Memaparkan catatan dengan label Pahrol Mohamad Juoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahrol Mohamad Juoi. Papar semua catatan
Angguk Geleng

Angguk Geleng



Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang.

Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya “diundang” ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan.

Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk–mengiyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng – mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.


*   *   *


Tajuk : Angguk Geleng

Penulis : Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan

ISBN: 978-967-388-124-6

Saiz: 14cm X 21cm

Mukasurat: 272 ms

Harga: RM 22.00 (Harga Promosi Serendah - RM21.50)


BORANG TEMPAHAN



Semuanya Soal Hati

Semuanya Soal Hati



Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran.

Firman Allah, bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’du: 28).

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya.

Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, “Inilah hakikat akhlak mulia.” Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku “Semuanya Soal Hati” ini!

*   *   *


Tajuk : Semuanya Soal Hati

Penulis : Pahrol Mohammad Juoi

ISBN: 978-967-388-132-1

Saiz: 16.5 cm X 24 cm

Bil. muka surat : 464 m/s

Harga: RM 36.00 (Harga Promosi Serendah - RM35.00)


BORANG TEMPAHAN.



Satu Rasa Dua Hati

Satu Rasa Dua Hati



Buku ini menyediakan persoalan seharian berkenaan rumahtangga dan tanggungjawab dalam rumahtangga, berkaitan hubungan suami isteri serta kerukunan rumahtangga. Sesuai utk semua yang bakal dan telah berkahwin bagi memberikan panduan dalam menyemarakkan lagi kasih sayang dan cinta dalam perkahwinan.

Petikan dari kata- kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
" Pada umumnya, kisah-kisah samada yang saya paparkan menerusi dialog mahupun monolog di dalam buku ini, adalah gugusan pengalaman dan gelombang rasa sepanjang menjalani kehidupan, samada sebelum atau semasa menempuh alam rumah-tangga. Ia adalah adunan antara teori dan amali, impian dan mimpi, realiti dan fantasi. Walaupun sketsa ataupun kisah itu hanya satu hiasan latar dan kiasan imiginasi, namun pada hakikatnya apa yang cuba saya paparkan tetap kebenaran. Insya-Allah.
Sepanjang kembara dalam usia lewat 40′an saya temui figur-figur yang bercakap bukan dari kepalanya, tetapi dari hati. Orang yang begini bercakap tulus dan telus. Tanpa bunga-bunga kata, tanpa kilasan bahasa. Cakapnya sungguh bersahaja. Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun ‘body language’ – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka itulah ‘orang-orang kecil’ yang begitu besar dalam arena pendidikan.

Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan ‘murid-murid’ tidak resminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat. Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinasikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumahtangga secara ilmiah, mereka secara ‘simple’ menyampaikan ilmu itu secara amaliah.

Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka. Orang sibok membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resepi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya ‘harta’ yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci maki dan hasad dengki manusia.

Menulis bukan sekadar memberi maklumat atau menghiburkan, tetapi yang lebih penting untuk meyakinkan dan mempengaruhi. Buku ini walaupun berbicara seadanya, namun itu tidak bermakna mesej dan misinya juga seadanya. Tidak. Kita harus berbicara secara serius bila bercakap tentang rumah-tangga, justeru itu adalah nukleas segala-galanya. Bila menyentuh soal rumah tangga kita akan bercakap tentang ibu-bapa – pihak yang bertanggungjawab menjadikan seorang anak itu samada Muslim, Nasrani, Yahudi atau Majusi. Rumahtangga adalah tonggak generasi.

Rumahtanga kerap digelar ‘syurga dunia’. Berjaya menikmati syurga di dunia yang sementara ini adalah petanda baik untuk dapat menikmati syurga yang abadi di akhirat nanti. Namun, syurga di dunia ini (seperti yang saya katakan tadi) bermula di dalam rumah kita – Bainati Jannati. Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga… Di situlah penghuninya menempa Qalbun Salim – hati yang sejahtera, perisai ampuh untuk menahan bakaran api neraka pada hari di mana anak-pinak dan harta tidak berguna (Padang Mahsyar).

Sekadar meminjam kata-kata hikmah daripada Mother Teresa, ketika beliau ditanya, “bagaimanakah hendak melahirkan sebuah dunia yang aman?” Beliau secara rengkas menjawab, ” pulanglah ke rumah masing-masing dan cintailah keluarga anda.” Malangnya, kerap terjadi seorang Presiden yang berbicara tentang keamanan, pulang dengan masam muka bertemu anak-anaknya di rumah. Perdana Menteri yang kononnya juara kedamaian, menjadi suami tuli dan bisu atas luahan isteri sendiri. Betapa ramai para pemimpin yang begitu hebat mengetuai organisasi dan masyarakat, kecundang dalam memimpin keluarganya.

Majalah Fortune pernah menjalankan kajian ke atas rumah tangga para CEO yang bertaraf dunia. Hasilnya mengejutkan! Hanya 10% sahaja daripada mereka yang tidak mengalami keruntuhan rumah tangga. Apalah ertinya jika kita berjaya meraih keuntungan berbilion-bilion dollar sekiranya gagal memimpin rumahtangga sendiri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, jika kita tidak dapat menikmati kebahagiaan dalam rumahtanga ertinya kita tidak akan menikmati kebahagian dalam kehidupan!

Saya terpanggil untuk menyumbang sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini. Soalnya ialah bukan samada saya berjaya atau gagal dalam misi ini, tetapi keazaman dan usaha. Tidak ada kegagalan dalam usaha yang murni… yang ada hanyalah ‘kejayaan yang ditangguhkan’. Mudah-mudahan usaha yang tidak sempurna ini akan ada pihak yang akan menyempurnakannya. Pasti ada kesalahan dan kesilapan, insya-Allah bakal ada orang yang akan membetulkannya. Dengan nama Allah… bacalah!"


*  *  *


Tajuk : 1 RASA 2 HATI

Penulis : Pahrol Mohamad Juoi

Publisher : Galeri Ilmu

Harga : RM22.50 (Harga Kami Serendah - RM22.00)

BORANG TEMPAHAN 

Di Mana DIA Di Hatiku

Di Mana DIA Di Hatiku



Kita perlukan ALLAH lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa ALLAH, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-NYA, kita akan hilang arah dan diri seniiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah ruah.

Di Mana DIA Di Hatiku adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-NYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Semoga pengisian buku ini dibaca seiring rasa muhasabah diri…di mana letaknya kita di sisi ILAHI?


*  *  *


Tajuk : Di Mana DIA Di Hatiku

Penulis: Pahrol Mohd Juoi

Muka surat: 320

Harga: RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS) 

BORANG TEMPAHAN
Cinta Kerana Allah

Cinta Kerana Allah



Untuk membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah tangga masing-masing. Sayangi seluruh ahli keluarga kita. Insya-Allah, apabila rumah tangga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Ketika dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam ‘cawan’ rumah tangga boleh mencetuskan bada ke seantero dunia. Justeru, Allah telah lama mengingatkan;” Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api Neraka.” Untuk mengukuhkan hubungan antara dua insan yang bercinta, cinta Khalik (Allah) wajib menjadi matlamatnya. Begitulah dengan perkahwinan, matlamatnya ialah mencari keredhaan Allah. Rumah tangga hakikatnya ialah gelanggang ibadah untuk meraih pahala dan Syurga.

Tajuk : Cinta Kerana Allah

Penulis : Pahrol Mohamad Juoi

Publisher : Telaga Biru

Harga: RM 30.00

Kod Produk: TBBK 1216

ISBN: 978-967-388-077-5

Saiz: 16.5cm X 24cm

Bil. muka surat: 328

BORANG TEMPAHAN

    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger