Memaparkan catatan dengan label Galeri Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Galeri Ilmu. Papar semua catatan
Dia Bukan Malaikat - Muhd Iqbal Samsudin

Dia Bukan Malaikat - Muhd Iqbal Samsudin






JUDUL: DIA BUKAN MALAIKAT


PENULIS: Muhd Iqbal Samsudin



ISBN: 978-983-097- 675 - 4

TEBAL: ms 168
SAIZ: 5.15” X 7.5”
BERAT: 160 gram

HARGA: RM 15


Berminat?



Atau terus WhatsApp +60134194298

____


“The world is a book and those who do not travel read only one page.”

(St. Augustine)


"Di sana, saya ditempatkan dengan seorang Melayu. Dia nampak selekeh sangat. Muka comot penuh dengan tampok hitam-hitam, gigi kuning pekat, rambut kusut masai, kasar bersikat tepi dan berkuku panjang. Tapi ada satu sahaja yang saya hairan, dia sungguh wangi. Bau wanginya semacam dengan minyak atar yang selalu ustaz-ustaz guna untuk ke masjid. Saya jadi pelik. Tersangat pelik ... .”


SINOPSIS:

Buku DIA BUKAN MALAIKAT, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin. Beliau telah memilih genre cerpen untuk buku PURIS kali ini. Cerpen-cerpen olehnya itu merupakan hasil daripada mencabar diri sendiri untuk menulis secara serius, iaitu sekitar tahun 2010, seusai menduduki SPM.


Masih kuat di ingatan beliau, cerpen pertama yang bertajuk Seronoknya Sedekah, telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada segenap pelosok pembaca alam maya. Sebagai penulis hijau yang baharu tumbuh ketika itu, respons positif yang diterima, amat bermakna baginya untuk meneruskan lagi azam dan perjuangan serius dalam bidang penulisan.


Bertolak dari itu, penulis mula mengorak langkah demi langkah menulis, menempuh ketidakmatangan, agar ketidakmatangan itu sedikit demi sedikit beransur hilang kerana yakin bahawa tiada sesiapa pun yang bermula dengan terus melompat ke daerah sempurna. Pada siri ketidaksempurnaan itulah kita tempuh dan belajar daripada kesilapan, di samping meningkatkan nilai-nilai dalam setiap tulisan mendatang.


Menghasilkan cerpen yang berkualiti adalah sesuatu yang mencabar kerana ia menuntut paduan daya imaginasi yang tinggi dan mesej yang wacananya mampu membuatkan pembaca berfikir, tidak hanya khayal di awanan hiburan semata. Dua paduan inilah yang menjadikan penghasilan sebuah cerpen itu terasa begitu mencabar.


Tiada lain yang diharapkan oleh penulis, melainkan pembaca-pembaca budiman dapat mengambil walau seulas manfaat sebagai bekal hidup di alam fana ini hingga ke alam kekal sana, walau hanya sekecil zarah oksigen sekalipun, yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera yakni sepasang mata kasar. Moga, dapatlah bersama-sama kita berjalan di dunia ini dan beransur ke alam sana, dalam pelukan redha-Nya!
Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari - Mohd Hisham & Hasifah

Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari - Mohd Hisham & Hasifah





Tajuk : Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari

Penulis : Mohd Hisham Mohd Sharif/ Hasifah Zainuddin

Jumlah Muka Surat : 232

Harga : RM17.00



*   *   *



"Bahagia rumah tangga pada memberi, bukan memiliki".


SUAMI BUKAN MALAIKAT, ISTERI BUKAN BIDADARI merupakan sebuah buku yang sarat dengan inspirasi tentang ilmu berumah tangga khususnya buat anak-anak muda yang baru melangkah ke alam perkahwinan.

Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar cinta semata-mata. Namun bagi memastikan keharmonian itu terus kekal berpanjangan, cinta itu perlu hadir bersama dengan tanggunjawab. Itulah tema yang penulis ketengahkan dalam buku ini.

Tanggungjawab untuk menjaga hubungan sebelum perkahwinan, tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh bersedia sebelum berumahtangga, tanggungjawab untuk bersabar dalam alam rumahtangga dan tanggungjawab untuk mendidik anak dengan ilmu yang benar.


ANEKDOT MADINAH : BENAR DIA MAHA MENDENGAR

ANEKDOT MADINAH : BENAR DIA MAHA MENDENGAR




ANEKDOT MADINAH : BENAR DIA MAHA MENDENGAR
Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim
Bil. Muka Surat : 400 m/s
ISBN : 978-983-097-404-0
Publisher : Galeri Ilmu
Harga : RM45.00 (Harga Promosi Serendah - RM44.00)



*  *  *

Buku ini adalah karya kedua Prof Muhd Kamil Ibrahim (MKI) bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd . Tampil dengan gaya bahasa yang mudah, namun pengisiannya amat mendalam.

Bertugas di Universiti Taibah sebagai Profesor Perakaunan, dan bermukim di bumi Madinah, Prof Kamil bijak mengadun latar Madinah dalam sisi hidupnya sebagai hamba Allah.

Seperti biasa, MKI menulis dari hati, maka setiap kisah yang dipaparkan pasti akan jatuh ke hati pembaca. Bumi Madinah sememangnya tidak asing bagi umat Islam, namun MKI memerikannya dari sudut yang berbeza dan wajar direnungi bersama!

LANGIT ILAHI (EDISI ISTIMEWA)

LANGIT ILAHI (EDISI ISTIMEWA)



Tajuk : LANGIT ILAHI (EDISI ISTIMEWA) 
Pengarang : Hilal Asraf
ISBN : 978-983-097-389-8
Publisher : Galeri Ilmu
Harga : RM65.00 (Harga Promosi Serendah - RM64.00)



*   *   * 

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.

Kembara Hamba Mencari Cahaya ... menekankan persoalan dunia sebagai ladang akhirat dan menjawab persoalan bagaimana hendak bergerak membina kehidupan sebagai hamba.

Fanzuru: Maka Lihatlah ...satu perkongsian pengalaman, yang mengajak kepada disiplin hidup yang mapan, dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah, dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis bestseller Hilal Asyraf mengajak kita pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.



Secangkir Teh Pengubat Letih

Secangkir Teh Pengubat Letih




Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.

Warga Turki masih utuh pegangan akidahnya, para huffaz bertebaran di buminya, ukhuwah islamiah masih membara di dada penghuninya, malah tiada Muslim yang akan rasa terasing apabila bertandang ke sana. Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam.

Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata ? segalanya terangkum di dalamnya...

Antara kandungan:

* Mencari Damai Diri

* Canakkale Ajaibnya Turki

* Secangkir Teh Pengubat Letih

* Orang Berbudi Kita Berbahasa

* Bahasa Yang Pergi

* Ukhuwah Di Bumi Afyon

* Orang Berbudi Kita Berbahasa

* Sejarah Tua Kaum Muda Berulang Lagi

*Dan sebagainya.

*  *  *


Tajuk : Secangkir Teh Pengubat Letih

Penulis : Hasrizal Abd Jamil

Bil. Muka Surat : 280 m/s

ISBN : 978-983-097-238-1

Harga :  W/M:RM25.00 (Promosi - RM24.00)  E/M:RM27.00 (Promosi - RM26.00)


BORANG TEMPAHAN
Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulallah

Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulallah




Menjelaskan makna, hukum, dan kelebihan mencintai Nabi. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi'in dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi SAW dalam kehidupan. Diakhiri dengan bingkisan mengenai kewafatan Nabi SAW yang demikian mendalam cintanya kepada umat. Disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulallah.

*   *   *


Tajuk : INGIN KUBALAS CINTAMU YA RASULALLAH

Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll

ISBN : 978-983-097-405-7

Bil. Muka Surat : 216 m/s

HARGA: Semenanjung : RM 40.00 (Promosi - RM39.00) / Sabah & Sarawak :  RM42.00 (Promosi -RM41.00)

BORANG TEMPAHAN

Tuhan Lebih Saintifik - Dr. Farhan Hadi

Tuhan Lebih Saintifik - Dr. Farhan Hadi







Tajuk : TUHAN LEBIH SAINTIFIK

Penulis : Dr. Farhan Hadi

Publisher : Galeri Ilmu

ISBN : 978-983-097-438-5

Harga : RM22.00 
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)





*  *  * 



Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan.

Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.


Review Pembaca ( KREDIT )

PERBINCANGAN 1 
(A : ateis /  I : Islam)


I: Tuan tidak percayakan Tuhan?

A: Tidak!

I: Lihat disekeliling tuan. Ada kereta, ada bangunan, ada pelbagai benda. Semuanya dicipta oleh manusia. Sudah tentu manusia dan alam yang cantik juga ada penciptanya juga. Tak mungkin terjadi sendiri.

A: Tapi segala-galanya boleh diterangkan oleh sains. Alam terjadi melalui satu proses yg sgt saintifik memakan bilion2 tahun. Manusia terjadi dengan proses evolusi. Tuhan hanya satu jawapan short cut bagi sesiapa yang malas berfikir

I: Wah menariknya. Bagaimana proses evolusi berlaku

A: Evolusi berasal dari 1 sel tunggal. Kemudian sel itu berevolusi bla bla bla bla
I: Satu sel tu berasal dari mana?

A: Ia berasal dari benda bukan hidup bilion2 tahun dahulu

I Satu sel bukan hidup tu berasal dari mana? Macam mana dia boleh tiba2 hidup?

A: Ia berlaku sendiri

I: Prosesnya tak diketahui?

A: Ya. Setakat ni takde siapa yang tahu. Ia berlaku dalam tempoh yang agak lama

I: Kalau begitu, itu juga salah satu cara malas berfikir. Teori evolusi begitu mudah. Kalau tuan hendak tahu, berfikir tentang tuhan, mengenal sifat-sifatnya, mengenal betapa hebatnya tuhan lebih kompleks daripada mengenal teori evolusi.



PERBINCANGAN 2

A: Untuk apa kita percayakan tuhan?

I: Untuk segala-galanya..

A: Saya tidak percaya tuhan. Saya tak percaya kehidupan selepas mati. Fikiran saya bebas.

I: Habis, apa yang berlaku selepas tuan mati?

A: Saya percaya apabila mati, manusia seperti masuk kedalam gua dan menjadi habuk dan debu. Itu sahaja dunia ni

I: Kalau macam tu, dunia ini tidak adil. Semua orang akan melakukan kejahatan kerana tiada pembalasan di hari akhirat. Contohnya, ada seorang penjenayah melakukan pembunuhan, mencuri, merompak, merogol. Tetapi tiada balasan untuk dia.

A: Polis kan ada

I: Kalau polis tidak berjaya menangkap dia? Bila dia mati, dan tiada hari akhirat, bolehkan kita terima semua ini?

A: Dah nasib dia.. nak wat cane. Lumrah hidup. Terima je la. Pencuri tu sangat bijak

I: Mungkin kita boleh cakap camtu sebab kita tak kena. Cuba kalau anda sendiri dirompak. Apa perasaan anda?

( balik tu, Dr Donald punya kereta kena pecah, laptop hilang. Pastu dia menyumpah-nyumpah. haha. pastu baru dia sedar betul jugak apa yang Dr Ahmad Zabidi cakap) *Allah bagi cash!



PERBINCANGAN 3

A: Adakah tiga orang anak cukup untuk tuan?

I: Oh kalau boleh saya ingin menambah beberapa orang lagi

A: Kalau begitu, kawin lah lagi! bukankah agama tuan menggalakkan poligami dan merupakan sunnah?
I: Poligami bukan digalakkan.

A: Eh, kenapa semua orang islam kata camtu? bahkan jika isteri first menentang, dia takkan bau syurga

I: Ramai yang salah faham tentang poligami. Poligami dibenarkan untuk kes kes tertentu, bukan digalakkan. Contoh, poligami telah membela kaum wanita yg kematian suami ketika peperangan suatu masa dahulu.

A: Bukankah ia tetap sunnah?

I: Berkahwin lebih dari seorang adalah sunnah.Tapi, nabi monogami dalam tempoh 25 tahun. Dan poligami dalam tempoh 10 tahun. Tuan pernah naik kapal terbang?

A: Mestilah pernah.

I: Ada tuan nampak pintu kecemasan dalam flight tu?

A: Ada.

I: Tuan setuju jika pintu itu dikuci terus dan tidak boleh dibuka lagi?

A: Mana boleh, bahaya!

I: Kalau dibuka terus?

A: Lagi bahaya!

I: Begitu juga poligami. Ia tidak boleh dilakukan sesuka hati, namun tidak boleh terus ditutup kerana ada kondisi kecemasan. Agama lain takde poligami. Jika si isteri sakit teruk or mandul, maka pasangan tersebut terpaksa menelan segala kepahitan kerana tiada pintu kecemasan. Maka, akan berlaku suami curang, pengabaian dan ketidakadilan dalam rumah tangga..


PERBINCANGAN 4

A: Ini soalan lanjutan, kenapa nabi anda kahwin sekaligus 9 orang dalam satu satu masa? Sedangkan islam menghadkan 4 orang je. Ni cakap tak serupa bikin. Maaf jika sebut, tapi saya rasa 9 isteri tak ubah seperti kuat nafsu.

I: Ketika itu wahyu tidak diturunkan lagi. Apabila mendapat perintah poligami, nabi tidak lagi berkahwin lain lepas tu. Nabi kawin bukan sebab nafsu. Contoh, nabi kahwin dengan Siti Khadijah yang umur 40 tahun.

A: Mungkin dia ingin bolot harta. Pastu kahwin lagi dan berfoya-foya

I: Itu hanya sangkaan bukan fakta en? Masa tu orang arab suka kawin ramai, tapi nabi tetap setia. Bahkan baginda tiada hamba perempuan. Nabi juga kawin sebab strategi politik untuk sebarkan islam. 

Contoh, selepas kawin dengan Juwairah, dia memang cantik, ramai kaumnya telah memeluk islam. Apa akan jadi kalau isteri dan kaumnya tidak peluk islam? Mereka akan susun strategi untuk perang. Madinah tidak akan aman.



PERBINCANGAN 5

A: Sekiranya tuhan itu ada, sebelum tuhan itu apa? (siapa cipta tuhan?) I mean kalau 1000 billion tahun dlu masa bumi belum wujud lagi, sebelum sebelum tu katanya tuhan da ada, tapi saya nak tahu bila tuhan mula-mula muncul.

I: Jawapannya ialah masa.

A: Maksud tuan?

I: Tuan keliru sebab adanya masa. Tuan kena tahu bahawa tuhan yang ciptakan masa. Masa yg membuatkan kita tertanya-tanya bila bila dan bila. Kalau masa itu tiada, sudah tentu kita tidak akan terfikir bila tuhan wujud. Tuhan itu ada sebelum masa dicipta. Bahkan tuhanlah yang menciptakan masa.

A: Tapi setiap sesuatu pasti ada permulaan... Jadi bila permulaan tuhan?

I: Hmm, sebelum nombor 2, nombor apa?

A: 1

I: Sebelum 1?

A: 0

I: Sebelum 0?

A: -1.. errr...

I: See? nombor adalah satu contoh.



PERBINCANGAN 6 

I: Tuan tidak percayakan syurga, neraka dan kehidupan selepas mati eh?

A: Ya, saya tidak percaya.

I: Boleh saya tahu apa yang tuan dapat dengan usaha tuan yang mengajak manusia tidak percayakan tuhan?

A: Saya akan mendapat kepuasan. Saya puas melihat manusia yang bebas daripada dikongkong agama.

I: Kalaulahhh... kalaulahhh agama saya benar dan tuan salah, adakah tuan sanggup kena balasan api neraka?

A: Errr..... tak sanggup

I: Tuan boleh tanya soalan yang sama kepada saya. Kalau fahaman tuan yang benar? Apa akan jadi pada saya? Saya tidak akan dapat balasan apa-apa kerana tiada pembalasan. 

A: Tapi kalau usaha tuan tak berjaya untuk tarik saya, apa yang tuan dapat? Buat penat je.

I: Pada agama islam, jika saya tidak berjaya untuk menarik tuan masuk islam sekalipun, saya dijanjikan pahala sebab saya telah berusaha untuk berdakwah.




Bersyukur Saat Diuji

Bersyukur Saat Diuji



Bacalah dengan mata hati. Di sebalik tabir kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.

*  *  *


Tajuk : Bersyukur Saat Diuji

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim

Publisher : Galeri Ilmu

Harga : RM22.00 (Harga Promosi Serendah - RM21.00)

BORANG TEMPAHAN


Tuhan Itu Dekat

Tuhan Itu Dekat




Buku ini mengandungi 60 tazkirah pendek mengajak kita muhasabah diri dan taqarrub kepada ALLAH. Tetapi padat dengan isi-secara halus menyentuh naluri dan kalbu kita untuk merenung kelemahan diri.


*  *  *


Tajuk : Tuhan Itu Dekat

Penulis : USTAZ AMALUDDIN MUHD NAPIAH

Bil. Muka Surat : 264 m/s

Harga : W/M:RM22.00 E/M:RM24.00

BORANG TEMPAHAN


Mudahnya Menjemput Rezeki

Mudahnya Menjemput Rezeki





Tajuk : Mudahnya Menjemput Rezeki

Penulis : Fathuri Salehuddin

Publisher : Galeri Ilmu

Harga : RM18.00 (Harga Promosi Serendah - RM17.00)




*  *  *

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dik ongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' dari Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikuti rahsianya..

Analogi menjemput rezeki boleh diambil daripada contoh semut. Dalam satu-satu tempat, agak sukar untuk kita mencari semut,sangat sukar. Pun begitu, itu jika kita mencari. Tetapi ada cara lain yang lebih mudah jika kita ingin menemui semut. Ia adalah dengan mengumpannya (menjemputnya) dengan makanan manis, contohnya gula. Letak sahaja gula, semut pasti akan datang tanpa kita tahu dari mana asalnya. Yang pasti ia akan tetap menghurung gula tersebut.

Begitulah konsep rezeki yang cuba dibongkarkan oleh penulis. Konsepnya mudah, berikan apa yang “Pemilik” rezeki mahukan, InsyaALLAH kita akan peroleh apa yang kita mahu. Dalam konteks ini, berikan apa yang Allah mahu seperti solat, membaca Al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Bayangkan jika Allah memberi kita kejutan rezeki tanpa disangka-sangka. Sudah pasti ia satu yang menakjubkan! Ia pasti akan menerujakan! Justeru, daripada mencari, lebih mudah jika kita menjemput rezeki datang bertandang berjumpa kita.




Indahnya Politik Cara Islam

Indahnya Politik Cara Islam






Kenapa dikatakan berpolitik cara Islam dalam sebuah negara demokrasi menjamin kesejahteraan dan kedamaian manusiawi dan ukhrawi?

Adakah amalan berpolitik kini menepati apa yang digariskan dalam Islam?

Adakah Islam menerima ideologi pemerintahan yang meletakkan penilaian keadilan, baik dan buruk kepada logik akal semata-mata?

INDAHNYA POLITIK CARA ISLAM memberi persepsi yang jelas mengenai politik dan sistem pentadbiran dalam Islam. Kupasannya yang ilmiah berdasarkan usul fikah, perbahasan ulama, contoh sejarah dan sandaran dalil yang autentik, dipakejkan dengan gaya olahan yang mudah dan bersifat semasa.

Sesuai untuk ahli politik, pemimpin, ahli agama, ahli korporat, pelajar dan masyarakat umum.


*  *  *


Tajuk : Indahnya Politik Cara Islam

Penulis: Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Publisher : Galeri Ilmu

Harga : RM30.00 (Harga Promosi Serendah - RM29.00)

BORANG TEMPAHAN


Satu Rasa Dua Hati

Satu Rasa Dua Hati



Buku ini menyediakan persoalan seharian berkenaan rumahtangga dan tanggungjawab dalam rumahtangga, berkaitan hubungan suami isteri serta kerukunan rumahtangga. Sesuai utk semua yang bakal dan telah berkahwin bagi memberikan panduan dalam menyemarakkan lagi kasih sayang dan cinta dalam perkahwinan.

Petikan dari kata- kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
" Pada umumnya, kisah-kisah samada yang saya paparkan menerusi dialog mahupun monolog di dalam buku ini, adalah gugusan pengalaman dan gelombang rasa sepanjang menjalani kehidupan, samada sebelum atau semasa menempuh alam rumah-tangga. Ia adalah adunan antara teori dan amali, impian dan mimpi, realiti dan fantasi. Walaupun sketsa ataupun kisah itu hanya satu hiasan latar dan kiasan imiginasi, namun pada hakikatnya apa yang cuba saya paparkan tetap kebenaran. Insya-Allah.
Sepanjang kembara dalam usia lewat 40′an saya temui figur-figur yang bercakap bukan dari kepalanya, tetapi dari hati. Orang yang begini bercakap tulus dan telus. Tanpa bunga-bunga kata, tanpa kilasan bahasa. Cakapnya sungguh bersahaja. Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun ‘body language’ – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka itulah ‘orang-orang kecil’ yang begitu besar dalam arena pendidikan.

Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan ‘murid-murid’ tidak resminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat. Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinasikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumahtangga secara ilmiah, mereka secara ‘simple’ menyampaikan ilmu itu secara amaliah.

Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka. Orang sibok membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resepi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya ‘harta’ yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci maki dan hasad dengki manusia.

Menulis bukan sekadar memberi maklumat atau menghiburkan, tetapi yang lebih penting untuk meyakinkan dan mempengaruhi. Buku ini walaupun berbicara seadanya, namun itu tidak bermakna mesej dan misinya juga seadanya. Tidak. Kita harus berbicara secara serius bila bercakap tentang rumah-tangga, justeru itu adalah nukleas segala-galanya. Bila menyentuh soal rumah tangga kita akan bercakap tentang ibu-bapa – pihak yang bertanggungjawab menjadikan seorang anak itu samada Muslim, Nasrani, Yahudi atau Majusi. Rumahtangga adalah tonggak generasi.

Rumahtanga kerap digelar ‘syurga dunia’. Berjaya menikmati syurga di dunia yang sementara ini adalah petanda baik untuk dapat menikmati syurga yang abadi di akhirat nanti. Namun, syurga di dunia ini (seperti yang saya katakan tadi) bermula di dalam rumah kita – Bainati Jannati. Rumah tangga yang aman damai, penuh kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga… Di situlah penghuninya menempa Qalbun Salim – hati yang sejahtera, perisai ampuh untuk menahan bakaran api neraka pada hari di mana anak-pinak dan harta tidak berguna (Padang Mahsyar).

Sekadar meminjam kata-kata hikmah daripada Mother Teresa, ketika beliau ditanya, “bagaimanakah hendak melahirkan sebuah dunia yang aman?” Beliau secara rengkas menjawab, ” pulanglah ke rumah masing-masing dan cintailah keluarga anda.” Malangnya, kerap terjadi seorang Presiden yang berbicara tentang keamanan, pulang dengan masam muka bertemu anak-anaknya di rumah. Perdana Menteri yang kononnya juara kedamaian, menjadi suami tuli dan bisu atas luahan isteri sendiri. Betapa ramai para pemimpin yang begitu hebat mengetuai organisasi dan masyarakat, kecundang dalam memimpin keluarganya.

Majalah Fortune pernah menjalankan kajian ke atas rumah tangga para CEO yang bertaraf dunia. Hasilnya mengejutkan! Hanya 10% sahaja daripada mereka yang tidak mengalami keruntuhan rumah tangga. Apalah ertinya jika kita berjaya meraih keuntungan berbilion-bilion dollar sekiranya gagal memimpin rumahtangga sendiri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, jika kita tidak dapat menikmati kebahagiaan dalam rumahtanga ertinya kita tidak akan menikmati kebahagian dalam kehidupan!

Saya terpanggil untuk menyumbang sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini. Soalnya ialah bukan samada saya berjaya atau gagal dalam misi ini, tetapi keazaman dan usaha. Tidak ada kegagalan dalam usaha yang murni… yang ada hanyalah ‘kejayaan yang ditangguhkan’. Mudah-mudahan usaha yang tidak sempurna ini akan ada pihak yang akan menyempurnakannya. Pasti ada kesalahan dan kesilapan, insya-Allah bakal ada orang yang akan membetulkannya. Dengan nama Allah… bacalah!"


*  *  *


Tajuk : 1 RASA 2 HATI

Penulis : Pahrol Mohamad Juoi

Publisher : Galeri Ilmu

Harga : RM22.50 (Harga Kami Serendah - RM22.00)

BORANG TEMPAHAN 

Cinta High Class

Cinta High Class






Tajuk : Cinta High Class & Cintaku Kerana Agama-Mu

Penulis : Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi

Terbitan: Galeri Ilmu

Harga : RM28.00
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)




☆  ☆  ☆


Qani’ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya. Lembut tapi berkepimpinan. Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati banyak pihak. Pemidato di sekolah.

Akhlak Qani’ah yang mulia, penyayang, dan baik tutur bicaranya menyebabkan namanya dikenali dan diminati baik oleh pelajar perempuan dan juga lelaki. Sering menerima surat-surat cinta. Dia yang mengenali ‘kriteria’ lelaki soleh terlebih dahulu sebelum ‘pemilik cintanya’, tidak mudah menyerahkan cintanya kepada sesiapa sebelum yakin menemui lelaki yang tepat.




Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari

Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari



Saya hanya tersenyum pahit sambil mengangkat kening apabila mendengar kata-kata itu. Di dalam hati, saya faham bahawa diri sedang cuba diperkecilkan. Toriq pula tersenyum lebar, puas barangkali dapat meninggikan diri dan memperlekeh saudara se-Islamnya. Wallahu’alam. Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan Arab. Apatah lagi orang Asia seperti saya.

Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu ini membantu saya memahami bagaimana cara dan kaedah mengeluarkan hukum Fiqh daripada dalil yang pelbagai. Selain mengajar, saya menghargai dan meraikan kepelbagaian fatwa.

“Zaharuddin! Apa yang engkau lakukan?” teriak Toriq selepas sama-sama melihat markah kami yang terpampang di dinding Fakulti Syariah. Tangannya menepuk-nepuk bahu dan belakang saya.

Dengan izin Allah, saya muncul sebagai pelajar yang memperoleh markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir. Kelas peringkat Sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar. Terdapat beberapa pelajar yang gagal termasuk pelajar Malaysia. Pelajar-pelajar Malaysia ini akhirnya tidak berjaya menamatkan pengajian, tinggallah saya pelajar Malaysia dan Asia yang tunggal di Fakulti Syariah universiti Al-Yarmouk di peringkat Sarjana.

“Wah, nama kamu sudah dicatat dalam akhbar universiti ini! Tidak pernah ada pelajar bukan Arab meraih markah tertinggi dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini,” kata seorang lagi pelajar Jordan yang bertubuh kerdil.


Tajuk : Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari

Penulis : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Tebal : 448ms

Kategori: Motivasi

Harga : RM35.00

BORANG TEMPAHAN


Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)

Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)



Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.

Tajuk : Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil

Publisher : Galeri Ilmu

Harga : RM55.00

BORANG TEMPAHAN

    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger