Memaparkan catatan dengan label Zahiruudin Zabidi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zahiruudin Zabidi. Papar semua catatan
Fatimah : Kisah Puteri Nabi

Fatimah : Kisah Puteri Nabi






Tajuk : Fatimah : Kisah Puteri Nabi

Jumlah Muka Surat : 192 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM16.00 ( Harga Kami Serendah - RM15.00 )


*  *  *



Segala-galanya bermula daripada sebuah keluarga yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Lahir seorang puteri yang mulia. Beliau adalah susuk wanita yang dijadikan teladan sejak zaman berzaman. Taatnya kepada Allah s.w.t., patuhnya kepada Nabi Muhammad s.a.w., setianya kepada suami dan sayangnya kepada anak-anak, adalah sebuah kisah indah yang sempurna.

Inilah novel, yang menceritakan kisah indah dan sempurna. Diceritakan oleh watak-watak yang mengagumi Fatimah. Dikisahkan dengan penuh hikmah, bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dikalungi pada peribadi. Beliau adalah Fatimah, puteri Nabi Muhammad s.a.w., puteri yang dijanjikan syurga.



Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi




Tajuk : Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Jumlah Muka Surat : 288

Penerbit: PTS

Harga : RM18.00 (Harga Kami Serendah - RM17.00)

BORANG TEMPAHAN


*  *  *



Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah s.w.t.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik dan dijadikan hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah s.w.t. tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah s.w.t. dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah s.w.t. Sampai ke akhir hayatnya, Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.



Aminah: Cinta Puteri Quraisy

Aminah: Cinta Puteri Quraisy






Tajuk : Aminah: Cinta Puteri Quraisy

Penulis : Zahiruddin Zabidi

Jumlah Muka Surat : 248 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM17.00 (Harga Kami Serendah RM16.00)


*  *  *



Aminah binti Wahab lebih dikenali sebagai bonda junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Namun pada satu sisi lain, Aminah adalah wanita Quraisy yang terbaik daripada segi keturunan dan kedudukannya pada waktu itu sehingga digelar puteri kaum Quraisy.

Beliau adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Muttalib, pemuda Quraisy yang terbaik pada zamannya. Novel ini bercerita berkenaan sisi ini, sisi beliau sebagai isteri yang memberikan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar suami.

Aminah bin Wahab adalah wanita kaum Quraisy daripada bani Zuhrah. Beliau adalah anak kepada pemimpin bani Zuhrah, Wahab bin Abdul Manaf. Namun, sedari kecil beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Wuhaib bin Abdul Manaf.

Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Masihi semasa dalam perjalanan pulang ke Makkah dari Madinah. Beliau dikebumikan di perkampungan bernama Abwaa.



70 Hadis Mudah Hafaz Dan Mudah Amal

70 Hadis Mudah Hafaz Dan Mudah Amal




Himpunan 70 hadis mudah, ringkas dan senang untuk diamalkan. Padat dengan Ilustrasi yang menarik, dan disertakan dengan kaedah mudah untuk mengeja, menyebut dan menghafal hadis. Didik anak dengan sunnah, terdidik generasi, terjaga ummah.


Review daripada seorang blogger [KREDIT] :

Inilah bukunya!
Comel dan menarik kan?
Bawah sekali tu tertulis:
kecil-kecil sayang NABI!

Kebanyakkan hadis di dalam buku ini pendek2 supaya mudah dihafal
Dan turut dicatat rekod hadis ini
sbg contoh: direkodkan oleh bukhari dan muslim.
tetapi tidak ditulis pula perawi hadisnya....

gambar-gambar yang menarik

jadual semakan hafazan hadis


Tema dan Tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku comel ini

Kaedah menghafal Hadis

Ada terdapat huraian hadis dalam bahasa yang simple dan mudah untuk kanak-kanak

Dimulakan dengan bab solat


Terbitan PTS
Harga RM25
(untuk buku yang berkertas licin dan warna penuh, ia tak mahal kan?... Bila lagi kita nak melabur duit untuk memberi ilmu kepada anak-anak kita?)



*   *   *


Tajuk : 70 Hadis Mudah Hafaz Dan Mudah Amal

Penulis : Zahiruddin Zabidi, Najah Pauzi

Publisher : PTS

Bil muka surat : 168m/s

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.50)

BORANG TEMPAHAN





    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger