Jagalah ALLAH...ALLAH Menjagamu...

Jagalah ALLAH...ALLAH Menjagamu...




Tajuk : Jagalah ALLAH...ALLAH Menjagamu...

Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah al-Qarni

Publisher : al-Hidayah

Harga : RM35.00 (Harga Kami Serendah - RM34.00)



*  *  *


Allah memiliki perintah dan larangan. Ada perintah dan larangan untuk hati, lisan, penglihatan, pendengaran, perut dan anggota tubuh lainnya.

Berbagai perintah dan larangan itu semestinya dipelihara oleh seorang hamba dengan melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan tersebut.

Pendek kata, setiap persendian manusia diperintahkan untuk bertaqwa.

Sakratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya?

Sakratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya?





Tajuk : Sakratul Maut - Bersediakah Anda Menghadapinya?

Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah al-Qarni

Publisher : al-Hidayah Publication

Harga : RM39.00 ( Harga Kami Serendah - RM36.00)



*  *  *


Buku "Sakratul Maut (Bersediakah Anda Menghadapinya?)", merupakan terjemahan dari buku asalnya, iaitu "WAJA'AT SAKRATUL-MAUT BIL-HAQ", karya Dr. 'Aidh 'Abdullah Al-Qarni, yang terjemahan sebenarnya ialah "Dan Datanglah Sakratul-Maut Membawa iaitu dari surah Qaf, ayat 19. Buku ini merupakan Kebenaran", salah satu dari sekian banyak karya Dr. 'Aidh Al-Qarni yang terlaris di Arab Saudi, bahkan di Timur Tengah pada umumnya.

Sesungguhnya sekarang ini kita masih hidup. Tetapi suatu hari nanti kita akan mati. Hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengetahui bila dan di mana kita akan mati. Kematian sebagai pintu gerbang menuju kehidupan akhirat setelah mengalami Sakratul Maut.

la adalah peristiwa yang sangat dahsyat. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pun merasakan Sakratul Maut. Bagaimana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, sahabatnya, orang-orang shalih serta orang derhaka dijemput dan mengalami Sakratul Maut? Di dalam buku ini, Dr. 'Al-Qarni akan mengupaskannya dengan panjang lebar. Selain Sakratul Maut, dikupaskan juga soal kematian serta hukum yang berkait rapat dengan kematian.
Al-Quran Terjemahan At-Thayyib (Saiz A4 dan A5)

Al-Quran Terjemahan At-Thayyib (Saiz A4 dan A5)




al-Quran Terjemahan at-Thayyib

Penerbit : Citra Bagus Segara

Ukuran   : A4(besar) dan A5(kecil)

Saiz A5 -kecil sedikit : RM65.00 (Harga Promosi Serendah - RM60.00)

Saiz A4 - lebih besar : RM110.00 (Harga Promosi Serendah - RM100.00)




*  *  *

Apa yang menarik dengan al-Quran at-Thayyib ini?

-Khat Utsman Taha
-Khat Madinah yang indah dan jelas
-Teks latin ayat (transliterasi) per kata
-Terjemahan per kata,
-Terjemahan biasa juga ada
-Indeks ayat,
-Indeks doa,
-Panduan hukum tajwid,
-Sejarah kodifikasi ayat dan
-Etika Membaca al-Aquran.

Warna :  Merah dan Biru









Kanta Kesedaran - Prof. Muhaya

Kanta Kesedaran - Prof. Muhaya



Tajuk : Kanta Kesedaran

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad

Publisher :Assohwah Publication Sdn. Bhd

Harga : RM20.00 


* * *

Mengapakah anda mesti memiliki buku terbaharu Prof. Dr. Muhaya, Kanta Kesedaran ini?

Pertama kerana kelainan kandungan buku ini drpd karya beliau sebelum ini. Jika buku-buku Prof sebelum ini byk membimbing pembaca bagaimana mengawal minda dan mendidik hati dgn konsep "reset minda"nya, buku ini mengajak pembaca merenung diri sendiri, melalui konsep "kanta kehidupan".

Beliau menyarankan agar kita meninggalkan tabiat suka melihat orang dgn niat atau tujuan mencari kelemahan dan kekurangan orang, mengumpat orang, melabelkan orang dan menghukum orang. Setiap kali kita melihat orang, pada saat itu kita gagal melihat diri. Kita akan dapat apa yang mendominasi fikiran kita, sebab kita hanya lihat dan peroleh apa yg kita fokus.

Buku ini memberikan penekanan terhadap konsep "kesyukuran". Semakin hari kita semakin dekat dengan Allah, dan orang yg dekat dgn ALLAH, Allah dekat dengannya. Semakin kita dekat dengan-Nya semakin kita berjaya dunia dan akhirat.

Jika kita menjaga urusan Allah, Allah akan menjaga urusan dunia kita, hingga sampai tahap malu kita, hendak meminta selain drpd Allah. Akidah baik, ibadah baik, Akhlak baik, hidup akan tenang dan bahagia. Ibarat sebatang pohon, baik atau buruk buahnya bergantung pada pohon. Pada sebatang pohon, yang paling pentingdijaga sejak awal peringkat pertumbuhan, adalah akarnya, bukan rantingnya.

Akarnya adalah akidah. Kuat akarnya, bercambahlah rantingnya. Rantingnya adalah ibadah. Banyak rantingnya, banyaklah buahnya. Buahnyaatau hasilnya yg baik adalah akhlak yg baik. Jaga kualiti 3 perkara ini(akidah, ibadah, akhlak) menjadi jaminan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Apakah yang mendominasikan hidup kita, Allah atau manusia?




Cerita Cinta Ahmad Ammar

Cerita Cinta Ahmad Ammar



[STOK SANGAT TERHAD]

Tajuk : Cerita Cinta Ahmad Ammar

Penyusun : GRUP PENJEJEAK TAMDUN

Publisher : Karya Bestari

Harga : RM23.00 (Harga Kami Serendah - RM22.00)




*  *  *



Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah...

Indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.


Mushaf Al-Furqan : Pelangi (PTS)

Mushaf Al-Furqan : Pelangi (PTS)




Mushaf Al-Furqan: Pelangi

Jumlah Muka Surat : 624

Penerbit: PTS Darul Furqan

Harga : RM55.00 (Harga Kami Serendah : RM53.00)


*  *  *

Mushaf Al-Furqan edisi Pelangi ini Al-Quran terbaru keluaran PTS. Terdapat 100% halaman berwarna dengan 10 gabungan warna menarik. Ia juga dilengkapi dengan ciri unik dan dilengkapi panduan tajwid yang disediakan di bahagian belakang mushaf. Dengan saiz yang sederhana optimum, iaitu 5.5”x7.5” menjadikan Al-Quran ini lebih praktikal dan sesuai dibawa ke mana-mana sahaja walaupun ketika kembara. Ciri lain yang ringan dan mudah dibawa menjadikannya teman pelengkap setiap individu.

Selain ciri-ciri fizikalnya yang praktikal, ciri-ciri dalamannya juga diolah dengan teliti bagi menepati keperluan pembaca. Teks ayat Al-Quran ini adalah berdasarkan format mushaf Madinah edisi terbaru. Ia juga turut dilengkapi Asma Ul-Husna yang disediakan di bahagian hadapan dan belakang naskhah ini.

Naskhah ini ditampilkan khas dengan dua warna eksklusif iaitu warna hitam dan putih sebagai seleksi yang menepati warna pilihan tidak mengira jantina. Susun atur dalamannya juga berkonsepkan batik dan dicetak menggunakan kertas eksklusif khas bagi jaminan kualiti meliputi kandungan dan ciri luaran.

Ada apa dengan Mushaf Al-Furqan Pelangi ini?

1. Asma Ul-Husna

2. Surah Al-Fatihah - Surah An-Nas

3. Doa Khatam Al-Quran

4. Keterangan Tanda-Tanda Dalam Mushaf

5. Tanda-Tanda Waqaf

6. Adab-Adab Membaca Al-Quran

7. Asma Ul-Husna







    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger