuh hikmah dan falsafahnya bukan hanya menjanjikan pahala dan balasan nikmat syurga, tetapi amat berkesan kearah pembinaan syahsiah diri kearah kecemerlangan dan kejayaan disamping menjadi benteng unsur-unsur negatif.

Solat sunat merupakan ibadah sebagai penambah untuk menyempurnakan ibadah yang wajib. Sesungguhnya dengan melakukan ibadah solat sunat ini ia dapat merapatkan lagi jurang diantara Penciptanya dengan wujudnya kekhusyukkan yang membara serta kerinduan yang mendalam terhadap yang disembah (Allah).

Dengan kesempurnaan melakukan ibadah solat diharap segala dipohon akan dimakbulkan supaya hidup ini sentiasa diberkati didunia dan di akhirat.


DVD Panduan Solat 3D

DVD Panduan Solat 3D





DVD Panduan Solat 3D

Penyusun: Ustaz Misdi Al-Haj

Terbitan: Pustaka Azhar

Harga: RM24.90 (Harga Kami Serendah RM24.00)


*  *  *


Bacaan Solat:

Fakhrul Radhi Kamarudin (Juara Akademi Al-Quran Musim ke 3)

DVD Panduan Solat 3D ini memberikan panduan asas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan menggunakan teknologi animasi terkini. Video 60 minit ini akan menerangkan aspek yang relevan tentang:

* maksud sebenar solat dan kenapa umat Islam perlu mematuhinya


* peristiwa Israk Mi'raj yang membawa kepada perintah solat


* cara-cara berwuduk dan hukum yang membatalkannya


* azan dan iqamah


* panduan asas solat 5 waktu lengkap dengan bacaan surah-surah dan maksudnya


* pengetahuan untuk solat jemaah, solat jumaat dan lain-lain perkara yang berkaitan


* cara-cara mengerjakan solat untuk orang kurang upaya seperti solat duduk dan baring


* perkara-perkara yang membatalkan solat


* koleksi doa-doa lazim selepas solat


* animasi bonus tentang panduan mengerjakan mandi wajib
Solat Khusus Wanita

Solat Khusus Wanita




Tajuk: Solat Khusus Wanita

Penulis: Nurun Nasuha M A

Terbitan : Darul Nu'man

Bil. Muka Surat : 128 m/s.

Harga : RM 6.00



*  *  *



Setiap wanita mengharapkan keselamatan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Seharusnya memahami bahawa hakikat kehidupan ini merupakan pengabdian diri kepada Penciptanya. Menyempurnakan segala aspek kehidupan sesuai dengan suruhan Ilahi dalam misi mendekatkan diri kepada Khaliqnya.

Solat sempurna merupakan saluran gelombang utama yang dapat menghubungkan antara hamba dengan Khaliqnya untuk meluahkan segala hajat dan rintihan rahsia di hati yang tidak dapat di selesaikan oleh sesiapa pun melainkan yang Maha Kuasa. Kaum Hawa harus memahami ketentuan dalam mendekatkan diri pada Penciptanya agar sentiasa memperoleh keredhaanNya.

Semoga ianya bermanfaat bagi kaum wanita dalam mendirikan solat sempurna dan memperoleh keredhaanNya, insya Allah.

Solat Emergency Rukhsah Solat & Wuduk Ketika Musibah

Solat Emergency Rukhsah Solat & Wuduk Ketika Musibah



Tajuk : Solat Emergency Rukhsah Solat & Wuduk Ketika Musibah

Nama Penyusun : Fauzi Abdul Hamid

ISBN: 978-967-388-138-3

Saiz: 13 cm X 19 cm

Mukasurat: 260 m/s

Harga RM20.00 (Harga kami serendah : RM19.00)


*  *  *


Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya.

Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat.

Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit. Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.



Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama + PERCUMA DVD

Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama + PERCUMA DVD




Tajuk : Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama 

 Terbitan: Inteam 

 Harga: RM36.00 (Harga kami serendah : RM35.00)



*  *  *

 Sebuah buku yang mengandungi panduan lengkap mengenai ibadah Solat bermula dari mengambil wudhuk, cara mendirikan solat, hinggalah kepada zikir dan doa selepas Solat. Dilengkapi dengan panduan bergambar, tulisan yang mudah dibaca dan ayat yang senang faham, buku ini dijangka dapat membantu mereka yang ingin mempelajari dan memperbaiki ibadah Solat.

Sesungguhnya beruntungnya mereka yang kelak menghadab Allah pada hari kiamat dengan membawa Solatnya yang cukup cantik dan sempurna. Hal itu kerana Solat adalah amalan pertama yang akan di periksa oleh Allah. Jika elok Solat yang di kerjakan selama hidupnya, maka isya - Allah eloklan ibadahnya yang lain.


 Lebih istimewa, setiap pembelian buku ini, anda akan menerima sekeping DVD Bijak Solat.


Kitab Pelajaran Tajwid (Rumi-Jawi)

Kitab Pelajaran Tajwid (Rumi-Jawi)




Tajuk : Kitab Pelajaran Tajwid (Rumi)

Penulis: Azahari Ibrahim

Publisher : Darul Nu'man

Harga : RM10.00




*  *  *

- Melengkapi Sukatan Pelajaran Tajwid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 KBSM

- Digunakan oleh Ustaz Don Danial ketika mengajar tajwid di TV9




FORMULA SOLAT SEMPURNA (Totally Recommended)

FORMULA SOLAT SEMPURNA (Totally Recommended)



Tajuk : FORMULA SOLAT SEMPURNA
Penulis : Dr Zaharuddin Abd Rahman
ISBN: 978-983-3494-98-9
Saiz: 14 cm x 21 cm
Mukasurat: 216 ms
Publisher : Telaga Biru
Harga: RM 28.00 (Harga Promosi Serendah RM27.00)


*   *   *

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

“Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.”

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Formula Solat Sempurna (Edisi Ekspres)

Formula Solat Sempurna (Edisi Ekspres)


Tajuk : Formula Solat Sempurna (Edisi Ekspres)
Penulis : Dr Zaharuddin Abd Rahman
ISBN: 978-967-388-115-4
Saiz: 14cm X 10cm
Bil. muka surat : 96 m/s
Harga: RM 6.00


*  *  *

Buku “FORMULA SOLAT SEMPURNA EDISI EKSPRES” ini merupakan ringkasan dari buku “Formula Solat Sempurna ” dengan menggunakan pendekatan yang lebih mudah, ringkas dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.

Milikilah buku ini untuk dijadikan teman perjalanan anda. Hadiahkanlah kepada rakan dan keluarga anda agar buku ini mampu menjadi panduan solat yang ekspres!




Menyukat Solat Diri

Menyukat Solat Diri




Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri.

Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.

Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia

supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka

perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan

keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".

-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat-


*  *  *


Tajuk : Menyukat Solat Diri

Penulis : Misbah Em Majidy

Publisher : Kemilau Publika

Berat : 416g

Harga : RM 22.00 (Harga Promosi Serendah - RM21.50)

BORANG TEMPAHAN



    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger