Adikku Boleh! Insya-Allah - Ustazah Fatimah Syarha

Adikku Boleh! Insya-Allah - Ustazah Fatimah Syarha





Tajuk : Adikku Boleh! Insya-Allah.

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha

Penerbit : Sebarkan Bahagia Resources

Harga : RM24.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Tercari-cari buku terbaik untuk pendidikan kanak-kanak?

Dapatkan buku "ADIKKU BOLEH! INSYA-ALLAH". 

Keluaran terbaru Sebarkan Bahagia Resources. 








Seindah Nama Semurni Peribadi - Ustaz Sharhan Safie

Seindah Nama Semurni Peribadi - Ustaz Sharhan Safie




Nama : Seindah Nama Semurni Peribadi

Penulis : Ustaz Sharhan Safie

Harga : RM35.00



* * *

Mengandungi 15 Bab dan 450 mukasurat. Antara Kandungan Buku ini ;


Bab 1

DALIL-DALIL AL-QURAN & AL HADITHS

Dalil Al-Quran Tentang pemberian nama, Dalil Hadiths Tentang pemberian nama, melaksanakan Aqiqah, Mencukur rambut, memberi nama yang baik, Yang Harus dibaca ketika Bayi dilahirkan dan cara memberi Nama.


Bab 2

MEMPERSIAPKAN KEHAMILAN YANG SIHAT

Waspada terhadap campur tangan, Syaitan Ketika Bersetubuh, Menjaga Kesihatan Fizikal dan Mental Selama Kehamilan, Menjaga kesihatan Mental, Banyak Membaca Al-Quran, Manfaat Sujud bagi wanita Hamil, Khasiat Madu dan Kurma untuk Wanita Hamil.


Bab 3

WIRID DARI AL-QURAN
Membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Iklas, Alfalaq sebanyak...Bacaan Surah Al-Baqarah dan banyak lagi surah yang boleh menjadi amalan yang dapat dirujuk di dalam buku ini.


Bab 4
 - WIRID DARI HADITH NABI


Bab 5 
- SEBAHAGIAN ATSAR TENTANG WIRID MENJELANG BERSALIN.


Bab 6 
- Doa-Doa, Antaranya Doa-doa waktu hamil, Doa waktu bersalin dan pasca bersalin.


Bab 7 
- Usaha dan Tawakal


Bab 8 
- Etika Memberi Nama, antaranya mengupas tentang nama yang dimakruhkan


Bab 9
 - Nama-nama ALLAH yang Indah


Bab 10 
- Nama Para Rasul dan Nabi


Bab 11 
- Nama-nama Rasullah SAW


Bab 12
 - Nama-nama Khulafa'urrasyiddin, Sahabat dan Ummahatul Mu'minin


Bab 13 
- Nama-nama untuk bayi Lelaki


Bab 14 
- Nama-nama untuk bayi Perempuan


Bab 15 
- Jin dan Nama-nama mereka


Aku Sakit DIA Penyembuh - Ustaz Syarhan Safie

Aku Sakit DIA Penyembuh - Ustaz Syarhan Safie



Antara buku baru Ustaz Sharhan.


Aku Sakit DIA Penyembuh 

Penulis : Ustaz Syarhan Safie

Harga : RM28.00 


(Stok Terhad)

Atau boleh terus WhatsApp/WeChat/Telegram +60105647367

*  *  *



Antara Kandungan Buku ini ;

Klasifikasi Penyakit, Penyembuhan Al-Quran, Dalil Penyembuhan Al-Quran, Doa Penyembuhan.




Ayat & Doa penyakit Rohani.


Doa bagi memohon kesihatan yang baik, doa perlindungan jiwa, doa was-was & ragu-ragu, doa resah gelisah & cemas, doa sakit jiwa, doa dalam kesedihan, doa hindar diri dari rasa takut, doa perlindungan daripada bahaya zina, doa berlindung dari segala kejahatan, doa supaya kuat beribadat, doa menghindarkan dari tidak suka solat, doa lupa, doa memudahkan tidur, doa bagi menghindari sikap dengki, doa agar terang hati, doa agar tidak berkelakuan buruk, doa perlindungan daripada kejahatan mata, doa elakkan daripada gangguan syaitan, doa mohon kebaikan dunia & akhirat, doa agar tidak melakukan perbuatan bodoh, doa agar kita sentiasa bersyukur, doa agar kita tidak menzalimi sendiri, doa agar tidak terpengaruh dengan gejala sosial, doa menghindari bisikan jahat, doa penerang hati, doa berlindungan dari kesesatan, doa permudahkan dalam segala urusan seharian, doa agar dihindar dari fitnah, doa sucikan hati, doa perlindungan kejahatan nafsu, doa memohon kesabaran, doa menghindari diri dari kesesatan, doa mengatasi marah, doa agar dada & hati lapang, doa agar banyak berzikir & bersyukur, doa menolak firasat buruk, doa agar hati & akal diberi cahaya, doa agar tidak derhaka, doa mohon kemuliaan, doa agar lapang dada, doa agar dibersihkan dada, doa perlindungan dari sikap negatif, doa untuk mengawal & mengatasi emosi, doa kuatkan keimanan, doa menghindari diri daripada bersikap sombong, doa hindar daripada bersikap kedekut, doa benteng dari terkena sihir, doa benteng daripada terkena saka, doa benteng santau.



Ayat & Doa penyakit Jasmani.


Doa sakit kepala, rawatan untuk batuk, doa sakit dada, doa demam panas, doa sakit mata, rihul ahmar (lumpuh@strok), doa penyakit batu karang / kencing tidak lawas, doa resdung, doa sakit gigi, doa melenyapkan perasaan yang menganggu fikiran, doa sakit telinga, doa selsema, doa sakit buah pinggang, doa penyakit bisul, doa mengubati luka, doa penyakit limpa, doa sakit kulit, doa disengat bisa, doa penyakit kencing manis, doa penyakit jantung, doa penyakit lupa, doa penyakit darah tinggi, doa penyakit sawan, doa sakit pada usus, doa koma & pengsan, doa sakit perut, doa lenguh badan, doa sembelit, doa sakit kaki, doa rasa mual, doa sakit barah, doa pendarahan hidung, doa penyakit istihadhah.
Ayat-ayat Ruqyah. 



"Dan apabila aku sakit, maka DIA lah yang menyembuhkan penyakitku". - Surah As-Syu'ara:80.
Novel Denyut Kasih Medik - Dr. Farhan Hadi

Novel Denyut Kasih Medik - Dr. Farhan Hadi




Tajuk : Denyut Kasih Medik

Penulis : Dr. Farhan Hadi

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM27.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *

DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat.

Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Novel Kutemui Cinta-Nya - Dr. Farhan Hadi

Novel Kutemui Cinta-Nya - Dr. Farhan Hadi



Tajuk : Kutemui Cinta-Nya 

Penulis : Dr. Farhan Hadi

Harga : RM27.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*   *  *

Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal.

Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya. Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.
Novel Tautan Hati - Fatimah Syarha

Novel Tautan Hati - Fatimah Syarha




Tajuk :  Tautan Hati

Penulis : Fatimah Syarha

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM34.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya.

Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya.

Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.
Kisah Haiwan Makkah - Ustazah Fatimah Syarha

Kisah Haiwan Makkah - Ustazah Fatimah Syarha



Tajuk : Kisah Haiwan Makkah

Penulis :  Ustazah Fatimah Syarha

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM49.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya.

Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

-Gajah Raja Abrahah

-Keldai Halimatus Saadiah

-Unta Jelmaan

-Buraq Israk Mikraj

-Ketua Ular Makkah
Kisah Haiwan Madinah - Ustazah Fatimah Syarha

Kisah Haiwan Madinah - Ustazah Fatimah Syarha



Tajuk : Kisah Haiwan Madinah 

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM49.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sesi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

-Merpati Gua Thur

-Kuda Surakah

-Kambing Betina Mukjizat Nabi

-Unta Betina Tunggangan Rasulullah

-Kambing Biri-Biri Beracun


Apple Quran - Children's Learning Device

Apple Quran - Children's Learning Device




Harga : RM36.00
(Termasuk Kos Pos Ke Seluruh Malaysia)


*  *  *

A great way for children to learn Duas, surahs from the Quran and prayers.


Keistimewaan :

1. Kecil dan comel tapi sarat dengan ilmu.

2. Ada 16 surah lazim.

3. Ada 26 doa.

4. Ada 6 lagu nasyid kanak-kanak.

5. Mengajar bagaimana hendak dirikan Solat Subuh.

6. Ada 3 pilihan warna:
   - Oren
   - Hijau
   - Kuning


- Sesuai untuk anak-anak 3 tahun ke atas

- Menggunakan 3 biji bateri saiz AAA 
iPad For Children - Learning English & Arabic

iPad For Children - Learning English & Arabic




Harga : RM45.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Keistimewaan :

1. Saiz sebesar iPad.

2. Mengajar bacaan-bacaan asas:
    - 2 kalimah syahadah.
    - Ayat Qursi.
    - Surah 3 Qul.

3. Mengajar bacaan & urutan dalam solat.

4. Mengajar doa-doa harian.

5. Mengajar:
   - Alif Ba Ta.
   - ABC.
   - Perkataan dalam Bahasa Arab & Inggeris.
   - Ada fungsi cari huruf & perkataan untuk uji kefahaman anak-anak.
Quran Read Pen + Buku-buku agama dan panduan

Quran Read Pen + Buku-buku agama dan panduan




Harga : RM230.00
(Termasuk kos pos ke Seluruh Malaysia)


*  *  *


Keistimewaan :

1. Menunjuk dan membaca apa-apa ayat atau surah (pada Al-Quran yang disertakan dalam set pembelian ini) yang ditunjuk menggunakan ReadPen.

2. Menyimpan audio MP3 tambahan dalam ReadPen.

3. Ada bacaan ramai Syeikh hebat seperti Al-Ghamidi, Misyari, Sudais dan lain-lain.

4. Mempunyai terjemahan Al-Quran dalam bentuk audio.

5. Boleh mengawal volume suara menggunakan ReadPen.

6. Boleh merakam suara menggunakan ReadPen.

7. Boleh play / pause bacaan menggunakan ReadPen.

8. Bateri boleh dicas. Tahan selama 4 jam.

9. Disertakan juga Al-Quran yang berkualiti.

10. Percuma 2 buku kecil:

     a. Qaida Noorania. Mengandungi:
         - Panduan belajar Bahasa Arab.
         - Panduan belajar Tajwid.
         - Panduan solat dengan cara dan bacaan yang betul (step-    
           by-step).
         - Doa Harian.
         - Surah-surah pilihan.

     b. Sahih Al-Bukhari (juga boleh ditunjuk dan dibaca dengan
         ReadPen).

* Warranty 1 tahun untuk software pada ReadPen, bukan untuk masalah disebabkan kecuaian sendiri.
Mak, Abah... Redailah Anakmu - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood

Mak, Abah... Redailah Anakmu - Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood



Tajuk : Mak, Abah... Redailah Anakmu

Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Fatimah Syarha, Ida Ezyani

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM16.00
(Termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak.

Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh.

Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.
Palestin Tak Pernah Gentar! - Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaian

Palestin Tak Pernah Gentar! - Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaian



Tajuk : Palestin Tak Pernah Gentar! - Fatwa Kontemporari Dan Penyelesaian

Penulis : Fatimah Syarha & Zulkifli Mohamad al-Bakri

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM21.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin.

Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.
Novel Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha

Novel Syabab Musafir Kasih - Fatimah Syarha


Tajuk : Syabab Musafir Kasih 

Penulis : Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM27.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


SYABAB, lahirmu bagaikan tak berharga, Kau anak desa, yatim tak berbapa, Kesusahan hidup mendesakmu berdikari, Dalam keliru kau mencari identiti diri, Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan, Cabaran berterusan berbuah kematangan. Wahai SYABAB, Ketekunanmu mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari kencang, Mencipta gelombang. Ayuh, SYABAB!
Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!

Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!


Tajuk : Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM21.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang.

Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!
Novel Sebarkan Cinta-Mu - Fatimah Syarha Mohd Noordin

Novel Sebarkan Cinta-Mu - Fatimah Syarha Mohd Noordin



Tajuk : Sebarkan Cinta-Mu

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Penerbit : PTS

Harga : RM35.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *


Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
Bagaimana Menyentuh Hati - Syeikh Abbas as-Siisiy

Bagaimana Menyentuh Hati - Syeikh Abbas as-Siisiy


Tajuk : Bagaimana Menyentuh Hati 

Penulis : Syeikh Abbas as-Siisiy

Harga :  RM35.00
(Termasuk kos pos ke Seluruh Malaysia)



*  *  *


Perhatikan tongkat sinyal (isyarat) di stasiun (stesen) kereta api. Dengan menggerakkannya sedikit, rel akan bergeser, dan perjalanan kereta api pun berubah arah. Demikian halnya dengan hati. Gerak hati akan menentukan arah kehidupan seseorang. Ia demikian menentukan. "Jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, bila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh," demikian sabda Rasulullah Saw. mengenai hati.

Dakwah sesungguhnya berorientasi mengubah arah kehidupan umat manusia; dari kebatilan menuju kebenaran, dari kegelapan menuju cahaya, dari kerancuan (kesamaran) menuju kejelasan. Semua itu bermula dari hati. Keberhasilan dan kegagalan dakwah semata-mata tergantung dari bagaimana seorang dai menyentuh hati objek (sasaran) dakwahnya.

Dalam buku ini, Syaikh Abbas As-Siisiy, seorang dai yang berpengalaman, memberikan berbagai uraian tentang dakwah secara unik. Yakni dengan mengangkat pelbagai kisah, mulai dari kisah para sahabat bersama rasulullah Saw. hingga kisah pengalamannya dalam berinteraksi dengan medan dakwah, baik yang dialami sendiri maupun yang disaksikannya.

Dari kisah-kisah nyata itulah beliau mengambil beberapa hikmah dan pelajaran yang sangat bermanfaat bagi kita semua, para penyeru dakwah Islam.
Fikih Thaharah - Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi

Fikih Thaharah - Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi




Tajuk : Fikih Thaharah 

Penulis : Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi

Harga : RM52.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Membebaskan kita daripada kerumitan harian kita selama ini dalam bab bersuci, haid dan istihadah. Nikmati fikah harian yang lebih MUDAH dan PRAKTIKAL.
Cinta & Rindu Menurut Al Quran Dan Al Sunnah - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Cinta & Rindu Menurut Al Quran Dan Al Sunnah - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah






Tajuk : Cinta & Rindu Menurut Al Quran Dan Al Sunnah

Penulis : Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Harga : RM35.00
(Termasuk kos pos ke Seluruh Malaysia)


*  *  *


Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah hidup pada abad kelapan Hijriah. Terkenal sebagai ulama yang soleh, Juga seorang ahli hukum Islam dan psikologi yang pakar mengenai cinta.

Dalam bukunya ini, kita diajak menyelami permasalahan cinta dan rindu serta selok beloknya. Dengan kajian yang utuh dan jauh dari syubhat, beliau mampu menampilkan hakikat fitrah cinta dua anak manusia yang berlainan jenis. 


Di antaranya ia berkata, "Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemah-lembutan dirinya dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya, ia tidak jatuh cinta kecuali terhadap dirinya sendiri."

Buku ini layak dimiliki bersama oleh semua peringkat usia serta dapat membantu dalam urusan agama yang dapat mendatangkan kemaslahatan di dunia dan akhirat. Di antara dua puluh sembilan bab bahasan, dibicarakan tentang istilah-istilah cinta dan tanda-tandanya, pembahagian cinta serta motif-motifnya, hukum-hukum dan kaitan-kaitannya, cinta yang benar dan cinta yang merosakkan.

 Yang kesemuanya didukung dengan butir-butir tafsir ayat, hadis-hadis Nabawi, masalah-masalah fiqih, atsar orang-orang salaf, syair dan gejala-gejala alam, sehingga diharapkan boleh memberikan kepuasan bagi pembaca dan pesona bagi yang melihatnya.
Hidup Islami Tanpa Stres - Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Hidup Islami Tanpa Stres - Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi



Tajuk : Hidup Islami Tanpa Stres 

Penulis : Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Harga : RM32.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *


Islam mengajarkan hidup yang suci, bersih, jauh dari perilaku buruk, jauh pula dari perbuatan sia-sia. Maka, sering dipersepsi bahwa menjadi seorang Muslim yang saleh berarti harus menjadi manusia dengan sosok yang beraut muka dingin, enggan tertawa, tidak pula mau bergurau. Bahkan ada yang mengatakan, "Diamnya adalah berpikir, bicaranya adalah zikir, langkahnya adalah jihad." Jika tidak demikian maka itu bukan seorang Muslim sejati.

Padahal jika kita membaca sejarah hidup Nabi dan para sahabat, kita menjumpai mereka hidup sebagaimana layaknya manusia biasa. Ada tangis dalam kekhusyukan ibadah, namun ada pula tawa dalam pergaulan. Ada keseriusan di medan jihad, namun ada pula suasana santai dalam permainan dan senda gurau. Semua itu dilakukan oleh orang-orang Muslim terbaik di hadapan Rasulullah Saw.

Buku ini, dengan terpeinci dan tegas memberikan penjelasan tentang hukum berbagai permainan dan olahraga. Apa yang boleh dan apa yang tidak, jika pun boleh apa batasan-batasannya. Sangat baik menjadi panduan kehidupan sehari-hari setiap Muslim.
Fiqh Keutamaan (Terjemahan Fiqh Al-Awlawiyyat) - Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Fiqh Keutamaan (Terjemahan Fiqh Al-Awlawiyyat) - Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi

(Cover buku tertakluk kepada perubahan)


Fiqh Keutamaan (Fiqh Al-Awlawiyyat)

Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Harga: RM32.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *

FIQH KEUTAMAAN (Fiqh Al-Awlawiyyat) mendedahkan generasi Islam masakini kepada perkara-perkara yang sepatutnya diletakkan pada tangga pertama, diberi keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal yang seharusnya diletakkan pada sebaliknya dan dilakukan kemudian.

Kegagalan mengetahui perkara dan kaedah yang perlu digunakan akan mengakibatkan tindakan-tindakan menjadi tidak teratur dan tidak tersusun rapi, sehingga memperlambatkan ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan.

Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan. Manakala prioriti kerja perlu sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.

Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar-besarkan kerana ia akan mengheret gerak perjuangan.

Tiba masanya bagi ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran di antara sesama sendiri. Sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya "Addin" (cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet Bumi ini.
Astaghfirullah... AmpunanMu Ya Allah Aku Harapkan - Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi

Astaghfirullah... AmpunanMu Ya Allah Aku Harapkan - Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi




Tajuk : Astaghfirullah... AmpunanMu Ya Allah Aku Harapkan

Penulis: Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi

Penterjemah: Ustaz Muhammad Zaini Yahya

Terbitan: Penerbit Syabab

Harga: RM45.00 
(termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *

Setiap anak Adam perlu bertaubat. 

Namun bagaimanakah hendak bertaubat? 

Apakah cara-cara terbaik? 

Apalah rukun, syarat dan perkara-perkara yang membatalkan taubat? 

Bagaimanakah hendak merangsang diri untuk bertaubat? 

Apakah tanda-tanda taubat diterima atau ditolak?

Semua persoalan ini dikupas dengan panjang lebar oleh reformis terkemuka masakini,  Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi.
Flexibility Islam - Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Flexibility Islam - Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi


Buku ini dalam Bahasa Melayu, versi terjemahan. Kita akan melihat Islam dari dimensi 'luas' seorang ulama', pewaris Nabi. Bukan lagi daripada dimensi sempit.


Tajuk : Flexibility Islam 

Penulis : Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Penterjemah: Ustaz Muhammad Zaini Yahya

Terbitan: Penerbit Syabab

Harga: RM50.00
(termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *

Buku ini merupakan pintu masuk untuk mengenali Islam bagi mereka yang tidak pernah mengenal Islam atau mengenalinya secara dangkal atau salah faham terhadapnya. Buku ini juga merupakan pengukuhan dan peringatan bagi mereka yang sudah mengetahuinya. 

Buku ini menjelaskan ciri-ciri asas Islam, keunikannya, matlamat-matlamat utamanya dan sumber-sumbernya yang terpelihara.

1. Mengajak kita untuk mengenali Islam dengan lebih dalam.

2. Menjelaskan ciri-ciri asas Islam, keunikannya dan matlamatnya.

3. Serta mengupas keperluan kepada ad-din (agama) dan kepada Islam khususnya.
Terjemahan Tahrirul Mar'ah - Kebebasan Wanita (Jilid 1-6)

Terjemahan Tahrirul Mar'ah - Kebebasan Wanita (Jilid 1-6)



Tajuk : Kebebasan Wanita

Lengkap Jilid 1 hingga 6

Penulis : Abdul Halim Abu Syuqqah

Harga : RM250.00
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)



*  *  *



Sangat faham keperluan anda!

Antara isu menarik:
1. Keperibadian wanita dalam Al-Quran
2. Sikap wanita yang baik dalam Al-Quran
3. Keperibadian wanita dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim
4. Pelbagai sikap wanita
5. Kesedaran wanita terhadap hak dan kewajipan
6. Sahsiah dan keperibadian wanita dalam sirah
7. Etika pergaulan wanita dengan lelaki

KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH, ABDUL HALIM ABU SYUQQAH.

Hati sangat dekat dengannya. Semakin ‘dibaca’ semakin besar rasa percaya.
Percaya bahawa tiada agama yang lebih membela umatnya kecuali Islam.
Percaya bahawa Allah SWT paling memahami jiwa hamba-Nya.
Percaya bahawa syariat-Nya bukan beban tapi satu keperluan.

Terima-kasih buat ulama yang bernama Abdul Halim Abu Syuqqah yang telah mengarang kitab berkenaan isu-isu wanita kontemporari. Bagi saya, kitab ini adalah kitab karangan manusia terhebat pada zaman mutakhir ini berkaitan wanita.

Bahkan, pengerusi ulama sedunia, Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri memuji kitab ini. Beliau juga memberi kata pengantar hebat untuk kitab ini. Pengantar itu luar biasa manfaatnya. Sangat membuka mata. 


Antaranya:

1.       Syeikh al-Qaradhawi berkata, “ Mereka memikulkan ke atas pundak wanita beban penderitaan yang telah dan akan dialami umat manusia sejak Adam diciptakan sehingga tibanya kiamat nanti. Menurut keyakinan mereka wanitalah yang telah merayu Adam agar makan buah, sehingga Adam dan anak cucunya dikeluarkan dari syurga. Di dalam al-Quran, begitu juga dalam Taurat tidak ditemukan nas yang mengatakan bahawa wanita harus bertanggung jawab terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Adam. Bahkan Adamlah penanggung jawab utama, sementara wanita hanya pengikut.”

2.       “Ada beberapa pemikiran keliru mengenai wanita menyusup ke dalam benak sekelompok umat Islam sehingga mereka sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap watak dan peranan wanita.” Apa dia persepsi itu? Kenalah baca buku ni.

3.       Betapa berlebihannya mereka menindas hak-hak wanita. Mereka mengutip hadis-hadis sahih, tetapi tidak meletakkan pada tempatnya.  Mereka sering gunakan hadis yang menggambarkan wanita sebagai makhluk kurang akal dan agama, serta hadis berkaitan isteri sujud kepada suami.

4.       Al-Qaradhawi juga mengkritik hadis kononnya Rasul bertanya Fatimah, “Apakah yang paling baik bagi wanita?” Fatimah berkata, “Bila wanita tidak melihat lelaki dan lelakipun tidak melihat kepadanya.” Hadis ini terlalu lemah bahkan palsu dan berdusta ke atas Rasul. Banyak lagi hadis-hadis mungkar yang dikomentarinya.

5.       Penulis buku ini semakin serius menangani masalah ini kerana melihat sikap berlebihan dari sekelompok umat Islam dan sebahagian para dae dalam mengenali kaum wanita. Hal-hal ini menyebabkan kaum lelaki dan wanita semakin jauh dari tuntutan Islam.

Imam al-Ghazali juga turut memberi pengantarnya terhadap buku ini. Beliau menghargai buku ini sehingga berkata, "Saya berharap buku yang membahas masalah wanita sudah muncul beberapa abad yang silam. Sebab kaum muslimin sudah jauh menyimpang dari tuntutan agama dalam memperlakukan kaum wanita. Di tengah-tengah umat Islam telah beredar riwayat-riwayat dan hadis-hadis palsu atau mendekati maudhu' yang menghantar wanita ke alam kebodohan."

Astargfirullah! Masih banyak ilmu-ilmu sahih yang belum kita timba berkenaan diri kita sendiri. Padahal ianya amat damai lagi mendamaikan. Mampu menyeruakkan rasa bahagia yang tidak terhingga. 

Betapa kita melalaikan ilmu. Andai kita rasa Islam mendiskriminasikan wanita, Allah yang zalim kepada kita atau kita yang menzalimi diri sendiri? Kitalah yang zalim sebab kurang mendalami ilmu yang Dia mahu kita fahami.

Wahai wanita muslimah,
Sudah sampai masanya kita muliakan diri dengan IMAN dan ILMU. Kenapa perlu bertangguh lagi? Begitu juga buat para lelaki sejati sekalian yang dicelikkan mata hatinya untuk meletakkan wanita kena pada tempatnya.  Tambahkanlah ilmu.

Buku KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH ini amat wajar dimiliki oleh semua dan diwariskan kepada generasi kita.  Boleh dapatkannya di pasaran. Ada 6 jilid yang semuanya best-best. Jika tak mampu baca semua, baca bab-bab yang dekat dengan realiti kita dulu. Contohnya berkenaan pakaian dan perhiasan wanita, wanita di alam rumah tangga dan keterlibatan wanita dalam tanggung jawab sosial.

Boleh juga mendapatkannya daripada kami. 6 jilid dengan harga cuma RM250 termasuk postage.


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger