Memaparkan catatan dengan label Dr. Farhan Hadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr. Farhan Hadi. Papar semua catatan
Novel Denyut Kasih Medik - Dr. Farhan Hadi

Novel Denyut Kasih Medik - Dr. Farhan Hadi




Tajuk : Denyut Kasih Medik

Penulis : Dr. Farhan Hadi

Terbitan : Telaga Biru

Harga : RM27.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *

DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat.

Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Novel Kutemui Cinta-Nya - Dr. Farhan Hadi

Novel Kutemui Cinta-Nya - Dr. Farhan Hadi



Tajuk : Kutemui Cinta-Nya 

Penulis : Dr. Farhan Hadi

Harga : RM27.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*   *  *

Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal.

Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya. Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.
Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!

Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!


Tajuk : Detik Cemas Mavi Marmara : Palestin Kami Datang!

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi

Penerbit : Telaga Biru

Harga : RM21.00
(Termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)


*  *  *


Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang.

Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!
Novel - Risalah Hati

Novel - Risalah Hati




[Novel Fiqh Kontemporari]

Tajuk : Risalah Hati.

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha

Publisher : Sebarkan Bahagia Resourses

Harga Serendah : RM20.00
(Harga termasuk pos ke seluruh Malaysia)


BORANG TEMPAHAN

* * *


Qani'ah Syumaila meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan cintanya. Sudah tentu dia mahukan hari pernikahannya patuh piawaian Allah SWT.

Dengan berpegang pada ilmu dan hujah, dia melalui hari penting dalam hidupnya tanpa goyah.

Walaubagaimanapun, pelbagai tohmahan dan label dilontar kepadanya oleh mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Terokai keindahan akhlak wanita ini dalam menangani isu-isu yang Allah benarkan kita berbeza. Strateginya, memenangi hati sebelum memenangi hujah.

Tersebarlah cinta menang-menang dalam masyarakat.

Win-win love.

 RISALAH HATI adalah sebahagian episod dalam Drama AKU ADA WALI.
Novel - Aku Ada Wali

Novel - Aku Ada Wali



Tajuk : Aku Ada Wali

Penulis : Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi

Publisher : Sebarkan Bahagia Resources.

Harga : RM29.90 (Hanya Promosi Serendah RM29.00)





*   *   *

SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.


Manfaat Buku Ini:

☆Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.

☆Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.

☆Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.

☆Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.

☆Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.

☆Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.

☆Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.



Tuhan Lebih Saintifik - Dr. Farhan Hadi

Tuhan Lebih Saintifik - Dr. Farhan Hadi







Tajuk : TUHAN LEBIH SAINTIFIK

Penulis : Dr. Farhan Hadi

Publisher : Galeri Ilmu

ISBN : 978-983-097-438-5

Harga : RM22.00 
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)





*  *  * 



Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan.

Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.


Review Pembaca ( KREDIT )

PERBINCANGAN 1 
(A : ateis /  I : Islam)


I: Tuan tidak percayakan Tuhan?

A: Tidak!

I: Lihat disekeliling tuan. Ada kereta, ada bangunan, ada pelbagai benda. Semuanya dicipta oleh manusia. Sudah tentu manusia dan alam yang cantik juga ada penciptanya juga. Tak mungkin terjadi sendiri.

A: Tapi segala-galanya boleh diterangkan oleh sains. Alam terjadi melalui satu proses yg sgt saintifik memakan bilion2 tahun. Manusia terjadi dengan proses evolusi. Tuhan hanya satu jawapan short cut bagi sesiapa yang malas berfikir

I: Wah menariknya. Bagaimana proses evolusi berlaku

A: Evolusi berasal dari 1 sel tunggal. Kemudian sel itu berevolusi bla bla bla bla
I: Satu sel tu berasal dari mana?

A: Ia berasal dari benda bukan hidup bilion2 tahun dahulu

I Satu sel bukan hidup tu berasal dari mana? Macam mana dia boleh tiba2 hidup?

A: Ia berlaku sendiri

I: Prosesnya tak diketahui?

A: Ya. Setakat ni takde siapa yang tahu. Ia berlaku dalam tempoh yang agak lama

I: Kalau begitu, itu juga salah satu cara malas berfikir. Teori evolusi begitu mudah. Kalau tuan hendak tahu, berfikir tentang tuhan, mengenal sifat-sifatnya, mengenal betapa hebatnya tuhan lebih kompleks daripada mengenal teori evolusi.



PERBINCANGAN 2

A: Untuk apa kita percayakan tuhan?

I: Untuk segala-galanya..

A: Saya tidak percaya tuhan. Saya tak percaya kehidupan selepas mati. Fikiran saya bebas.

I: Habis, apa yang berlaku selepas tuan mati?

A: Saya percaya apabila mati, manusia seperti masuk kedalam gua dan menjadi habuk dan debu. Itu sahaja dunia ni

I: Kalau macam tu, dunia ini tidak adil. Semua orang akan melakukan kejahatan kerana tiada pembalasan di hari akhirat. Contohnya, ada seorang penjenayah melakukan pembunuhan, mencuri, merompak, merogol. Tetapi tiada balasan untuk dia.

A: Polis kan ada

I: Kalau polis tidak berjaya menangkap dia? Bila dia mati, dan tiada hari akhirat, bolehkan kita terima semua ini?

A: Dah nasib dia.. nak wat cane. Lumrah hidup. Terima je la. Pencuri tu sangat bijak

I: Mungkin kita boleh cakap camtu sebab kita tak kena. Cuba kalau anda sendiri dirompak. Apa perasaan anda?

( balik tu, Dr Donald punya kereta kena pecah, laptop hilang. Pastu dia menyumpah-nyumpah. haha. pastu baru dia sedar betul jugak apa yang Dr Ahmad Zabidi cakap) *Allah bagi cash!



PERBINCANGAN 3

A: Adakah tiga orang anak cukup untuk tuan?

I: Oh kalau boleh saya ingin menambah beberapa orang lagi

A: Kalau begitu, kawin lah lagi! bukankah agama tuan menggalakkan poligami dan merupakan sunnah?
I: Poligami bukan digalakkan.

A: Eh, kenapa semua orang islam kata camtu? bahkan jika isteri first menentang, dia takkan bau syurga

I: Ramai yang salah faham tentang poligami. Poligami dibenarkan untuk kes kes tertentu, bukan digalakkan. Contoh, poligami telah membela kaum wanita yg kematian suami ketika peperangan suatu masa dahulu.

A: Bukankah ia tetap sunnah?

I: Berkahwin lebih dari seorang adalah sunnah.Tapi, nabi monogami dalam tempoh 25 tahun. Dan poligami dalam tempoh 10 tahun. Tuan pernah naik kapal terbang?

A: Mestilah pernah.

I: Ada tuan nampak pintu kecemasan dalam flight tu?

A: Ada.

I: Tuan setuju jika pintu itu dikuci terus dan tidak boleh dibuka lagi?

A: Mana boleh, bahaya!

I: Kalau dibuka terus?

A: Lagi bahaya!

I: Begitu juga poligami. Ia tidak boleh dilakukan sesuka hati, namun tidak boleh terus ditutup kerana ada kondisi kecemasan. Agama lain takde poligami. Jika si isteri sakit teruk or mandul, maka pasangan tersebut terpaksa menelan segala kepahitan kerana tiada pintu kecemasan. Maka, akan berlaku suami curang, pengabaian dan ketidakadilan dalam rumah tangga..


PERBINCANGAN 4

A: Ini soalan lanjutan, kenapa nabi anda kahwin sekaligus 9 orang dalam satu satu masa? Sedangkan islam menghadkan 4 orang je. Ni cakap tak serupa bikin. Maaf jika sebut, tapi saya rasa 9 isteri tak ubah seperti kuat nafsu.

I: Ketika itu wahyu tidak diturunkan lagi. Apabila mendapat perintah poligami, nabi tidak lagi berkahwin lain lepas tu. Nabi kawin bukan sebab nafsu. Contoh, nabi kahwin dengan Siti Khadijah yang umur 40 tahun.

A: Mungkin dia ingin bolot harta. Pastu kahwin lagi dan berfoya-foya

I: Itu hanya sangkaan bukan fakta en? Masa tu orang arab suka kawin ramai, tapi nabi tetap setia. Bahkan baginda tiada hamba perempuan. Nabi juga kawin sebab strategi politik untuk sebarkan islam. 

Contoh, selepas kawin dengan Juwairah, dia memang cantik, ramai kaumnya telah memeluk islam. Apa akan jadi kalau isteri dan kaumnya tidak peluk islam? Mereka akan susun strategi untuk perang. Madinah tidak akan aman.



PERBINCANGAN 5

A: Sekiranya tuhan itu ada, sebelum tuhan itu apa? (siapa cipta tuhan?) I mean kalau 1000 billion tahun dlu masa bumi belum wujud lagi, sebelum sebelum tu katanya tuhan da ada, tapi saya nak tahu bila tuhan mula-mula muncul.

I: Jawapannya ialah masa.

A: Maksud tuan?

I: Tuan keliru sebab adanya masa. Tuan kena tahu bahawa tuhan yang ciptakan masa. Masa yg membuatkan kita tertanya-tanya bila bila dan bila. Kalau masa itu tiada, sudah tentu kita tidak akan terfikir bila tuhan wujud. Tuhan itu ada sebelum masa dicipta. Bahkan tuhanlah yang menciptakan masa.

A: Tapi setiap sesuatu pasti ada permulaan... Jadi bila permulaan tuhan?

I: Hmm, sebelum nombor 2, nombor apa?

A: 1

I: Sebelum 1?

A: 0

I: Sebelum 0?

A: -1.. errr...

I: See? nombor adalah satu contoh.



PERBINCANGAN 6 

I: Tuan tidak percayakan syurga, neraka dan kehidupan selepas mati eh?

A: Ya, saya tidak percaya.

I: Boleh saya tahu apa yang tuan dapat dengan usaha tuan yang mengajak manusia tidak percayakan tuhan?

A: Saya akan mendapat kepuasan. Saya puas melihat manusia yang bebas daripada dikongkong agama.

I: Kalaulahhh... kalaulahhh agama saya benar dan tuan salah, adakah tuan sanggup kena balasan api neraka?

A: Errr..... tak sanggup

I: Tuan boleh tanya soalan yang sama kepada saya. Kalau fahaman tuan yang benar? Apa akan jadi pada saya? Saya tidak akan dapat balasan apa-apa kerana tiada pembalasan. 

A: Tapi kalau usaha tuan tak berjaya untuk tarik saya, apa yang tuan dapat? Buat penat je.

I: Pada agama islam, jika saya tidak berjaya untuk menarik tuan masuk islam sekalipun, saya dijanjikan pahala sebab saya telah berusaha untuk berdakwah.




Cinta High Class

Cinta High Class






Tajuk : Cinta High Class & Cintaku Kerana Agama-Mu

Penulis : Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi

Terbitan: Galeri Ilmu

Harga : RM28.00
(Harga termasuk kos pos ke seluruh Malaysia)




☆  ☆  ☆


Qani’ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya. Lembut tapi berkepimpinan. Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati banyak pihak. Pemidato di sekolah.

Akhlak Qani’ah yang mulia, penyayang, dan baik tutur bicaranya menyebabkan namanya dikenali dan diminati baik oleh pelajar perempuan dan juga lelaki. Sering menerima surat-surat cinta. Dia yang mengenali ‘kriteria’ lelaki soleh terlebih dahulu sebelum ‘pemilik cintanya’, tidak mudah menyerahkan cintanya kepada sesiapa sebelum yakin menemui lelaki yang tepat.





    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger