Bahagia Membahagiakan

Bahagia Membahagiakan




Tajuk : Bahagia Membahagiakan

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Kebahagiaan diimpikan setiap insan. Kebahagian sebenar adalah dengan membahagiakan orang yang berada di sekeliling kita. Apabila orang di sekeliling kita bahagia, kita akan bahagia sama. Carilah kebahagiaan bukan sekadar bahagia di dunia, malah di akhirat.

Setiap perkara yang berlaku dalam setiap detik masa kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agar dapat menguatkan jiwa dan badan. Layari kebahagiaan dengan Buku Bahagia dan Membahagiakan.


Kitab Pelajaran Tajwid (Rumi-Jawi)

Kitab Pelajaran Tajwid (Rumi-Jawi)




Tajuk : Kitab Pelajaran Tajwid (Rumi)

Penulis: Azahari Ibrahim

Publisher : Darul Nu'man

Harga : RM10.00




*  *  *

- Melengkapi Sukatan Pelajaran Tajwid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 KBSM

- Digunakan oleh Ustaz Don Danial ketika mengajar tajwid di TV9




(Novel) Negeri 5 Menara

(Novel) Negeri 5 Menara



Tajuk : Negeri 5 Menara

Penulis: A. Fuadi

Publisher : PTS

Harga : RM20.00




*  *  *

Seumur hidupnya Alif tidak pernah menginjak tanah di luar ranah Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, main bola di sawah dan mandi air biru di Danau Maninjau. Tiba-tiba dia perlu melintasi selatan Sumatera menuju sebuha desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya mahu Alif menjadi Buya Hamka tetapi dia mahu menjadi Habibie. Dengan setengah hati, dia menurut permintaan ibunya, belajar di pondok.

Pada hari pertama di Pondok Madani (PM), Alif terkesima dengan 'mantera' sakti man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh dia berjaya. Disatukan akibat hukuman tidak menepati masa di asrama, Alif bersahabat dengan Raja, Said, Dulmajid, Atang dan Baso. Di bawah menara masjid, mereka menunggu Maghrib sambil menatap awan lembayung yang berarak ke ufuk. Awan-awan itu menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Ke manakah impian membawa mereka? Mereka tidak tahu. Yang mereka tahu adalah jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.

Pesan dari Masa Silam

Keputusan Setengah Hati

Rapat Tikus

(dan banyak lagi...)
Travelog Haji Mengusik Hati

Travelog Haji Mengusik Hati



Tajuk : Travelog Haji Mengusik Hati (Gabungan 3 buah buku)

Penulis: Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan

Publisher : PTS

Bil. Muka Surat : 560 m/s

Harga : RM50.00 (Harga Promosi Serendah - RM49.00)




*  *  *

3 Dalam 1


-Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
- Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
- 50 Tip Motivasi Haji 


Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.

Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji
(50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.

Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.

THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.

TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.

Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.

Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.


 Isi Kandungan : 

Prakata Penulis xv

Buku 1
Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman 1

Catatan Pengarang 3

Kata Pengantar 7

Prakata Penulis 9

Prolog 15

Aroma Haji 19

Aku Manusia Jahil 22

Kad Jemputan 25

Rahsia Satu Jemputan 30

Konsep Haji 32

Jalan Pintas Ke Syurga 38

Surat untuk Menteri 41

Siapa akan Menjaga Anak? 44

Pemeriksaan Kesihatan 47

Bertaubat di Florence 52

Tolol dan Tongong 56

Cik Bedah, Kamu di Mana? 58

Ujian Wak Lampu 60

Mencari Keistimewaan 63

Jangan Hantar ke Kelana Jaya 67

Hotel Ekhwah 70

Universiti Baitullah 73

Ajaibnya Bumi Makkah 82

Tolong Jaga Ibu Saya 87

Malaikat Ataupun Wali Allah 90

Hadiah untuk Ibu 96

Berkongsi Saf 99

Strepsil di Masjidil Haram 104

Hajarulaswad 107

Maal Hijrah di Makkah 111

Kuat dan Bertenaga? 117

Teori Saf 120

Talbiah 122

Sesat di Arafah 125

Wukuf 128

Sejuknya Muzdalifah 132

Pergerakan Haji Tamatuk 136

Jamratul Aqabah 138

Tua di Mina 142

Khatam Quran 144

Ya Allah, Aku Mahu Tidur 149

Rokok di Makkah 151

Membeli-belah 154

Selamat Tinggal Makkah 158

Nasi ataupun Solat? 161

Madinah Bumi Aman 164

Tuhan Lebih Mengetahui 167

Sehelai Jubah Seribu Makna 170

Dua Jam di Raudhah 173

Selamat Tinggal Madinah 177

Haji Mabrur 182

Cabaran Sebenar 184

Haji Daud Tanjung Karang 188

Surau Kondo Kemuncak 190

Tulis Kisah Saya 194

Kerinduan 197

Lintasan Hati Seorang Ibu 202

Bukalah Pintu Hatiku 206

Dia yang Hampir 211

Astaghfirullah 213

Lampiran 1: Doa yang Panjang 215

Lampiran 2: Laluan Melontar 223

Lampiran 3: Laluan Hajarulaswad 226

Lampiran 4: Gambar Kenangan 229

Bibliografi 235

Buku 2
Travelog Dakwah:
Menanti Hari Esok 237

Berdakwah 238

Ketentuan Allah 242

Terima Kasih 246

Dia Berkuasa 249

Kematian 252

Menyaksikan Kematian 255

Solat Berjemaah 260

Mari Solat Berjemaah 262

Pemandu 265

Dia ADAlah Segala-galanya 269

Maha Mendengar 273

Solat Dhuha 276

Iktikaf 280

Redha 285

Imam Tarawih 289

Tidak Lama 294

Dakwah untuk Eksekutif 298

Golf 302

RM1, Tidak Mengapa 306

Manusia Lemah 309

Berdoa Apabila Mampu 313

Hebat? 317

Maha Pengampun 321

Hidup Semula 324

Ph.D. 328

Mencari Makna 332

Al-Ma’thurat 336

Ayah, Doakan Saya 340

Buat Anak yang Ditinggalkan 343

Cakap dan Amal 347

Hari Kiamat 350

Perjalanan Yang Tinggal 356


Buku 3:
50 Tip Motivasi Haji 361

Tip 1: Terbuka Hati & Minda 362

Tip 2: Apabila Hati Terbuka 366

Tip 3: Terbaik di sisi Allah 369

Tip 4: Kematian 373

Tip 5: Ia Hanya Sekali 377

Tip 6: Berubah 380

Tip 7: Berdoa 383

Tip 8: Bertaubat 387

Tip 9: Memahami Asas Haji 390

Tip 10: Falsafah Haji 394

Tip 11: Belajar Istiqamah 398

Tip 12: Menduakan Allah 402

Tip 13: Mencari Tenaga 406

Tip 14: Tuan Haji 409

Tip 15: Tiada Siapa yang Tertinggal 412

Tip 16: Dua Kali Ganda 415

Tip 17: Ajari Mereka 418

Tip 18: Tidur Masa Malaysia 421

Tip 19: Membuat Pilihan 424

Tip 20: Mengatur Jadual 427

Tip 21: Aku Selamat 430

Tip 22: Cinta Mendalam 434

Tip 23: Madinah 437

Tip 24: Tidak Sihat 441

Tip 25: Jangan Tipu Allah 444

Tip 26: Tandas 447

Tip 27: Takut pada Ramai 450

Tip 28: Berpuasa Tahap Tinggi 454

Tip 29: Mengingati Allah 458

Tip 30: Cucu Tok Kenali 461

Tip 31: Menjaga Hubungan 464

Tip 32: Berbuat Baik 468

Tip 33: Uzur Seorang Wanita 472

Tip 34: Pakaian 475

Tip 35: Beg Pakaian 478

Tip 36: Doakan Mereka 481

Tip 37: Mata, Telinga, dan Lidah 484

Tip 38: Rakan Sebilik 487

Tip 39: Wuduk 490

Tip 40: Aurat 494

Tip 41: Menuntut Ilmu 498

Tip 42: Shopping 501

Tip 43: Cenderamata Istimewa 504

Tip 44: Berniaga 507

Tip 45: Tiada Lepak-Lepak 511

Tip 46: Merokok 514

Tip 47: Rujukan 517

Tip 48: Manusia Sibuk 521

Tip 49: Jangan Terlalu Bersuka Ria 524

Tip 50: Ilmu Bermanfaat 528



Penulis 533
[Novel] Qasidah Rindu Zulaikha

[Novel] Qasidah Rindu Zulaikha





Tajuk : Qasidah Rindu Zulaikha

Penulis: Nur Sufi

Publisher : Telaga Biru

Bil. Muka Surat : 712 m/s

Harga : RM20.00




*  *  *

Zulaikha sanggup membelakangkan abinya sendiri demi sebuah cita-cita. Imbalan daripada sikap kontranya itu dia terpaksa menanggung rindu terhadap insan tersayang malah terjerumus dalam kancah penyelewengan daripada ajaran Islam. ~ Zulaikha.

Impian hatinya untuk memiliki Zulaikha tetap utuh walaupun dahulunya dipenuhi rasa benci. Namun sudah ditakdirkan yang mereka akan disatukan dalam satu ikatan kasih yang lestari sehingga qasidah Zulaikha rancak dilagukan di kemuncak rindu. ~ Yusuf.



Memburu Darjat Wanita Solehah

Memburu Darjat Wanita Solehah



Tajuk : Memburu Darjat Wanita Solehah

Penulis: Halimatul Ashiken

Terbitan: Pustaka Azhar

Harga : RM29.00 (Harga Promosi Serendah - RM28.00)




*  *  *

 Buku Memburu Darjat Wanita Solehah adalah sebuah buku panduan bagaimana untuk menjadi wanita yang patuh kepada agama. Ia mencakupi reformasi empat aspek penting yang sangat berkait rapat dengan keimanan seorang Islam, iaitu aspek akidah, ibadah, rumah tangga dan akhlak.

 Mengapakah seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah?

Ini adalah kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh-musuh Islam sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam.

 Wanita Muslim perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh Islam.


Anakku Hebat Anakku Soleh

Anakku Hebat Anakku Soleh




Tajuk : Anakku Hebat Anakku Soleh

Penulis: Tuan Hj Dr Zahazan Mohamed

Publisher : Telaga Biru

Harga : RM39.90 (Harga Promosi Serendah - RM39.00)


*  *  *

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh.

Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran.

Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.


How to become a Good and Successful Medical Student

How to become a Good and Successful Medical Student




Tajuk : How to become a Good and Successful Medical Student

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM20.00 

BORANG TEMPAHAN

* * *


This book will answer all common question that linger in a medical student’s mind from “Why should I be in this field?” to “How do I excel in examinations?”.

Many more interesting facts will be uncovered too!

The unique holistic approach used by the writer is meant to be suitable for all individuals and not neglecting the most important aspect of one’s life, which is the spiritual component.


Refleksi Diri

Refleksi Diri



Tajuk : Refleksi Diri

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Ilmu pengetahuan yang benar akan menyinari sanubari, menjernihkan akal fikiran sekaligus menghasilkan seorang insan yang positif mindanya, kreatif dan inovatif, teguh jiwa dan akhlaknya.

Buku ini merupakan cetusan fikiran berupa mutiara kata dengan harapan agar ianya mampu memberi makna yang berharga, mendorong dan membantu anda menguatkan fikiran dan jiwa disamping membuka jalan ke arah mencari kebijaksanaan dalam berfikir.


Wanita Muslimah Alternatif Terkini (Recommended)

Wanita Muslimah Alternatif Terkini (Recommended)



Tajuk : Wanita Muslimah Alternatif Terkini

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga :  RM12.00

BORANG TEMPAHAN

* * *

Wanita muslimah adalah lambang kekuatan dan kebahagiaan. Buku Wanita Muslimah ini dikarang bagi membentuk muslimah yang solehah dan bijaksana dari segala sudut ilmu dunia dan akhirat.


Peliharalah Matamu

Peliharalah Matamu

Tajuk : Peliharalah Matamu

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM30.00 (Harga Promosi Serendah - RM29.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Syukuri nikmat penglihatan yang telah Allah berikan. Subhanallah, baiknya Allah dengan anugerah kenikmatan kesihatan berpanjangan.

Buku ini akan memberikan pengetahuan kepada semua masyarakat di luar sana bahawa betapa pentingnya penjagaan mata daripada dijangkiti pelbagai jenis penyakit mata. Peliharalah Matamu daripada melihat segala yang mendatang keburukan kepada dirimu.
Bagaimana Menjadi Pelajar Baik dan Berjaya

Bagaimana Menjadi Pelajar Baik dan Berjaya


Tajuk : Bagaimana Menjadi Pelajar Baik dan Berjaya

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Belajar untuk apa? Untuk mendapatkan ilmu. Ilmu dan pendidikan ibarat cahaya yang menerangi kegelapan. Hidup tanpa ilmu adalah sia-sia. Penuhi jiwa dan hati dengan ilmu dunia yang seiring dengan ilmu akhirat.

Ilmu mesti dicari dan dikuasai walaupun menempuh pelbagai kesulitan dan keperitan. Berusahalah dengan penuh kesabaran.


Jurnal Inspirasi Diri

Jurnal Inspirasi Diri



Tajuk : Jurnal Inspirasi Diri

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Hidup perlukan perancangan, perlukan bermuhasabah diri selalu untuk mengenal diri sendiri. Buku Jurnal Inspirasi Diri, Membina Anda yang Baru Dalam Masa 40 Hari ini bakal merubah hidup anda. Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi. Sarat dengan kata-kata motivasi sebagai inspirasi pencetus kekuatan dan pembakar semangat anda.

Buku Jurnal Inspirasi Diri ini merupakan buku yang terlaris kami dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Ini kerana buku ini akan merubah hidup anda keseluruhannya.

Celik Mata Dan Jiwa

Celik Mata Dan Jiwa



Tajuk : Celik Mata Reset Minda

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM15.00 (Harga Promosi Serendah - RM14.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Buku ini bukan bercerita tentang mata dan jiwa, namun menceritakan tentang betapa imej diri dan contoh yang diberikan oleh Ibubapa menjadi faktor utama yang membuatkan seseorang berjaya. Cara kita melihat akan mengubah sesuatu perkara itu. Beranikan diri melihat kelebihan dan kebaikan orang lain serta bijaksana dalam menangani kelemahan dan kesilapan diri sendiri.

Sentuhan Prof Dr Muhaya dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.


Mata Akal, Mata Hati

Mata Akal, Mata Hati



Tajuk : Mata Akal, Mata Hati

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *


Untuk melakukan sesuatu perkara, perlukan kepakaran Mata Akal untuk berfikir dan ketulusan Mata Hati untuk bertindak. Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya.

Walaupun sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang!. Mulakan langkah anda dengan Buku Mata Akal, Mata Hati ini.
Celik Mata Reset Minda

Celik Mata Reset Minda



Tajuk : Celik Mata Reset Minda

Penulis : Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad

Publisher : as-Sohwah

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.00)

BORANG TEMPAHAN

* * *

Kehidupan bukan bermakna hanya perlu celik mata fizikal sahaja, namun perlu celik mata hati juga. Untuk mencelikkan mata hati, tidak memerlukan kita untuk membuat pelaburan wang ringgit kerana diri kita sendiri yang boleh merawatnya.

Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baru dalam hidup kita.



Perkahwinan & Rumahtangga : Syurga Yang Disegerakan

Perkahwinan & Rumahtangga : Syurga Yang Disegerakan




Tajuk :  Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga Yang Disegerakan 

Penulis : 'Adil Abdul Mun'im Abu Al-'Abbas

Publishing : Inteam Publishing

Harga : RM25.00 (Harga Promosi Serendah - RM24.00)


*  *  *

Rumahtangga adalah satu laluan ke arah kematangan. Pada hidup berumahtangga itulah adanya segala rencah kehidupan; manis, gembira, bahagia, terasa, sedih, marah dan sebagainya.

Segala mehnah dan cabaran yang dilalui akan membentuk seseorang itu menjadi manusia samada lebih baik iaitu cekal, berdikari, sabar dan matang atau sebaliknya iaitu menjadi seorang yang negatif dengan sifar pemarah, berputus asa dan pentingkan diri sendiri.

Teras utama yang akan menjamin kesinambungan dan keberkatan sesebuah rumahtangga adalah paksi agama yang kukuh. Sikap yang positif dan disenangi pasangan, pasangan yang sekufu serta kewangan keluarga yang kukuh menjadi faktor penyokong untuk merealisasikan rumahtangga yang tenang dan bahagia.

Buku "Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan" ini merupakan satu buah tangan yang cukup berharga bagi mana-mana individu atau pasangan yang bakal berumahtangga atau yang masih sendiri tetapi ingin mempersiapkan diri sebelum saat yang dinantikan itu tiba.

 Buku ini mengupas secara ringkas namun padat tentang tajuk-tajuk penting yang merangkumi hal-hal sebelum berumahtangga iaitu tentang memilih calon, perihal akad nikah dan majlis perkahwinan serta kehidupan setelah berumahtangga iaitu tentang adab hubungan suami isteri, menimang anak, akikah, bersunat dan tidak ketinggalan tentang merancang kehamilan anak.

Semoga buku ini menjadi rujukan yang utama kepada masyarakat di luar sana yang bercita-cita untuk membina rumahtangga yang diberkati Allah. Rumahtangga yang bahagia akan menjadi syurga dunia bagi ahlinya.

Islamic Parenting, Pendidikan Anak Metode Nabi Muhammad

Islamic Parenting, Pendidikan Anak Metode Nabi Muhammad



Buku yang sesuai sebagai panduan mendirikan rumah tangga. Yang belum berkahwin juga perlu bersedia, dan perlu ilmu-ilmu seperti ini.


Tajuk : Islamic Parenting, Pendidikan Anak Metode Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. 
(Bahasa Indonesia-Hard Cover)

Penulis : Syaikh Jamal Abdurrahman

Harga : RM38.00





^^

    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger