Memaparkan catatan dengan label Kemilau Publika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemilau Publika. Papar semua catatan
Dilema Aurat Wanita ketika Bersalin; Fardu kifayah yang terabai

Dilema Aurat Wanita ketika Bersalin; Fardu kifayah yang terabai




Bidang sakit puan dan perbidanan merupakan satu bidang yang sangat mulia dan mencabar serta memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak. Khususnya umat Islam di negara kita.

Isu kekurangan doktor Muslimah dalam bidang sakit puan dan perbidanan telah menjadi barah yang kronik dan serius yang memerlukan perancangan jangka panjang berteraskan syariat Islam. Pelbagai pihak seharusnya bekerjasama untuk merealisasikan masalah fardu kifayah ini.

Hasil tulisan daripada buku ini yang bersifat unik, komprehensif, komtemporari dan penuh dengan ‘evidence-based’ perubatan Islam telah memberikan kefahaman yang mendalam berlandaskan syariat Islam di dalam bidang sakit puan dan perbidanan. Terutamanya kepada pesakit, doktor Muslimah dan bakal para doktor.

Penulis buku ini juga telah berjaya mengulas isi-isi penting bermula daripada asas pengenalan hinggalah kepada jalan penyelesaian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pembaca untuk mengaplikasikan holistic approach in Islamic way of life dalam bidang perubatan. Khususnya bidang sakit puan dan perbidanan.


*  *  *


Tajuk : Dilema Aurat Wanita ketika Bersalin; Fardu kifayah yang terabai

Penulis : Dr. Zaharudin Mohammad

ISBN: 978-967-361-071-6

Jumlah Muka Surat: 224

Harga: Semenanjung - RM16.00 (Promosi -RM15.50) / Sabah&Sarawak - RM19.00 (Promosi -18.50)


BORANG TEMPAHAN 



Nasihat Ramadhan Daripada Orang-orang Soleh

Nasihat Ramadhan Daripada Orang-orang Soleh



Ramadan adalah kurniaan besar Allah swt dalam hidup kita. Rahmat, kasih sayang dan keampunan- Nya melimpah di dalamnya. Menyimpan bermacam hikmah dan pelajaran hidup yang tidak terhingga.

Siapa yang mampu memanfaatkannya dengan banyak melakukan kebaikan maka dia akan mendapatkan keberuntungan. Dan siapa yang mensia-siakannya tentu akan rugi.

Ramadan adalah nikmat yang tidak habis dibicarakan. Lisan para da’ie tidak pernah penat mengulasnya. Telinga para perindu syurga tidak pernah bosan menyemaknya. Pena para ulama tidak pernah kering menulis dan mengupasnya. Bukubuku mereka bertebaran di mana-mana, dalam pelbagai versi dan bahasannya. Namun begitu, masih banyak antara kita yang belum memiliki semangat untuk meraih pahala-pahala besarnya.

Seakan segala kelebihan yang dikendong Ramadan itu ibarat dogma yang tidak mampu mengalirkan semangat dalam diri kita untuk meraupnya sebanyak mungkin.

*  *  *


Tajuk : Nasihat Ramadhan Daripada Orang-orang Soleh

Penulis : Sulthan Hadi

Publisher : Kemilau Publika

ISBN : 978-983-44746-3-8

Bil Muka Surat : 229m/s

Harga : RM17.00 (Harga Promosi Serendah (RM16.50)

BORANG TEMPAHAN
Mengapa Rasulullah S.A.W Tidak Mudah Sakit

Mengapa Rasulullah S.A.W Tidak Mudah Sakit



Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.

Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.

Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.

*  *  *


Tajuk : Mengapa Rasulullah S.A.W Tidak Mudah Sakit

Penulis : Asadullah al-Faruq

Publisher : Kemilau Publika

ISBN 978-967-361-056-3

Bil Muka Surat : 165

Harga : RM 17.00 (Harga Promosi Serendah - RM16.50)

BORANG TEMPAHAN
Kamu, Apa Yang Kamu Makan

Kamu, Apa Yang Kamu Makan




Pemakanan merupakan salah satu aspek yang sangat diberikan penekanan oleh Islam. Umat Islam bukan sahaja diminta memakan makanan yang halal iaitu yang suci dan bersih tetapi juga toyyiban yakni makanan yang baik, selamat serta memberikan manfaat kepada tubuh dan kesihatan.

Selain itu, aspek pemakanan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan amalan keagamaan dan amal ibadat yang dilakukan. Bagi mencapai kesempurnaan dan tahap tertinggi dalam ibadat, roh perlu dalam keadaan yang bersih. Untuk membersihkan roh, seseorang perlu membersihkan hatinya. Untuk membersihkan hati pula, seseorang harus memastikan makanan yang dimakan adalah bersih dan datang daripada sumber yang halal.

Menyedari betapa pentingnya aspek ini dalam kehidupan umat Islam dan manusia secara umumnya, buku ini memberikan perhatian khusus untuk memberikan panduan mengenai pemakanan berasaskan sunnah Nabi dan tuntutan ajaran Islam. Sesungguhnya sebaik-baik contoh tauladan ialah baginda Rasulullah . Setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan cara hidup baginda mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Semoga dengan memiliki buku ini akan memberikan kesedaran kepada kita dalam menjaga pemakanan seharian kerana ia melibatkan bukan sahaja aspek kesihatan malah keagamaan.

Selamat Membaca.

*  *  *

Tajuk : Kamu Apa Yang Kamu Makan

Penulis : Ann Wan Seng

Publisher : Kemilau Publika

ISBN : 978-967-361-060-0

Bil Muka Surat : 274m/s

Harga : RM18.00(Semenanjung Malaysia) /RM21.00(Sabah&Sarawak) [Harga Promosi Serendah - RM17.50 / RM20.50]

BORANG TEMPAHAN

100 Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Dilupakan

100 Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Dilupakan



Selain ikhlas, dalam beribadah kepada Allah swt kita diperintahkan untuk berittiba' (mengikuti) sunnah (ajaran) Rasulullah saw. Namun, bila melihat realitinya, umat Islam kini lebih banyak meninggalkannya.

Ada yang meninggalkannya kerana kurang perhatian dan cenderung melupakannya; ada pula mengolok-olokannya, bahkan menghina orang yang mengamalkan serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw.

Menghidupkan sunnah Nabi saw ertinya memahami petunjuk beliau.

"...maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidln al-Mahdiyyin (yang mengetahui ke­benaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu." [HR Abu Daud & Tirmizi]

Buku istimewa ini menghuraikan pelbagai sunnah Nabi saw yang makin dilupakan oleh kebanyakkan kaum muslimin; diantaranya masalah taharah, solat, musafir, haji dan umrah serta berbagai adab mulia dan muamalah lainnya.

*  *  *


Tajuk : 100 Sunnah Rasulullah S.A.W Yang Dilupakan

Penulis : Haifa Abdullah ar-Rasyid

Publisher : Kemilau Publika

ISBN: 978-967-361-065-5

Bil Muka Surat : 352m/s

Harga :  RM20.00 (Semenanjung Malaysia) /RM23.00 (Sabah Dan Sarawak) [Harga Promosi Serendah -RM 19.50 / RM22.50]

BORANG TEMPAHAN
Bertemu Janji Allah

Bertemu Janji Allah



Manusia di sisi Islam tidak diukur semata hanya kerana kejayaan mereka menguasai kehidupan dunia, tetapi kejayaan hakiki adalah sejauh mana mereka berusaha menyingkap segala keperluan hidup yang abadi iaitu akhirat. Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasul-Nya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.

Kegagalan mangikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. Keresahan di Mahsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbelalak dengan azab itu. Meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama.

Kata Hasan al-Basri, pada hari itu semua muka manusia terpaksa memandang ke atas, kerana mereka tidak mahu memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing dalam keresahan.

Buku ini mengajak pembaca menyelusuri jalan-jalan di Mahsyar yang menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat, kerana di sanalah kesenangan abadi.

*  *  *


Tajuk : Bertemu Janji Allah (Hard Cover)

Penulis : Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

Publisher : Kemilau Publika

Harga : RM39.00 (Harga Promosi Serendah - RM38.50)

BORANG TEMPAHAN
7 Wanita Hina & Mulia

7 Wanita Hina & Mulia



Pesan agama menyebut betapa wanita adalah perhiasan dunia. Dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Bagaimana pun, catatan sejarah peradaban dunia merakamkan pelbagai ‘wajah’ wanita yang telah meninggalkan kesan tersendiri kepada kehidupan manusia.

Pesan agama menyebut betapa wanita adalah perhiasan dunia. Dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Bagaimana pun, catatan sejarah peradaban dunia merakamkan pelbagai ‘wajah’ wanita yang telah meninggalkan kesan tersendiri kepada kehidupan manusia. Sama ada pada sisi putih mahupun sisi hitam, sem...uanya ada wakil dari golongan wanita, hatta ia menjadi catatan sepanjang zaman untuk dikutip teladan.Justeru, buku ini mengutip sebahagian daripada kisah wanita yang pernah ‘mencipta’ nama sama ada nama yang putih mahu pun hitam, guna untuk menjadi renungan dan iktibar kepada semua. Khusus bagi kaum wanita, buku ini pasti akan dapat menjadi bahan terbaik untuk mengenal ‘wajah’ sebenar yang harus dipakai oleh seorang wanita. Buku ini tentu sahaja boleh menjadi bahan terbaik untuk para wanita mencari isyarat hidup terbaik kerana pernah ada di kalangan mereka yang telah mencipta ‘nama’ tersendiri dalam sejarah tamadun kemanusiaan sebelum ini.


*  *  *


Tajuk : 7 Wanita Hina & Mulia

Penulis : Misbah Em Majidy

Publisher : Kemilau Publika

Berat : 413g

Harga : RM 19.90 (Harga Promosi Serendah - RM19.00)

BORANG TEMPAHAN

Rahsia-rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah S.A.W

Rahsia-rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah S.A.W




Allah mengutuskan Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya.

Rasulullah telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul.

Buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita.


*   *   *

Tajuk : Rahsia-rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah S.A.W

Penulis : Saari Sungib

Publisher : Kemilau Publika

Harga : RM30.00 (Harga Promosi Serendah- RM29.50)

BORANG TEMPAHAN.

Menyukat Solat Diri

Menyukat Solat Diri




Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri.

Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.

Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia

supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka

perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan

keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".

-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat-


*  *  *


Tajuk : Menyukat Solat Diri

Penulis : Misbah Em Majidy

Publisher : Kemilau Publika

Berat : 416g

Harga : RM 22.00 (Harga Promosi Serendah - RM21.50)

BORANG TEMPAHAN


Senyum Dan Tawa Rasulullah S.A.W

Senyum Dan Tawa Rasulullah S.A.W



Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687]

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif.

Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.

Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.


*  *  *


Tajuk : Senyum Dan Tawa Rasulullah S.A.W

Penulis : Misbah Em Majidy

Publisher : Kemilau Publika

Harga : RM18.00 (Harga Promosi Serendah - RM17.50)

BORANG TEMPAHAN

    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger