Memaparkan catatan dengan label Bahruddin Bekri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahruddin Bekri. Papar semua catatan
Menunggumu Di Pintu Syurga - Linda Rafar & Bahruddin Bekri

Menunggumu Di Pintu Syurga - Linda Rafar & Bahruddin Bekri







Tajuk : Menunggumu Di Pintu Syurga

Penulis : Linda Rafar dan Bahruddin Bekri

Terbitan : PTS

Harga : RM15.00


**Nota : Buku ini belum siap dicetak, dijangka siap pada pertengahan September 2014 dan seterusnya akan dilakukan terus penghantaran bagi yang pre-order. Hubungi kami sekarang untuk buat pre-order ^^


WhatsApp/WeChat/Telegram/SMS : +60105647367




* * *


Telah sampai janji Tuhan kepada saya, Memen yang Dia pinjamkan hampir 12 tahun, Dia ambil kembali pada 5 Julai 2014.

Saya bukan ustazah, saya masih lagi berterusan belajar tentang agama, tetapi saya tetap sama seperti ibu-ibu yang lain, mahu anak-anaknya ke syurga.

Inilah saya, mahu berkongsi tentang Memen, tentang seorang anak yang memberikan saya banyak kejutan semasa hayatnya, dan tidak saya tahu, selepas dia sudah tiada, kejutan yang diberikannya ternyata lebih besar.

Kejutan-kejutan yang datang dengan bentuk cerita daripada mereka yang mengenalinya, tentang siapa sebenarnya Memen.

Mahu saya berkongsi kisah Memen ini dengan banyak maksud yang baik, dan maksud paling utama adalah, didik dan sayangilah anak kita semampu kita, kerana kita tidak tahu, siapa yang akan pergi dahulu, kita ataupun mereka.

Al-Fatihah...


Padanya Ada Cinta - Bahruddin Bekri

Padanya Ada Cinta - Bahruddin Bekri




Tajuk : Padanya Ada Cinta

Penulis : Bahruddin Bekri

Jumlah Muka Surat : 248

Penerbit: PTS 

Harga : RM15.00 


*  *  *

Kisah-kisah tentang orang biasa yang digubah menjadi cerita penuh inspirasi. Kisah-kisah yang mengangkat perjuangan, putus harapan, kecewa, duka, air mata, bahagia, tawa, dan juga senyuman.

Semua kisah itu terselit padanya suatu perkara, iaitu cinta daripada Tuhan untuk manusia. Cinta yang datang dalam pelbagai kisah. Kisah antara isteri biasa dan suami yang juga biasa-biasa. Kisah anak yang biasa dan ibu yang juga biasa-biasa. Kisah rakan-rakan yang biasa, kisah kekasih-kekasih yang biasa-biasa, dan banyak lagi watak yang biasa-biasa.

Kisah-kisah yang sederhana dan biasa, yang terkadang kita tidak sedari, dan terkadang kita tidak peduli, yang padanya ada cinta, lalu menjadikan kisah-kisah biasa ini, luar biasa.
Padanya Ada Hikmah

Padanya Ada Hikmah



Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kasih yang tidak ada manisnya. Mungkin kita lupa, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia, dia menyertakan sayangnya dan menyisipkan kasihan-Nya. Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama hikmah.

Inilah 35 kisah penuh hikmah, yang terinspirasi daripada pengalaman Prof. Dr. Muhaya. Sekiranya ada yang bertanya seberapa mirip pengalaman Prof. Dr. Muhaya pada kisah yang diceritakan, jawapannya dapat dibaca pada halaman 'Bagaimana buku ini seharusnya dibaca'.


*  *  *


Tajuk : Padanya Ada Hikmah

Penulis: Prof. Dr. Muhaya & Bahruddin Bekri

Publisher : PTS

Harga: RM13.00

BORANG TEMPAHAN

    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger