Memaparkan catatan dengan label Must Read. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Must Read. Papar semua catatan
KOYAK - Muhd Iqbal Samsudin

KOYAK - Muhd Iqbal Samsudin

KOYAK - Muhd Iqbal Samsudin

K.O.Y.A.K

(Kauubati.Oh.Ya.ALLAH.Koyakku)






ISI KANDUNGAN :








Sedikit Sedutan Dalam Buku :












TAJUK : KOYAK

PENULIS : Muhd Iqbal Samsudin

ISBN : 978-967-2038-67-2

Harga : RM22.00

Berminat?

WhatsApp +60134194298
atau klik --> http://ibs.wasap.my

atau 

Boleh juga beli di --> SHOPEE

_____


“Ah, yang itu pun kau nak koyak?”

Insan yang koyak dipersalahkan terlebih dahulu berbanding apa yang menyebabkan dia terkoyak.

Kita tidak sama. Tahap kesakitan kita juga berbeza-beza.

Jangan kita anggap suatu kekecewaan itu kecil di sisi kita, kecil juga di sisi orang lain. Jangan kita sangka suatu sakit kecil di sisi kita, sakit kecil juga di sisi orang lain. Kita manusia ini berbeza-beza. Berlainan juga tahap ketahanan masing-masing

_____

Buku ini berkenaan apa?

Secara ringkasnya, buku ini isinya boleh disimpulkan kepada 5 nuansa menarik yang ditampilkan dalam buku ini.

Kisah-kisah KOYAK dalam mencari jodoh 
+ 
Puisi-puisi sebelum/semasa/selepas KOYAK 
+ 
Motivasi menghadapi KOYAK
+
Menghargai masa muda gaya ulama'
+
Tip-tip Menjemput Keberkatan Masa

_____


#bukuKOYAK #KOYAK #ibnuDDinBookShop
Rebel Dengan Tuhan - Muhd Iqbal Samsudin

Rebel Dengan Tuhan - Muhd Iqbal Samsudin






Tajuk : Rebel Dengan Tuhan


Penulis : Muhd Iqbal Samsudin

Penerbit : Must Read

Harga : RM22 
(Masih dalam status PRE-ORDER)


 Berminat?

Atau terus Telegram/WhatsApp +60134194298

_____


Kau ingat Allah itu macam manusia?


Bila kau rebel, akan dapat perhatian?

Bila kau buat kecoh, akan dapat apa yang diinginkan?

Apabila kita peroleh kejayaan, kita sangka kejayaan itu daripada hasil usaha kita. Kita begitu bangga atas kejayaan kita. Namun apabila Tuhan tarik kejayaan itu, kita marah kepada Tuhan. Dia seolah-olah ingin menunjukkan rajuknya kepada Tuhan. Dia benar-benar tenggelam dalam kefahaman dan keyakinan akidah yang tidak kena. 



"Hidup seorang mukmin itu adalah dengan keyakinan. Hatinya membulat yakin kepada Tuhan. Biarlah disiat musibah setara mana. Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah mati masih setia kepada tawaran harapan dan rahmat-Nya. Tidak akan pernah sesekali memungkiri janji-Nya." 
Bila Allah Menduga Kita

Bila Allah Menduga Kita



BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.

*   *   *


Tajuk : BILA ALLAH MENGUGA KITA

Penulis : Syed Alwi Alatas

Bil. Muka Surat : 208 m/s

Berat : 312g

Harga: RM 19.90

BORANG TEMPAHAN



Muhammad Insan Agung, Kelahiran Yang Dinanti.

Muhammad Insan Agung, Kelahiran Yang Dinanti.



Tiada kecemerlangan sebenar yang dapat dicapai tanpa menyelusuri laluan dan denai syariat Rasulullah SAW. Baginda SAW telah meninggalkan warisan dari segi akhlak, pergaulan bersama para sahabat dan kerabat serta jiran tetangga juga taulan sekeliling, untuk dicontohi.

Buku ini menyingkap antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum menyambut kelahiran Rasulullah SAW. Bagaimana hadirnya baginda SAW di muka bumi ini telah mengubah kehidupan masyarakat Arab jahiliah, kaitan tahun gajah dengan kelahiran Rasulullah serta keturunan-keturunan baginda SAW yang juga disingkap secara ringkas tetapi berfakta.

Tak kenal maka tak cinta. Maka itu, hayatilah buku Insan Agung : Kelahiran Yang Dinanti, bagi memenuhi kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Isi Kandungan :

KATA PENGANTAR

Bahagian 1
SIRAH NABAWI
BAB 1 | SIRAH NABAWI
BAB 2 | SUMBER RUJUKAN SIRAH NABI SAW
BAB 3 | HIKMAH TEMPAT KELAHIRAN

Bahagian 2
TAMADUN SEBELUM
KELAHIRAN KHATIMUL ANBIA
BAB 1 | KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB
BAB 2 | PERKEMBANGAN BANGSA ARAB
BAB 3 | SOSIAL DALAM MASYARAKAT ARAB

Bahagian 3
PERISTIWA SEBELUM KELAHIRAN NABI SAW
BAB 1 | TELAGA ZAMZAM DIGALI
BAB 2 | PERMULAAN SERANGAN TENTERA BERGAJAH
BAB 3 | SEKATAN TENTERA ABRAHAH
BAB 4 | PERTEMUAAN ANTARA ABDUL MUTTALIB DENGAN ABRAHAH
BAB 5 | TENTERA BERGAJAH MASUK KE MAKKAH
BAB 6 | BURUNG ABABIL MENYERANG TENTERA BERGAJAH

Bahagian 4
BERITA KEDATANGAN RASULULLAH SAW
BAB 1 | NAZAR ABDUL MUTTALIB
BAB 2 | KELAHIRAN KHATIMUL ANBIA
BAB 3 | PENGASUH DAN PENYUSUAN RASULULLAH SAW
BAB 4 | KEMBALI KE PANGKUAN ORANG YANG PENYAYANG

Bahagian 5
KETURUNAN SAYIDINA MUHAMMAD SAW

BAB 1 | NASAB KETURUNAN RASULULLAH SAW
BAB 2 | KELEBIHAN KAUM QURAISY

Bahagian 6
RISALAH RASULULLAH SAW
BAB 1 | RISALAH RASULULLAH SAW
BAB 2 | PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG HIDUP
BAB 3 | PEMBAWAKAN PARA RASUL
BAB 4 | NABI PENGHULU UMAT
BAB 5 | DAKWAH NABI NUH AS
BAB 6 | RISALAH ISLAM YANG KEKAL
BAB 7 | SUMBER RUJUKAN UMAT ISLAM
BAB 8 | ISLAM DIPELIHARA OLEH ALLAH SWT

Bahagian 7
KERASULAN
SAYIDINA MUHAMMAD SAW
BAB 1 | BUKTI KERASULAN SAYIDINA MUHAMMAD SAW



*  *  *



Tajuk : Muhammad Insan Agung, Kelahiran Yang Dinanti.
Penulis : Muhammad Ridha Abdullah & Muhammad 'Imaduddin Abd Latib

Publisher : Must Read 

Harga : RM16.90 (Harga Promosi Serendah - RM16.00)



Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W





“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku....”

Sebuah bait patah daripada Rasulullah SAW di dalam khutbah terakhir baginda. Sabda baginda ini seolah-olah meniup sebuah harapan untuk penulis bagi meneroka apa mesej yang tersembunyi di dalam ‘Khutbah Terakhir’ ini kerana nabi mengharapkan supaya semakin lama, semakin ramai yang lebih memahami isi khutbah terakhir baginda ini. Apakah mesej tersirat di dalamnya?

Lalu, penulis cuba selami dan perincikan ayat demi ayat di dalam lembaran khutbah bersejarah ini. Hasilnya, subhanallah... begitu lengkap! Dalam satu khutbah yang ringkas, baginda nabi mendidik dan menyimpulkan kepada kita tentang persoalan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak dan banyak lagi. Maka benarlah sabda baginda,

“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..”

Khutbah terakhir Rasulullah SAW ini adalah ibarat sebuah rumusan bagi ajaran Islam yang baginda sebarkan selama 23 tahun. Kesemuanya dikumpulkan di dalam sebuah khutbah. Buku ini digarap berpandukan rujukan-rujukan yang masyhur dan diselitkan kisah-kisah tauladan umat terdahulu sebagai contoh huraian yang lebih jelas dan ‘mesra pembaca’. Selain itu, sepanjang bab para pembaca akan disentuh kalbunya agar kembali menyulam benih-benih cinta buat Rasulullah SAW dan segala keperibadian mulia baginda terserlah melalui khutbah terakhir ini. Di akhir bacaan, insya-Allah pembaca akan dapat merasakan perasaan cinta yang maha agung buat Rasulullah SAW dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasulullah SAW ini serta keajaiban yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan.


*   *   *


Tajuk : Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Penulis: Ibnu Rijal

Publisher : Must Read

Berat: 220 gram

Harga: RM 18.00 (Harga Promosi Serendah - RM17.50)

BORANG TEMPAHAN


Biografi Agung Rasulullah S.A.W

Biografi Agung Rasulullah S.A.W





BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI?

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”


MEMINJAM kata penulisnya, Rusydi Ramli Al-Jauhari, Biografi Agung Rasulullah ini perlu dimiliki umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda, yang diutus untuk umat akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Pembaca yang mendambakan koleksi lengkap sirah nabi bermula sebelum kelahiran sehingga kewafatan Rasulullah SAW wajar memiliki naskhah terbitan Must Read Sdn Bhd yang diterjemah secara ringkas tanpa ayat berjela-jela, padat dan mudah difahami termasuk golongan kanak-kanak.
Sebanyak 17 bab dirangkumkan dalam biografi setebal 368 halaman yang didahului salasilah keturunan Rasulullah SAW yang dizahirkan dalam bentuk carta alir berwarna yang bermula daripada rasul pertama, Nabi Adam.

Berbeza sama sekali dengan karya sirah atau biografi lain, Rusydi ternyata memahami kehendak pembaca semasa yang gemarkan gaya penulisan kontemporari.

Ia terserlah melalui pemilihan kata dan gaya bahasa yang mudah, pendekatan fakta ringkas dan ditambah pula dengan pemilihan tulisan bersaiz besar serta berwarna-warni pasti memberi nilai tambah, sekali gus memberi kepuasan kepada pembaca.

Antara pengisian menarik yang mampu menawan hati pembaca antaranya kelebihan umat Rasulullah, rangkaian selawat nabi yang seharusnya dijadikan amalan seharian dan pujian sahabat Rasulullah SAW yang menjadi pembantu, pegawai, pembawa panji, penulis dan juga penyimpan rahsianya.

Pembacaan ternyata menjadi lebih berkesan dan menarik dengan sentuhan foto berkaitan tajuk yang dibincangkan seperti yang diselitkan dalam bab ke-14, iaitu mengenai peperangan yang dilalui Rasulullah SAW apabila pembaca berpeluang melihat pedang, topi, busur panah dan lokasi serta kesan peninggalan peperangan.

Pembaca juga tidak seharusnya ketinggalan untuk melihat sendiri mangkuk yang digunakan Rasulullah SAW untuk mencelup tangannya sebelum wafat, batu tayamum yang digunakan dan selipar, malahan baju yang pernah dipakai Baginda, isteri dan sahabatnya termasuk Saidatina Aishah dan Saidina Ali.

Ilustrasi menarik turut dimuatkan seperti strategi peperangan dalam Perang Badar dan Perang Uhud yang menunjukkan kedudukan Rasulullah SAW dan tentera Muslimin serta tentera Musyrikin di kawasan pertempuran, selain peta perjalanan hijrah ke Habsyah.

Sambil menyusuri kehidupan Baginda, penulis bijak mengadun karya yang dirujuk daripada al-Quran dan kitab pengarang tersohor Islam seperti Abi Muhammad Abdul Malik, Dr Said Jamili dan Imam Abi Isa Muhammad.

Menariknya, penulis turut mengetengahkan tips santai mengenai pemilihan makanan sihat yang dikutip daripada sunnah Rasulullah SAW seperti penggunaan minyak zaitun dalam masakan, manisan madu dan mungkin ramai tidak mengetahui Baginda juga gemarkan buah labu, timun dan tembikai.

Golongan ibu bapa dan guru seharusnya menjadikan naskhah ini sebagai panduan serta rujukan bagi membimbing anak kecil dan pelajar kerana gaya penulisan dan persembahannya pasti mampu mencambah minat generasi muda mendalami dan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon dalam menyusuri kehidupan serba mencabar.

Apatah lagi paling meninggalkan kesan pastinya huraian bentuk tubuh, rupa paras dan perwatakan Rasulullah ketika hidupnya yang dipetik daripada petikan hadis.

Hamparan sejarah dibentang dan dirungkai dalam naskhah bermutu ini, turut memuatkan kisah isteri dan putera-puteri Rasulullah, akhlak, harta pusaka dan tentunya wasiat Rasulullah yang patut diingati dan harus tersemat kukuh di hati setiap umat Islam.

Karya yang kini menduduki tangga ketiga dalam carta terlaris Popular Book Co Sdn Bhd ini, menunjukkannya diterima ramai dan perlu dimiliki kerana dijual dengan harga yang sangat berpatutan berbanding kekayaan ilmu di dalamnya, iaitu RM65.

Profil Penulis: Ustaz al-Azhar menulis

RUSYDI Ramli Al-Jauhari dilahirkan di Benut, Pontian pada 5 September 1973, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Benut dan Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor.

Beliau menyambung pengajian ke aliran agama di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al-Bugisiah dan Maahad Johor serta Maahad al-Muhammadi, Kota Bharu sebelum melanjutkan pengajian di Univerisiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Dakwah dan Pendidikan Islam.

Bidang penulisan tidak asing kepadanya kerana arwah bapanya adalah penulis cerpen, skrip drama radio dan televisyen serta kartunis.

Beliau mula menulis sejak di bangku sekolah dan minat berkarya diteruskan sehingga ke peringkat universiti termasuk mengetuai penerbitan suara kampus dan majalah serta menghasilkan pelbagai kertas kerja ilmiah.

Beliau kini bertugas sebagai Penasihat Syariah di Must Read Sdn Bhd dan menghasilkan lebih lapan judul termasuk Himpunan Solat-solat Sunat, 10 Hari Kebesaran Islam dan Aurat Mahkota Wanita.

Rusydi turut aktif menyampaikan ceramah agama, motivasi dan mengajar Bahasa Arab di masjid dan pejabat Kerajaan.

*    *    *


Tajuk : BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH

Penulis : RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI

ISBN : 978-967-5426-90-2

Publisher : MUST READ SDN BHD

Harga : RM65.00 (Harga Promosi Serendah - RM63.00)

BORANG TEMPAHAN




La Tahzan Kerana Cinta

La Tahzan Kerana Cinta




Cinta bukan paksaan..

Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.

Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.

*  *  *


Tajuk : LA TAHZAN KERANA CINTA

Penulis : Najla Mahfuzh

Publisher : Must Read

Harga : RM19.90

BORANG TEMPAHAN


9 Naga Usahawan

9 Naga Usahawan



9 Naga Usahawan (Himpunan Tip Keusahawanan)

Mengapa NAGA?

Naga dipilih sebagai ikon kepada keseluruhan buku ini kerana ia merupakan lambang kekuatan. Di dalam mitos lama juga, naga dianggap sebagai binatang yang sangat perkasa.

Di samping itu, kita boleh lihat naga juga dijadikan sebagai sandaran dalam cerita-cerita purba untuk mengagungkan watak seseorang pendekar itu. Watak-watak pendekar purba akan menjadi hebat sekiranya mereka mampu menewaskan naga.

Sehubungan itu, pemilihan ikon ini adalah bagi melambangkan sembilan perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan, khususnya mereka yang sedang giat membangunkan perniagaan dengan penuh kepayahan.


Isi Kandungan :

PENGENALAN

NAGA 1 : MEYAKINI KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN

NAGA 2 : BERGERAK DENGAN FITRAH - MINIMAKAN KEGAGALAN

NAGA 3 :   USAH DENGAR KATA ORANG

NAGA 4 : CEKAL DAN TABAH - USAHAWAN BERDAYA TAHAN

NAGA 5 : USAHAWAN DENGAN DAYA JUANG YANG TINGGI

NAGA 6 :   USAHAWAN BERDAYA SAING

NAGA 7 : KEBERANIAN LUAR BIASA

NAGA 8 : CARI MENTOR - BERSAHABAT DENGAN USAHAWAN YANG TELAH BERJAYA

NAGA 9 : TAWAKAL DAN BERSERAH

PENUTUP


*    *    *


Tajuk : 9 Naga Usahawan

Penulis : Nassrul Hakim Md.Jani

Publisher : Must Read

Harga : RM19.90 (Harga Promosi Serendah - RM19.00)


BORANG TEMPAHAN


Minah Burger

Minah Burger



Salmie + Zainah + burger = Minah Salmie dan Minah begitu gila dengan gadjet-gadjet terbaru. iPad keluaran terbaru menjadi idaman mereka. Untuk memenuhi impian mereka, maka wujudlah gerai MINAH BURGER.

Namun dalam menjayakan misi, terdapat dugaan yang mendatang. Persaingan dari Geng Sosj...disabotaj...

Berjayakah Samie dan Zainah mendapatkan iPad yang diidam-idamkan?


*  *  *


Tajuk : Minah Burger

Penulis : Sofea Ixora

Publisher : Must Read

ISBN : 9789670392349

Harga : RM 16.90 (Harga Promosi Serendah - RM16.00)

BORANG TEMPAHAN


Survival Kit Pelajar Menengah

Survival Kit Pelajar Menengah




Salah satu sebab utama mengapa buku-buku seperti ini ditulis ialah kerana kami sebagai orang yang lebih tua mahu anda cemerlang di dalam kehidupan di sekolah dan berjaya di dalam pelajaran yang anda pelajari di sekolah. Tidak ada sebab lain. Kegagalan di dalam pelajaran bukanlah satu pilihan! Hanya kejayaan dan kecemerlangan sahajalah pilihan yang anda ada. Kami telah melalui zaman persekolahan yang sama seperti yang anda lalui sekarang. Kini, tibalah masanya untuk kami memastikan anda tidak kecundang seawal zaman persekolahan lagi.

‘ILMU itu cahaya, jahil itu merbahaya’. Sekolah adalah tempat menuntut ILMU. Namun, pelajar seringkali tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya fungsi sebenar sebuah sekolah.


Kupasan daripada buku ‘Survival Kit Pelajar Menengah’ merungkai pelbagai tip dan panduan dari aspek kefahaman, fikiran dan kemahiran. 24 survival kit ini mampu memberikan satu lonjatan positif bagi pelajar yang memeta perjalanan mereka ke menara gading. Saranan daripada buku ini, belajar adalah jalan menempa kecemerlangan dan kegemilangan!


Isi Kandungan :

Sekolah dan Isinya Mencari kejayaan dan mendaki kecemerlangan

Survival Kit 1 : Memenuhi harapan ibu dan bapa

Survival Kit 2 : Memenuhi harapan para guru

Survival Kit 3: Implikasi tidak mahu ke sekolah

Survival Kit 4: Konsentrasi terhadap pelajaran

Survival Kit 5 : Menyisihkan perkara remeh dan tidak penting

Survival Kit 6 : Mengapa berkokurikulum?

Survival Kit 7 : Memilih sahabat yang positif

Survival Kit 8 : Menetapkan matlamat peribadi

Survival Kit 9 : Rajin berusaha

Survival Kit 10 : Motivasi yang menjadi penggerak

Survival Kit 11 : Daripada negatif kepada positif

Survival Kit 12 : Sikap yang betul

Survival Kit 13 : Tindakan untuk cita-cita

Survival Kit 14 : Pengurusan masa

Survival Kit 15 : Membuat nota sebagai satu kewajiban

Survival Kit 16 : Kreativiti

Survival Kit 17 : Kepentingan bersukan

Survival Kit 18 : Jangan sempitkan dunia

Survival Kit 19 : Memahami situasi yang sedang berlaku

Survival Kit 20 : Berimiginasi cemerlang untuk peperiksaan

Survival Kit 21 : Berketerampilan

Survival Kit 22 : Mengelakkan kejatuhan motivasi dalaman

Survival Kit 23 :Tentukan hala tuju anda?

Survival Kit 24 : Cita-cita ke IPT


*  *  *

Tajuk : Survival Kit Pelajar Menengah

Penulis : Hamirudin Hamidi

Publisher : Must Read

ISBN :  978-967-0392-29-5

Harga : RM20.00 (Harga Promosi Serendah - RM19.00)


Cukuplah bagiku, Allah.

Cukuplah bagiku, Allah.




Hadis junjungan Nabi SAW yang bermaksud,
“Doa itu adalah ibadat.”

dan juga hadis Nabi SAW yang bermaksud,
“...dan apabila engkau hendak memohon pertolongan,
maka hendaklah memohon kepada Allah SWT.”

Kedua-dua hadis di atas merupakan dorongan utama terbitnya naskhah ini. Inilah di antara perkara-perkara yang kita tidak boleh hidup tanpanya.Hidup tanpanya adalah seperti hidangan lazat tanpa garam.Hidup tanpanya adalah ibarat ikan di daratan. Inilah amalan para nabi dan alim, lihat saja bagaimana Nabi Ibrahim a.s menyerah diri (berdoa) ketika dalam nyalaan api Firaun. Bagaimana Nabi Yunus a.s terus-menerus dengan lafaznya (doa) dalam gelap zulmat perut ikan Nun (paus). Bagaimana Nabi Musa a.s berserah diri ketika berada di tebing Laut Merah dikepung tentera Firaun.

Dapatkah saat yang terakam dalam lipatan sejarah ini didustai? Dan siapakah yang Maha Mendengar yang telah mendengar dan memakbulkan permintaan (doa) mereka? Dialah Allah Yang Maha Agung. Begitulah mesej yang ingin dibawa oleh naskhah ini. Semoga dengan mengamalnya, kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT dalam kehidupan agar nanti cahaya doa-doa itu bisa mengerakkan tubuh badan kita ke arah mentaati-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


*  *  *



Tajuk : Cukuplah bagiku, Allah.

Penulis : Haji Talib Hussin

Publisher : Must Read

Harga : RM16.90 (Harga Promosi Serendah - RM16.00)


BORANG TEMPAHAN



Ensiklopedia al-Quran

Ensiklopedia al-Quran




Ensiklopedia ini akan mengupas beberapa persoalan penting yang dikehendaki oleh pembaca. Antaranya ialah definisi sebenar al-Quran, sejarah al-Quran, kelebihan-kelebihannya, skop bidang al-Quran, perkara yang membezakan al-Quran dengan kitab-kitab Samawi yang lain, rahsia kebesaran al-Quran, cara untuk memperbaiki diri dan bagaimana bersatu dengan al-Quran serta bonus 150 Fakta Menarik Mengenai al- Quran.

Ensiklopedia ini juga ditulis untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan al-Quran di dalam kehidupan kita dan seterusnya bagaimana al-Quran itu mampu diamalkan dengan
penuh rasa keyakinan. Selain itu, para pembaca diajak untuk berfikir tentang bagaimana panduan dari al-Quran itu mampu menjadi asas kepada penyatuan umat Islam.


Tajuk : Ensiklopedia al-Quran

Penulis : Syeikh Muhd Mujahid

Publisher : Must Read

Harga : RM 90

BORANG TEMPAHAN
Perubatan al-Quran Rawatan Kanser

Perubatan al-Quran Rawatan Kanser



Tajuk : Perubatan al-Quran Rawatan Kanser

Penulis : Hj. Lokman Abd Hamid

Publisher : Must Read

Harga : RM 50.00 (Harga Promosi Serendah - RM49.00)





*  *  *

Bahagian I: Apa itu Kanser?

Inilah sebuah buku yang membicarakan Kanser dari dimensi yang belum pernah  and abaca atau lihat. Buku ini menyingkap kanser secara menyeluruh dalam bahasa umum. Anda tentu ingin mengetahui bentuk gaya hidup yang bakal mengundang kanser. Atau anda perlu tahu bagaimana kanser merebak dan tip makanan yang perlu dikurangkan. Satu perbandingan antara perubatan moden vs rawatan Al-Quran yang mengupas isu-isu pro dan kontra, terhadap kedua-duanya.

Bahagian II: Jurnal Pesakit

Pernahkah anda bayangkan bagaimana rasanya menjadi Pesakit kanser? Buku ini menghimpunkan kisah benar 12 Pesakit Kanser yang masih hidup. Ikutilah detik-detik cemas yang mereka lalui, keberanian yang dipaparkan, kecekalan yang ditempa, pengorbanan yang tidak sia-sia dan kesabaran menerima ujian dari Allah SWT. Coretan kehidupan mereka ini pasti menyuntik Inspirasi kepada Anda!

Siapa yang perlu memiliki buku ini

Mereka yang menghargai diri, keluarga dan orang tersayang. Cegah kanser, fahami penderitaan mereka. Ketahui cara-cara membantu dan menyokong mereka. Syukurilah Nikmat ‘’Sihat’.


Isi Kandungan :

1 Al-Quran Penawar Kanser Dari Tuhan

10 Apa Itu Kanser?

16 Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kanser?

22 Jenis-jenis Kanser

38 Statistik Kanser Mengikut Jantina

49 Bagaimana Perubatan Moden Merawat Kanser

52 Kemoterapi

59 Radioterapi

60 Persepsi Yang Salah

64 CANCER RELAPSE - Luka Lama Berdarah Kembali

76 Rawatan Kanser Melalui Kaedah Ayat-ayat Suci Al-Quran

96 Apa Yang Anda Perlu Tahu 99 Hidup Sihat Tanpa Kanser

108 Makanan Yang Perlu Dielakkan

112 Bukti Cinta Insan Bergelar Suami

124 Kanser Merubah Kehidupanku

136 Bangkit Dari Ambang Maut

146 Manusia Mencari Keuntungan Atas Musibah Diri

160 Berpantang Maut Sebelum Ajal

170 Hatiku Lebih Tenang Dengan Penawar Al-Quran

179 Al-Quran: Positif dan Reda Senjata Pelemah Kanser

188 Baruku Tahu Diriku Berharga 203 Rawatan Al-Quran Rawatan Daripada Tuhan

212 Mukjizat Al-Quran Kanser Bagai Tidak Wujud

220 Hidupku Untuk Tuhan, Sahabatku Adalah Al-Quran

234 Kesempatan Dalam Kesakitan: Dilema Pesakit Kanser

246 Penutup

248 Biografi

258 Rujukan


*  *  *





    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger