Memaparkan catatan dengan label Ana Muslim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ana Muslim. Papar semua catatan
Ana Muslim : Apa Salah Saya?

Ana Muslim : Apa Salah Saya?



Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
(Asy-Syuura 42:30) 


Saya kata, saya yang BETUL, Awak pulak kata, awak yang BETUL, Habis, siapa yang BETUL? Awak Betul? Atau saya yang BETUL?

Saya kata awak yang SALAH, Awak pun kata, sayalah yang SALAH, Habis, saya atau awak yang SALAH? Hish, naik serba SALAH...

Apa yang dah jadi?
Kenapa mesti menuding jari?
Mesti ke menangkan diri sendiri?
Tak boleh ke sama-sama kita fikirkan solusi...?

Salah betul, kita ke yang tentukan? Siapa kita, untuk mewakilkan Tuhan?

Jangan jadi ekstremis Cuba kita jadi optimis

Sudah-sudahlah tu bertegang urat... Buang yang keruh,
ambil yang jernih,
boleh buat?

Tajuk : Apa Salah Saya?

Penulis : Dzulhilman Roslan

Publisher : Ana Muslim : Blue-T Publication Sdn. Bhd.

Harga : RM5.00

Ana Muslim - Titisan Kasih Halimatus Sa'diyah

Ana Muslim - Titisan Kasih Halimatus Sa'diyah






"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 

( Surah al-Baqarah : 233 )


Terkejut saya apabila doktor memaklumkan bahawa anak saya lahir tidak cukup bulan, perlu mendapatkan susu ibu dengan kadar segera. Tetapi masalahnya isteri saya masih lagi belum sedarkan diri sejak pembedahan yang lepas. Namun, dibalas semula oleh doktor. Beliau menasihatkan kepada saya jangan risau. Dan tanpa ragu-ragu, doktor terus memberitahu kepada saya bahawa saya boleh mendapatkan susu tersebut daripada bank.

Terduduk saya mendengarnya. Bank mana pula ni doktor?

Barulah saya tahu bahawa susu manusia pun ada bank. Tetapi persoalannya, betul ke Bank Susu Ibu itu wujud? Boleh ke kita gunakan susu tersebut? Apa kesan jangak pendek dan jangka panjangnya? Bagaimana dengan hubungan keluarga susuan tersebut dengan anak saya? Apa jadi kalau yang mendermakan susu tu bukan daripada kalangan orang Islam?


*  *  *

Insya-Allah, segala perbahasan dan perkaitan hukum-hakam berkaitan penyusuan ibu akan dikupas dan diperincikan satu persatu dalam buku TITISAN KASIH HALIMATUS SA’DIYAH ini.



Tajuk : Titisan Kasih Halimatus Sa'diyah

Publisher : Blue T (Ana Muslim)

Bil. Muka Surat : 92

Harga : RM5.90




    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger