Halalkan Makanan Kita? - Bagaimana Mencarinya di Pasaran

Halalkan Makanan Kita? - Bagaimana Mencarinya di Pasaran






Tajuk : Halalkan Makanan Kita?

Penulis : Dr. Saadan Man & Zainal Abidin Yahya

Jumlah Muka Surat : 336 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM20.00 (Harga Kami Serendah RM19.00)



*  *  *


Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Apakah makanan yang terbaik? Mengapakah agama Islam mewajibkan umatnya supaya mencari yang halal? Apakah konsep halal dan haram menurut perspektif Islam?

Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.


Isi Kandungan :


Kata Pengantar

Pengenalan

Bab 1: Makanan Menurut Islam

Bab 2: Prinsip-Prinsip Halal dan Haram

Bab 3: Kategori Makanan

Bab 4: Halalan Toyyiban dalam Makanan

Bab 5: Aplikasi Halalan Toyyiban dalam Pasaran

Bab 6: Halalan Toyyiban dalam Undang-Undang Kawalan Makanan

Penutup

Bibliografi

Lampiran
Fiqh Pengantar - Teks Komprehensif Pengajian Islam

Fiqh Pengantar - Teks Komprehensif Pengajian Islam




Tajuk : Fiqh Pengantar - Teks Komprehensif Pengajian Islam

Penulis : Ustaz Abd. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin

Penerbit : Putaka Salam Sdn Bhd 

Bil. Muka surat : 400 m/s

Harga : RM18.50


*  *  *



Buku Pengantar Fiqh:

KANDUNGAN

BAHAGIAN A: MUAMALAT
1. Mukadimah
2. Jual Beli
3. Riba
4. Khiyar
5. Mudarabah
6. Wakalah
7. Sewa
8. Wakaf
9. Wadi'ah
10. Syarikat
11. Wasiat
12. Nazar
13. Sumpah

BAHAGIAN B: MUNAKAHAT
14. Mukadimah
15. Persediaan Sebelum Kahwin
16. Akad Perkahwinan
17. Tanggungjawab Suami Isteri
18. Penyelesaian Terhadap Krisis Rumahtangga
19. Pembubaran Rumahtangga
20. 'Iddah
21. Rujuk
22. Poligami
23. Hubungan Rumahtangga Dalam Konteks Masyarakat
24. Persoalan Semasa Tentang Perkahwinan

BAHAGIAN C: JENAYAH
25. Mukadimah
26. Jenis-Jenis Jenayah
27. Qisas, Kifarat Dan Diyat
28. Ta'zir
29. Pesoalan Jenayah Semasa

BAHAGIAN D: FARAIDH
30. Mukadimah
31. Syarat-Syarat Perwarisan
32. Tertegah Daripada Mewarisi Harta


Terjemahan Syarah Sahih Muslim - Imam Nawawi

Terjemahan Syarah Sahih Muslim - Imam Nawawi



Terjemahan Syarah Sahih Muslim - Imam Nawawi

Terdapat 18 Jilid

Harga : RM1300

Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat-solat Sunat (Lelaki dan Perempuan)

Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat-solat Sunat (Lelaki dan Perempuan)





Tajuk : Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat Sunat

 Penulis : Mukhlas Syarkun

Penerbit : Pustaka Azhar

Harga : RM12.00 


*  *  *



Solat merupakan ibadah istimewa. Ia satu ibadah yang penuh hikmah dan falsafahnya bukan hanya menjanjikan pahala dan balasan nikmat syurga, tetapi amat berkesan kearah pembinaan syahsiah diri kearah kecemerlangan dan kejayaan disamping menjadi benteng unsur-unsur negatif.

Solat sunat merupakan ibadah sebagai penambah untuk menyempurnakan ibadah yang wajib. Sesungguhnya dengan melakukan ibadah solat sunat ini ia dapat merapatkan lagi jurang diantara Penciptanya dengan wujudnya kekhusyukkan yang membara serta kerinduan yang mendalam terhadap yang disembah (Allah).

Dengan kesempurnaan melakukan ibadah solat diharap segala dipohon akan dimakbulkan supaya hidup ini sentiasa diberkati didunia dan di akhirat.


DVD Panduan Solat 3D

DVD Panduan Solat 3D





DVD Panduan Solat 3D

Penyusun: Ustaz Misdi Al-Haj

Terbitan: Pustaka Azhar

Harga: RM24.90 (Harga Kami Serendah RM24.00)


*  *  *


Bacaan Solat:

Fakhrul Radhi Kamarudin (Juara Akademi Al-Quran Musim ke 3)

DVD Panduan Solat 3D ini memberikan panduan asas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan menggunakan teknologi animasi terkini. Video 60 minit ini akan menerangkan aspek yang relevan tentang:

* maksud sebenar solat dan kenapa umat Islam perlu mematuhinya


* peristiwa Israk Mi'raj yang membawa kepada perintah solat


* cara-cara berwuduk dan hukum yang membatalkannya


* azan dan iqamah


* panduan asas solat 5 waktu lengkap dengan bacaan surah-surah dan maksudnya


* pengetahuan untuk solat jemaah, solat jumaat dan lain-lain perkara yang berkaitan


* cara-cara mengerjakan solat untuk orang kurang upaya seperti solat duduk dan baring


* perkara-perkara yang membatalkan solat


* koleksi doa-doa lazim selepas solat


* animasi bonus tentang panduan mengerjakan mandi wajib
Wanita-Wanita Syurga - Dr. Yusuf al-Qardhawi

Wanita-Wanita Syurga - Dr. Yusuf al-Qardhawi




Tajuk : Wanita-Wanita Syurga 

Penulis : Dr. Yusuf al-Qardhawi

Jumlah Muka Surat : 106 m/s

Penerbit: PTS 

Harga : RM17.00 (Harga Kami Serendah RM16.00)


*  *  *


Nafisah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Perkara apakah yang menghalang kamu berumahtangga?"

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Nafisah bertanya lagi, "Apa pendapat kamu, sekiranya kamu dicukupkan dengan seorang wanita yang cantik, kaya, dan serasi?"

"Siapa?" soal Nabi Muhammad s.a.w.

"Khajidah," jawab Nafisah.



Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidatina Khadijah r.a. dinaungi kebahagiaan yang berpanjangan. Jasa Saidatina Khadijah begitu besar bukan sahaja dalam kehidupan peribadi Rasulullah,

malah kepada perkembangan Islam seluruhnya. Cinta hati Rasulullah itu banyak berkorban harta dan air mata, menjadi sayap kiri perjuangan Baginda, dan pendamping setia ketika gembira mahupun derita.



Imam Al-Bukhari merekodkan daripada Abu Hurairah. Beliau menceritakan Malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Wahai Muhammad, Khadijah sedang menuju ke arahmu dengan membawa seberkas makanan.

Apabila beliau sampai, sila sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku. Khabarkan berita gembira kepada beliau tentang sebuah mahligai pertama untuknya di syurga. Di sana tidak ada lagi kesengsaraan dan kesakitan."



Kisah-Kisah Srikandi Agung yang terdapat dalam buku ini:

Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.
Fatimah Binti Muhammad, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.
Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang
Rumaisa' Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal
Nusaibah Bintiu Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.
Fatimah : Kisah Puteri Nabi

Fatimah : Kisah Puteri Nabi






Tajuk : Fatimah : Kisah Puteri Nabi

Jumlah Muka Surat : 192 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM16.00 ( Harga Kami Serendah - RM15.00 )


*  *  *



Segala-galanya bermula daripada sebuah keluarga yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Lahir seorang puteri yang mulia. Beliau adalah susuk wanita yang dijadikan teladan sejak zaman berzaman. Taatnya kepada Allah s.w.t., patuhnya kepada Nabi Muhammad s.a.w., setianya kepada suami dan sayangnya kepada anak-anak, adalah sebuah kisah indah yang sempurna.

Inilah novel, yang menceritakan kisah indah dan sempurna. Diceritakan oleh watak-watak yang mengagumi Fatimah. Dikisahkan dengan penuh hikmah, bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dikalungi pada peribadi. Beliau adalah Fatimah, puteri Nabi Muhammad s.a.w., puteri yang dijanjikan syurga.



Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi




Tajuk : Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Jumlah Muka Surat : 288

Penerbit: PTS

Harga : RM18.00 (Harga Kami Serendah - RM17.00)

BORANG TEMPAHAN


*  *  *



Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah s.w.t.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik dan dijadikan hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah s.w.t. tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah s.w.t. dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah s.w.t. Sampai ke akhir hayatnya, Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.



Aminah: Cinta Puteri Quraisy

Aminah: Cinta Puteri Quraisy






Tajuk : Aminah: Cinta Puteri Quraisy

Penulis : Zahiruddin Zabidi

Jumlah Muka Surat : 248 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM17.00 (Harga Kami Serendah RM16.00)


*  *  *



Aminah binti Wahab lebih dikenali sebagai bonda junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Namun pada satu sisi lain, Aminah adalah wanita Quraisy yang terbaik daripada segi keturunan dan kedudukannya pada waktu itu sehingga digelar puteri kaum Quraisy.

Beliau adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Muttalib, pemuda Quraisy yang terbaik pada zamannya. Novel ini bercerita berkenaan sisi ini, sisi beliau sebagai isteri yang memberikan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar suami.

Aminah bin Wahab adalah wanita kaum Quraisy daripada bani Zuhrah. Beliau adalah anak kepada pemimpin bani Zuhrah, Wahab bin Abdul Manaf. Namun, sedari kecil beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Wuhaib bin Abdul Manaf.

Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Masihi semasa dalam perjalanan pulang ke Makkah dari Madinah. Beliau dikebumikan di perkampungan bernama Abwaa.



Tafsir al-Quran di Radio (عبر الاثير )

Tafsir al-Quran di Radio (عبر الاثير )




[Tafsir al-Quran]

Tafsir al-Quran di Radio (عبر الاثير )

Penulis : Ustaz Haji Ahmad Sonhadji Bin Mohamad

Terdapat juzuk 1 hingga 30.

Satu juzuk, satu buku : Hanya RM18.00! ^^


Berminat?

Isi BORANG TEMPAHAN

atau

WhatsApp +60134194298



Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak

Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak




Tajuk :

Penulis : H.B Akhyar

Jumlah Muka Surat : 48 m/s

Penerbit: PTS 

Harga : RM9.00


*  *  *


Ensiklomini ibadah menghimpunkan pelbagai onfo tentang perkara asas dalam Islam. Kanak-kanak dapat memahami penerangan info tentang perkara asas ini dengan mudah. Penggunaan kosa kata ringkas dan ilustrasi menarik membantu kanak-kanak meningkatkan ilmu pengetahuan dalam Islam.

Selain itu, ensiklomini ini diperkaya dengan kosa kota dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mempelajari bahasa ketiga. Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini juga memaparkan nilai-nilai murni yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak.

Kelebihan yang terkandung dalam buku ini menjadikan ia hadiah terbaik untuk anak-anak.

Contoh Bab:



Ibadah

-Azan
-Iktikaf
-Istighfar
-Baligh
-Tayamum
-Tahajud
-Salji
-Jumaat
-Jenazah
-Haji
-Hadas
-Khutbah
-Doa
-Zikir
-Ramadan
-Rawatib
-Zakat
-Sunah
-Sa’i
-Sahwi
-Syahadat
-Solat
-Saum (puasa)
-Dhuha
-Thaharah
-Tawaf
-Zuhur
-Akikah
-Aidil
-Umrah
-Ghaslu
-Fajar
-Qiamullail
-Korban
-Kusuf
-Kaabah
-Lailatulqadar
-Masjid
-Musafir
-Niat
-Najis
-Wuduk
-Wukuf
-Yaumul Baidh 
Solat Khusus Wanita

Solat Khusus Wanita




Tajuk: Solat Khusus Wanita

Penulis: Nurun Nasuha M A

Terbitan : Darul Nu'man

Bil. Muka Surat : 128 m/s.

Harga : RM 6.00



*  *  *



Setiap wanita mengharapkan keselamatan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Seharusnya memahami bahawa hakikat kehidupan ini merupakan pengabdian diri kepada Penciptanya. Menyempurnakan segala aspek kehidupan sesuai dengan suruhan Ilahi dalam misi mendekatkan diri kepada Khaliqnya.

Solat sempurna merupakan saluran gelombang utama yang dapat menghubungkan antara hamba dengan Khaliqnya untuk meluahkan segala hajat dan rintihan rahsia di hati yang tidak dapat di selesaikan oleh sesiapa pun melainkan yang Maha Kuasa. Kaum Hawa harus memahami ketentuan dalam mendekatkan diri pada Penciptanya agar sentiasa memperoleh keredhaanNya.

Semoga ianya bermanfaat bagi kaum wanita dalam mendirikan solat sempurna dan memperoleh keredhaanNya, insya Allah.

Bacalah Anakku (Siri Cepat Membaca)

Bacalah Anakku (Siri Cepat Membaca)




Tajuk : Bacalah Anakku (Siri Cepat Membaca)

Penulis: Nik Eliani Nik Nawi & Othman Ahamad

 Penerbit: One Stop Computer and Language Consultancy

Harga : RM39.90


Berminat?
Atau terus WhatsApp +60134194298 / +60105647367


*  *  *
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku


Kandungan Pakej:

- 8 Buah Buku, 1 Buku panduan,
- 12 Keping Kad Imbas



Mengenai Produk :

Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.

Keistimewaan Produk :

-Sistem Fonetik
-Suku kata mudah
-Bermakna dan berulang
-Dua warna
-Berima
-Kurang Gambar



















Bacalah Anakku adalah set yang digunakan sebagai bahan alat bantu mengajar di sekolah-sekolah tadika mahupun pra-sekolah.

Ada kalanya bahan bacaan ini bukan sahaja di beli oleh pihak sekolah, malahan, para ibu bapa berusaha mendapatkan set bahan mengajar ini untuk mengajar anak-anak mereka di rumah.

Sekarang Set Bacalah Anakku telah di upgrade dan berwajah baharu.


Berfikir Gaya Al-Fateh

Berfikir Gaya Al-Fateh





Tajuk : Berfikir Gaya Al-Fateh [Berwarna]

Penulis : Muhammad Syaari Abdul Rahman

Jumlah Muka Surat : 288 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM35.00 (Harga Kami Serendah - RM34.00)


*  *  *


Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubi (Pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (Pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai:


“Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”

(Direkodkan oleh Ahmad)



Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilanBerfikir Gaya Al-Fateh.

Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut:

Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam

Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II?

Apakah 'kuasa mental' dan 'kekuatan minda' sebenar Al-Fateh?

Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh?

Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman?

Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?




 Isi Kandungan :


Kata Pengantar

Prakata

Kata Pengantar daripada Prof. Redzuan Othman

Kata Pengantar daripada Saudara Hilal Asyraf

Metodologi Penulisan

Kronologi Penting Muhammad Sehzade

BAHAGIAN 1: MUKADIMAH

Mengapa Al-Fateh dan 1453?

Rumusan Strategi Kemenangan 1453

BAHAGIAN 2: FASA SEBELUM KESULTANAN PERTAMA (1432 – 1443)

BAB 1: SENTUHAN FIRASAT SYEIKH BAYRAM

Pandangan Kerohanian Khidr

Pandangan Kerohanian Syeikh Bayram

Pedoman Pendidikan Anak

BAB 2: MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Dia adalah Anak Raja dan Sejarah Memihak Kepadanya

Lahir dalam Keluarga Pejuang (Al-Ghazi)

Hikmah Dinamakan Muhammad

Bagaimana Barat Melihat Kanak-Kanak

Bagaimana Turki Melihat Kanak-Kanak

Danger is Real, Fear is A Choice

Penyusuan Anak adalah Kemestian

BAB 3: BERMULA DENGAN MATLAMAT DALAM MINDA

Detik-detik Awal Muslim Bertembung dengan Konstantinopel

Pertama Kali Konstantinopel Gentar

Visionari Sultan Ayyub Ansari

Murad II Memahat Kuat Wawasan Muhammad

Kisah Tahanan Robben Island

Mindset, Segalanya Bermula di Sini

Teknik Well-Formed Outcome (NLP) bagi Membentuk Kejelasan Wawasan

Lampiran : Buku Nota Muhammad Semasa Kecil

BAB 4: TERIMA KASIH ROTAN

Gabenor Manissa Yang Keras Kemahuannya

Rotan dan Teknik Swish Pattern (NLP)

Bersikap Positif Pada Tekanan dan Ketentuan Tuhan

BAHAGIAN 3: FASA SELEPAS KESULTANAN PERTAMA (1444 – 1450)

BAB 5: ILMU PENGALAMAN DARIPADA TAKHTA EDIRNE (1444-1446)

Harga Sebuah Kepercayaan

Murad Rindu Kepada-Nya

Pelajaran Pertama Dari UPSR di Varna (1444)

Pelajaran Kedua dari Yenissari (1446)

Bersederhanalah dalam Semua Perkara

Belajarlah Membuat Keputusan

BAB 6: KEBANGKITAN SEMULA MUHAMMAD (1447 – 1451)

Tanda-tanda Al-Fateh Muncul di Kosova (1448)

Terima Kasih kepada Kegagalan

Teknik Herot-Berot (NLP) Mentertawakan Pengalaman Pahit

Pada Jalan Dakwah Aku Menikah

Poligami dari Sirah Jendela Nabi

BAHAGIAN 4: FASA SELEPAS KESULTANAN KEDUA (1451 – 1452)

BAB 7: MENTALITI SUKSES SYEIKH aKSemsettin

Keajaiban Malam 22 April 1453

Sepucuk Surat Mengubah Sejarah

Teknik Reframing (NLP)

BAB 8: TABIAT PROAKTIF DI SEBALIK RUMELI HISSARI

Menjadi Khadam kepada Arahan Sendiri

Berhenti Menuding Jari

Berhenti Bermentaliti Aku Mangsa Keadaan

Bersangka Baik kepada Takdir

Kisah Benar Penulis

Mulakan Perubahan dengan Diri Anda Sendiri

BAHAGIAN 5: FASA KEMENANGAN (1453)

BAB 9: 1453 KISAH HABIT, BUKAN MAGIK

Tradisi Kecemerlangan Terpahat di Makam

Belajar dari Apollo 11

Islam dan Operasi Sikap

Ramadan Bulan Latihan

Ubah Tabiat Dengan Formula M.P.P

BAB 10: SAINS SUKSES MUHAMMAD II

Karakter Sukses Muhammad II

Meledaknya Potensi Nuklear Muhammad II

Mentaliti Sukses dan Teknik NLP Silang Rasa

Apakah Selepas Konstantinopel?

Legasi 30 Tahun Pemimpin Agung

Rom Menanti Al-Fateh Kedua

Syair Avni Bukti Berfikir Gaya Al-Fateh

Bacalah, Kamu akan Menguasai Dunia

BAB 11: PENCERAHAN DAN HARAPAN

Konstantinopel Ditakluk dengan Kekerasan?

Tentera Sultan Muhammad Mengucup Kaki Abu Ayyub Al-Ansari?

Sultan Muhammad Tidak Pernah Meninggalkan Tahajud?

Pembukaan Konstantinopel pada Akhir Zaman

BIODATA PENULIS

BIBLIOGRAFI
Untukmu Umat - Ustaz Zaharuddin

Untukmu Umat - Ustaz Zaharuddin



Tajuk: Untukmu Umat

Penulis: Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Bil. Muka Surat : 304 m/s

Harga: RM11.00



*  *  *


MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:

• Wanita dan wangian
• Batasan aurat wanita
• Jangan dayus wahai lelaki
• Maruah diri dan doa pelindung
• Adakah wanita dibenarkan bekerja?

Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.


Daripada penulis buku ini sendiri :

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian dan selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhammad s.a.w, penutup segala rasul dan nabi. Salam sejahtera buat ahli keluarga Baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya serta mereka yang menuruti jejak langkahnya.

Buku "Untukmu Ummat" ini adalah satu usaha saya berkongsi buah fikiran dan nasihat keagamaan dalam kehidupan semasa umat Islam hari ini. Bukanlah apabila sesuatu nasihat itu diberikan bermakna, pemberi nasihat adalah terbaik dan paling sempurna, tetapi ia merupakan nasihat saya buat diri ini juga. Namun kerana kita hidup bermasyarakat, dalam usaha mencipta masyarakat soleh dan solehah, kita tidak boleh menjadi baik seorang diri, kita harus bercampur dengan masyarakat dan saling bantu membantu bagi mewujudkan masyarakat yang baik.

Semua harus berusaha sekadar kemampuannya bagi menghulur kepakaran dan apa jua yang dimilikinya bagi merealisasikan konsep amar ma'ruf nahi mungkar iaitu sama-sama mengajak kepada kebaikan dan melarang antara satu sama lain dari melakukan kejahatan.

Nasihat tidak semestinya hanya datang dari seorang yang lebih soleh dan sempurna, kerana semua tiada kita yang terlepas dari dosa. Namun, jangan sesekali menjadikan dosa kita penghalang dari usaha memperbaiki masyarakat. Jika itu berlaku, sedarilah ia hanyalah tipu daya Syaitan.

Tulisan di dalam buku ini dibuat dalam bentuk nasihat pendek beserta beberapa dalil bagi menghampirkan masyarakat dengan nas al-quran dan hadis, namun ia diolah secara separa santai sesuai bagi bacaan golongan muda, dewasa dan veteran. Termasuk juga ahli akademik, orang biasa dan para pekerja professional.

Janganlah membaca buku ini dengan anggapan saya menyerang anda, tetapi bacalah ia dengan nada yang tenang dan memujuk, nescaya hati dan minda kita akan sama-sama mampu dibuka bagi meresap kebaikannya.

Manusia tidak terlepas dari kesalahan, justeru tidaklah saya boleh terlepas dari kesilapan dalam penulisan ini, jika terdapat sebarang kesilapan ia bukan satu yang disengajakan.

Akhirnya, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang mengizinkan buku ini lahir di dunia nyata dan saya berdoa agar ia mampu memberatkan timbangan amal soleh saya di akhirat kelak. Jutaan terima kasih diucapkan buat isteri tercinta dan anak-anak yang menjadi penenang di waktu tekanan dan rakan-rakan yang membantu, tidak lupa kepada anda selaku pembeli buku ini. Semoga ia mencapai hasrat asal pembeliannya.

Saya sertakan adalah sebahagian tajuk kandungan buku ini, semua kandungan ini ada tercatat di web saya namun kelebihannya, terdapat beberapa isi yang diubahsuai, dipotong dan tambah semasa proses editing. Manakala susunan bahasa juga lebih baik dan tersusun, terdapat juga rujukan yang ditambah berbanding coretan di web saya.   
Atlas Rasulullah S.A.W. - Menelusuri Sejarah Manusia Paling Agung

Atlas Rasulullah S.A.W. - Menelusuri Sejarah Manusia Paling Agung




Tajuk : Atlas Rasulullah S.A.W. - Menelusuri Sejarah Manusia Paling Agung (Hard Cover)

Penyusun : Sami Bin Abdullah al-Maghluts

ISBN-13: 978-967-366-234-0 

Jumlah Muka Surat : 440 m/s

Publisher : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM85.00 (Harga Kami Serendah - RM82.00)

BORANG TEMPAHAN


*  *  *






Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat. Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada
para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan :

-Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

-Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul

-Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah

-Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah

-Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi

-Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.

-Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi

-Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin

-Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain

-Piagam Madinah yang Tersohor

-Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq

-Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam

-Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat

-Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin

-Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger