Memaparkan catatan dengan label Misbah Em Majidy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misbah Em Majidy. Papar semua catatan
7 Wanita Hina & Mulia

7 Wanita Hina & Mulia



Pesan agama menyebut betapa wanita adalah perhiasan dunia. Dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Bagaimana pun, catatan sejarah peradaban dunia merakamkan pelbagai ‘wajah’ wanita yang telah meninggalkan kesan tersendiri kepada kehidupan manusia.

Pesan agama menyebut betapa wanita adalah perhiasan dunia. Dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Bagaimana pun, catatan sejarah peradaban dunia merakamkan pelbagai ‘wajah’ wanita yang telah meninggalkan kesan tersendiri kepada kehidupan manusia. Sama ada pada sisi putih mahupun sisi hitam, sem...uanya ada wakil dari golongan wanita, hatta ia menjadi catatan sepanjang zaman untuk dikutip teladan.Justeru, buku ini mengutip sebahagian daripada kisah wanita yang pernah ‘mencipta’ nama sama ada nama yang putih mahu pun hitam, guna untuk menjadi renungan dan iktibar kepada semua. Khusus bagi kaum wanita, buku ini pasti akan dapat menjadi bahan terbaik untuk mengenal ‘wajah’ sebenar yang harus dipakai oleh seorang wanita. Buku ini tentu sahaja boleh menjadi bahan terbaik untuk para wanita mencari isyarat hidup terbaik kerana pernah ada di kalangan mereka yang telah mencipta ‘nama’ tersendiri dalam sejarah tamadun kemanusiaan sebelum ini.


*  *  *


Tajuk : 7 Wanita Hina & Mulia

Penulis : Misbah Em Majidy

Publisher : Kemilau Publika

Berat : 413g

Harga : RM 19.90 (Harga Promosi Serendah - RM19.00)

BORANG TEMPAHAN

Menyukat Solat Diri

Menyukat Solat Diri




Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri.

Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.

Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia

supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka

perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan

keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".

-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat-


*  *  *


Tajuk : Menyukat Solat Diri

Penulis : Misbah Em Majidy

Publisher : Kemilau Publika

Berat : 416g

Harga : RM 22.00 (Harga Promosi Serendah - RM21.50)

BORANG TEMPAHAN


Senyum Dan Tawa Rasulullah S.A.W

Senyum Dan Tawa Rasulullah S.A.W



Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687]

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif.

Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.

Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.


*  *  *


Tajuk : Senyum Dan Tawa Rasulullah S.A.W

Penulis : Misbah Em Majidy

Publisher : Kemilau Publika

Harga : RM18.00 (Harga Promosi Serendah - RM17.50)

BORANG TEMPAHAN

    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger