Memaparkan catatan dengan label Syiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syiah. Papar semua catatan
Darah Syiah

Darah Syiah




Tajuk : Darah Syiah
Penulis  :  Ahmad Faidzurrahim
Publisher : Darul Taklim
Harga : RM 19.00 (Harga Promosi Serendah - RM18.00)


*  *  *


Ramai orang Melayu terikut-ikut dengan ajaran SYIAH sama ada dari segi pegangan akidahnya, amalannya dan juga pemikirannya sehingga ada juga ahli-ahli tertentu seperti ahli perniagaan dan juga ahli politik terpengaruh dengan pegangan SYIAH ini. Alhamdulillah, kini satu buku telah berjaya diterbitkan untuk membongkar siapakah SYIAH yang sebanar. Sebahagian pengkaji pernah mengatakan,

 "Kemustahilan taqrib (pendekatan pemahaman) antara golongan kaum Muslimin (sunni) dengan golongan Syiah, disebabkan mereka berbeza dengan umat islam yang lain dalam masalah usul (dasar-dasar agama). Hal ini sebagaimana diakaui dan dijelaskan oleh al-Nasir al-tus serta disokong oleh Nikmatullah al-Musawi al-Khunsaari, malah diakaui oleh semua kaum Syiah. Dan, jika sikap tersebut sudah ada sejak zaman al-Nasir al-Tusi, maka pada zaman Bakir al-Majlisi berlangsung semakin tambah keras dan sengit."
(Syeikh Mahbuddin al-Khati dalam kitab al-Khuthuh al-Aridhah)

"aku telah hidup berdampingan dengan kaum Syiah baik di Iraq, Saudi, mahupun Lebanon selama 80 tahun. kami biasa berdiskusi dan berdebat dengan mereka, dan nampak bagiku seyakin-yakinnya sebuah gambaran bahawa mereka telah melakukan penyelewengan-peneyelewengan dalam kitab-kitab rujukan dasar mereka." (Dr.Ahmad al-Afghani dalam Saraab Fi Iran)

"aku telah memebentuk satu jawatankuasa untuk mewujudkan taqrib (penyatuan/pemahaman) antara Sunni dengan Syiah di Kaherah sejak empat dekad, akan tetapi sebaliknya kaum Syiah menolak untuk membentuk jawatankuasa yang sama di pusat-pusat kajian ilmiah mereka seperti Najaf, Qum dan selainya kerana mereka hanya menginginkan kita lebih dekat terhadap agama mereka."
(Dr.Mustafa al-Siba'i, dalam kitab Al-Sunah wa Makaanatuha Fi al-Tasyri' al-Islami)


Agenda Politik Syiah

Agenda Politik Syiah




Tajuk : Agenda Politik Syiah
Penulis : Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
ISBN-13: 978-967-411-030-7 
Jumlah Muka Surat : 304
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM20.00 (Harga Promosi Serendah - RM19.00)


*  *  *


Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib.

Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin.


Isi Kandungan :

Salasilah

Pendahuluan

Bab 1: Syiah Zaidiyah

Bab 2: Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (12 Imam)

Bab 3: Syiah Ismailiyah Batiniah

Bab 4: Teori Politik Golongan Syiah

Bab 5: Kritikan Syiah Zaidiyah BerkenaanTeori Imamah (Politik) Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah

Bab 6: Ahli Sunnah Mengkritik Teori Politik Syiah

Bab 7: Pelantikan Imam Menurut Golongan Syiah

Bab 8: Kritikan Syiah Zaidiyah Berkenaan PelantikanImam Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah

Bab 9: Kritikan Ahli Sunnah Berkenaan Teori Penentuan Nas Pelantikan Imam

Bab 10: Percanggahan Konsep Maksum Menurut Syiah

Bab 11: Kritikan Syiah Zaidiyah Berkenaan Konsep Maksum Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah                                                              

Bab 12: Kritikan Ahli Sunnah Berkenaan Sifat Maksum Imam

Bab 13: Hubungan Ahli Sunnah dan Syiah

Penutup




    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger