Fatwa Palestin - Dr. Yusuf al-Qardhawi

Fatwa Palestin - Dr. Yusuf al-Qardhawi



Tajuk : Fatwa Palestin

Penulis : Dr. Yusuf al-Qardhawi

Jumlah Muka Surat : 192

Penerbit: PTS

Harga : RM16.00 


*  *  *


Kita mungkin tidak luka berdarah kerana bertempur di medan jihad. Namun, jangan biarkan kita dangkal fiqh dan sejarah tanpa sebarang ijtihad.

Isu Palestin, walaupun jauh daripada faktor lokasi, tetapi sangat hampir di hati kita sebagai umat Islam. Bumi Israk Mikraj ini dirampas oleh Yahudi laknatullah. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyakiti, membunuh, dan mengebom saudara Islam kita di sana. Tidak cukup dengan itu, rakyat Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri!

Melalui buku Fatwa Palestin, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan serta hukum berkaitan isu-isu yang berlaku di bumi Palestin, berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith.

Buku ini membincangkan persoalan dan menjelaskan hukum seperti berikut:

Adakah rakyat Palestin boleh menyerah kalah daripada mempertahankan bumi Palestin?
Apa hukumnya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang dikuasai oleh Yahudi?
Syahidkah pengebom berani mati?
Adakah wanita boleh melibatkan diri dalam peperangan?
Apakah hukum isteri meminta talak daripada suami yang dipenjarakan?
Apakah hukum tawanan yang mogok lapar?
Hukum perjanjian damai dengan Israel
Hukum menggadai bumi Palestin dan menerima ganti rugi daripada hasil jualan itu
Hukum wanita membuka aurat dalam keadaan terpaksa
Hukum membocorkan rahsia



Isi Kandungan :


Pendahuluan

Bab 1: Perjanjian Damai dengan Israel

Bab 2: Fatwa Abdul Aziz bin Baz

Bab 3: Wajib Berjihad Mempertahankan Bumi Islam

Bab 4: Hukum Islam Perihal Pengebom Berani Mati

Pendapat Imam Jasos Al-Hanafi

Pendapat Imam Qurtubi Al-Maliki

Pendapat Imam Ar-Razi As-Syafi’i

Pendapat Imam Ibnu Kathir dan At-Thabari

Pendapat Imam Ibnu Taimiyyah

Pendapat Imam Syaukani

Pendapat Syeikh Rashid Redha

Bab 5: Penyertaan Kaum Wanita dalam Mempertahankan Agama Allah s.w.t.

Bab 6: Hukum Menyerah Kalah dalam Mempertahankan Baitul Maqdis

Bab 7: Menerima Ganti Rugi Hasil Gadaian Bumi Palestin adalah Dosa Besar

Bab 8: Hukum Pengkhianat yang Membantu Musuh (Tali Barut)

Bab 9: Boikot Barangan Israel dan Amerika

Bab 10: Hukum Bermusafir Menziarahi Masjid Al-Aqsa

Bab 11: Tidak Boleh Berkasih Sayang dengan Pembunuh Saudara Kita

Bab 12: Hukum Seorang Muslim Menyertai Knesset (Parlimen Israel)

Bab 13: Persoalan-Persoalan Berkenaan Tawanan yang Ditawan oleh Zionis di Bumi Palestin

Solat Tawanan di dalam Penjara

Kiblat Tawanan di dalam Penjara Bawah Tanah

Puasa Tawanan di dalam Penjara

Tawanan Diseksa kerana Tidak Mahu Membuka Rahsia dan Tidak Mengiktiraf Negara Yahudi

Tawanan yang Tidak Tahan Diseksa, Lalu Menyebut Nama Sahabatnya

Tawanan Mogok Lapar

Isteri Meminta Talak daripada Suami yang Dipenjarakan

Haji untuk Tawanan

Haji untuk Orang yang Syahid

Pelaksanaan Ibadah Korban untuk Tawanan

Pembayaran Zakat untuk Golongan yang Syahid ataupun Tawanan yang Dipenjarakan

Hak Tawanan kepada Orang Islam

Bab 14: Hadith “Kiamat Tidak Berlaku sehingga Kamu Bangkit Menentang Yahudi.”

Bab 15: Ayat-Ayat Al-Quran yang Menyebut Perihal Kehancuran Yahudi dan Tafsirannya

Bab 16: Perjumpaan Syeikh Al-Azhar dengan Pendeta Israel       
Kombo iBS #1 : al-Quran Terjemahan at-Thayyib + Kitab Pelajaran Tajwid

Kombo iBS #1 : al-Quran Terjemahan at-Thayyib + Kitab Pelajaran Tajwid



Pakej Kombo iBS #1

☆ al-Quran Terjemahan at-Thayyib - RM65.00
- http://ibnuddinbookshop.blogspot.com/2014/02/al-quran-terjemahan-at-thayyib.html

☆ Kitab Pelajaran Tajwid (30 Minit Ustaz Don) - RM10.00
- http://ibnuddinbookshop.blogspot.com/2013/10/kitab-pelajaran-tajwid-rumi.html

Kos postage :
■ Semenanjung Malaysia - RM6.00
■ Sabah/Sarawak - RM10.00

HARGA BIASA : RM65 + RM10 + RM6/RM10
= RM81 (Semenanjung)
= RM85 (Sabah/Sarawak)

HARGA PROMOSI ♡♥♡♥ :

Semenanjung Malaysia : RM75.00

Sabah/Sarawak : RM80.00


Cepat, sebelum terlambat. STOK TERHAD.







Huru Hura Hari Kiamat - Ibnu Kathir

Huru Hura Hari Kiamat - Ibnu Kathir




HURU HARA HARI KIAMAT - Hardcover 

Penulis : Ibnu Kathir

Bil. Muka Surat : 589 m/s

Harga :  RM 55.00 (Harga Kami Serendah - RM54.00)



* * *





Di dalam Al-Quran banyak dinyatakan tentang hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini. Tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai satu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan itu. Sebenarnya itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di muka bumi.


Buku ini adalah hasil tulisan asal Ibnu Kathir, yang juga seorang tokoh ilmu hadis yang banyak menghasil buku yang menjadi rujukan dan bacaan seluruh umat Islam sehingga kini. Di dalam buku ini, Ibnu Kathir menghurai secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi maksud, peristiwa-peristiwa yang berkaitan serta lebih mantap lagi adalah dari segi dalil atau nas yang diketengahkan bagi menyokong maklumat yang dihuraikan.

Semoga dengan pengetahuan dan ilmu yang dihidangkan di dalam buku ini akan bertambah keyakinan dan keimanan kita kepada Allah serta keimanan kita kepada Hari Kiamat. Dengan bukti-bukti serta kisah-kisah itu juga hidup kita akan lebih fokus dan matlamat hidup lebih teguh bagi mendapat kebahagian, kejayaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Fiqh Keutamaan - Keutamaan Seorang Muslim (Dr. Yusuf al-Qardhawi)

Fiqh Keutamaan - Keutamaan Seorang Muslim (Dr. Yusuf al-Qardhawi)



Tajuk : Fiqh Keutamaan

Penulis : Dr. Yusuf al-Qardhawi

Saiz: 6 x 9 inci

Jumlah Muka Surat : 368

Penerbit: PTS

Harga : RM25.00 (Harga Kami Serendah - RM24.00)


*  *  *


Perkara mana yang lebih utama?

Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang?

Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap?

Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman?

Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan?

Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar?

Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan?

Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari?

Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan?

Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul.

Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.


Isi Kandungan :


Pendahuluan

Bab 1: Fiqh Aulawiyyat Sebagai Keperluan Umat Islam

Pengenalan

Kesilapan Umat Islam Masa Kini dalam Menilai Keutamaan

Kesilapan Ahli Agama Masa Kini dalam Fiqh Aulawiyyat

Bab 2: Hubungan Fiqh Aulawiyyat dengan Fiqh Lain

Hubungan antara Fiqh Aulawiyyat dan Fiqh Muwazanah (Fiqh Pertimbangan)

Pertimbangan antara pelbagai mashalih

Pertimbangan antara satu keburukan dan mudaratdengan keburukan dan mudarat yang lain

Pertimbangan antara mashalih dan mafasid apabilakedua-dua perkara ini bertentangan antara satu sama lain

Cara mengetahui mashalih dan mafasid

Cara mengetahui mashalih dan mafasid di dunia dan akhirat

Tujuan Penulisan Buku Qawaid Al-Ahkam

Hubungan antara Fiqh Aulawiyyat dan Fiqh Maqasid Syariah (Tujuan-Tujuan Syariah)

Hubungan antara Fiqh Aulawiyyat dan Fiqh An-Nusus

Bab 3: Keutamaan Kualiti Berbanding dengan Kuantiti

Bab 4: Keutamaan dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran

Keutamaan Ilmu Berbanding dengan Amal

Ilmu adalah syarat dalam setiap amalan utama; politik,ketenteraan, dan kehakiman

Kepentingan ilmu kepada mufti

Kepentingan ilmu kepada pendakwah dan guru

Keutamaan Memahami Berbanding dengan Hafalan Semata-Mata

Keutamaan Pensyariatan Berbanding dengan Perkara-Perkara Zahir

Keutamaan Ijtihad Berbanding dengan Taqlid

Keutamaan Kajian dan Perancangan dalam Urusan Dunia

Keutamaan Pendapat Para Ulama Fiqh

Perbezaan antara qat’ie dan zhanni

Bab 5: Keutamaan dalam Lapangan Fatwa dan Dakwah

Keutamaan Perkara yang Ringan dan Mudah Berbanding dengan Perkara yang Berat dan Susah

Pengiktirafan Hukum dalam Keadaan Darurat

Berubah Fatwa dengan Berubahnya Masa dan Tempat

Menjaga Sunnah yang Berperingkat (Marhalah) dalam Dakwah

Memperbetulkan Budaya Umat Islam

Membetulkan Perhatian terhadap Isu-Isuyang Dibawa oleh Al-Quran

Bab 6: Keutamaan dalam Amalan dan Pekerjaan

Keutamaan Amalan yang Berterusan Berbanding dengan Amalan yang Terputus-Putus

Keutamaan Amalan yang Banyak Manfaat Berbanding denganAmalan yang Kurang Bermanfaat

Keutamaan dalam Amalan yang Lebih Besar Manfaatnyadan Lebih Lama Kesannya

Keutamaan Beramal pada Zaman Fitnah

Keutamaan Amalan Menggunakan Hati Berbanding denganAmalan Menggunakan Anggota Badan

Perbezaan Peringkat Keutamaan Bersesuaian dengan Peringkat Perbezaan Waktu, Tempat, dan Keadaan

Pekerjaan dunia yang baik

Ibadah yang utama

Bab 7: Keutamaan dalam Melaksanakan Tuntutan

Mengutamakan Perkara Usul Berbanding dengan Perkara Furu'

Mengutamakan Perkara Wajib dan Fardhu Berbanding dengan Perkara Sunat

Bersederhana dalam melakukan perkara sunat

Kesilapan mengutamakan perkara sunat berbanding dengan perkara fardhu

Kata-kata Imam Ar-Ragib

Mengutamakan Fardhu Ain Berbanding dengan Fardhu Kifayah

Perbezaan peringkat fardhu kifayah

Mengutamakan Hak Manusia Berbanding denganHak Mutlak Allah s.w.t.

Mengutamakan Hak Masyarakat Berbanding dengan Hak Individu

Mengutamakan Wala’ kepada Umat Berbanding dengan Wala’ kepada Kabilah dan Individu

Menanam semangat berjemaah dalam diri setiap individu

Bab 8: Keutamaan dalam Menjauhi Larangan

Ateisme

Kufur Syirik

Kufur Ahli Kitab

Kufur Orang yang Murtad

Kufur Munafik

Membezakan Kufur, Syirik, dan Munafik: Antara Besar dan Kecil

Kufur besar dan kufur kecil

Syirik besar dan syirik kecil

Munafik besar dan munafik kecil

Dosa Besar

Dosa besar daripada maksiat hati

Maksiat Nabi Adam a.s. dan maksiat iblis

Kekejian sifat angkuh dan sombong

Hasad dengki dan kebencian

Sifat kedekut yang sentiasa dituruti

Hawa nafsu yang dipatuhi

Perasaan ujub terhadap diri sendiri

Perasaan riak yang terkeji

Cinta dan sentiasa menginginkan dunia

Cinta harta, kemegahan, dan pangkat

Dosa Kecil yang Diharamkan

Bid'ah dalam Kepercayaan dan Amalan

Perkara Syubhah

Perkara Makruh

Bab 9: Keutamaan dalam Melakukan Penambahbaikan

Mengubah Diri Sebelum Mengubah Sistem

Tarbiah Sebelum Jihad

Mengapakah tarbiah perlu diutamakan?

Mengutamakan Serangan Pemikiran

Perang pemikiran dalam lapangan Islam

Aliran pemikiran khurafat

Aliran literal

Aliran penentang dan kekerasan

Aliran sederhana dan tanggungjawab mereka

Pelaksanaan Undang-Undang Syariah ataupun Tarbiahdan Sebaran Informasi?

Bab 10: Keutamaan dalam Ilmu Warisan Silam Umat Islam

Orang yang Bertanya Mengenai Seorang yang Sedang Berihram Membunuh Lalat

Bercampur Gaul dengan Orang Lain ataupun Mengasingkan Diri Ketika Kerosakan Tersebar?

Meninggalkan Perkara yang Dilarang ataupun Melaksanakan Perkara yang Diperintahkan?

Kaya Diringi Syukur ataupun Miskin Disertai Sabar?

Al-Ghazali dan Fiqh Aulawiyyat

Contoh melanggar susunan syarak untuk setiap amalan

Contoh membelanjakan harta pada perkara yang kurang penting

Orang kaya yang sibuk melakukan ibadah fizikal

Membelanjakan harta bagi mengerjakani badah haji sunat

Ulama Lain yang Turut Memberikan Perhatian terhadap Fiqh Aulawiyyat

Ibnu Taimiyyah dan Fiqh Aulawiyyat

Perbezaan kelebihan amalan mengikut perbezaan keadaan

Pertembungan antara perkara baik dan jahat

Bab 11: Keutamaan dalam Reformasi Dakwah

Muhammad bin Abdul Wahab

Muhammad Ahmad Al-Mahdi

Jamaluddin Al-Afghani

Muhammad Abduh

Hasan Al-Banna

Al-Maududi

Said Qutub

Muhammad Al-Mubarak

Al-Ghazali

Biodata Penulis

Glosari
Harta Dunia Saham Akhirat

Harta Dunia Saham Akhirat





Tajuk : Harta Dunia Saham Akhirat

Hamizul Abdul Hamid

Halaman: ~336

Berat: 300 gram

Harga : RM19.90 (Harga Kami Serendah - RM 19.00 )


*  *  *



Membongkar rahsia jadi ‘jutawan akhirat’ melalui sedekah, infak, derma atau zakat. Segalanya,demi menyubur iman, mencambah rezeki!

Semua manusia mahu kaya. Bahkan, tiada siapa yang menolak apabila dihulur wang, emas, rumah atau kenderaan. Semuanya ada nilai tersendiri waima kecil atau besar. Hakikatnya, manusia dan harta merupakan magnet yang cukup kuat. Kerana harta, manusia menjadi maju walau ada waktunya menjadi jahat. Dengan harta juga, manusia tidak pernah berasa puas.

Tahukah anda, hari ini ramai yang lalai dengan ‘tawaran’ ALLAH SWT untuk menjadi kaya. Kebanyakannya melihat harta sebagai simbol kemewahan. Lantas, bagaimana dengan sedekah, infak, jariah, zakat atau derma? Tidakkah mereka tahu bahawa perkara itu juga menjadi sumber menjemput rezeki untuk kekayaan berlipat kali ganda?

HARTA DUNIA SAHAM AKHIRAT, berkongsi rahsia ‘bisnes akhirat’ yang menguntungkan. Usah khuatir kerana semua tip yang diberi bukan rekaan. Sudah terbukti, ia berhasil! Jadikan buku ini sebagai bantuan untuk mengaut kemewahan. Pasti anda menjadi insan ‘terkaya’ di akhirat kelak. Percayalah!




Kewangan Harian Kita Halal atau Haram?

Kewangan Harian Kita Halal atau Haram?





Tajuk : KEWANGAN HARIAN KITA HALAL @ HARAM?

Penulis : Muhamad Zuhaili

Halaman: ~288 

Berat: 360 gram 

 Harga: RM 14.00 



*  *  *

Sinopsis


Setiap hari kita menggunakan wang untuk jual beli produk ataupun membayar perkhidmatan. Namun bagaimana pengurusan tersebut dijalankan, itulah yang perlu dititikberatkan.

Kewajipan kita dengan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan perlu menepati piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang lain.

 Kewangan Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.


 Antara kandungan menarik:

· Jual Beli  · Kad Kredit

· Akad & Kontrak

· Riba & Urus Niaga Lain

· Keuntungan Dalam Islam

· Hukum Penetapan Harga

· Keistimewaan Ekonomi Islam

· Pekerjaan & Pencarian Rezeki

· Hukum Kontrak Kontemporari  Keuntungan Yang Diharamkan
Prophetic Parenting - Cara Nabi Mendidik Anak

Prophetic Parenting - Cara Nabi Mendidik Anak





Tajuk :  Prophetic Parenting - Cara Nabi Mendidik Anak

Bahasa Indonesia Moden. 90% Mudah Faham

Penulis :  DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid 

Penerbit: Pro U Media 

Bil. Muka Surat : 612 halaman 

Berat: 750 gram

Harga : RM65.00



*  *  *


Setelah melakukan kajian terhadap Sirah Nabawiyah dan As- Sunnah, penulis berpendapat bahwa pendidikan bagi anak bermula dari ketika kedua orang tuanya menikah. Hubungan antar keduanya, kesalehan mereka dan kesepakatan mereka dalam melakukan kebajikan akan memiliki pengaruh yang sangat besar dalam membangun sisi psikis dan kecenderungan sang buah hati.

Buku ini memaparkan betapa pentingnya pertumbuhan anak sejak dalam asuhan sang ibu, keluarga dan lingkungannya terutama hubungan kekerabatan dengan kedua orangtua dan karibnya. Juga bagaimana sang anak mampu berfikir dan menjaga nilai-nilai Islami dalam masa pertumbuhannya.

Yang paling menarik, penulis juga menekankan tentang pentingnya pemakaian media dan alat peraga yang sesuai dengan usia anak. Semua itu beliau simpulkan berdasar pada metode pendidikan Islam, hadis-hadis Nabi Shallallâhu ’alayhi wa Sallam dan pernyataan para pakar pendidikan Islam.

“Setiap keluarga Muslim membutuhkan buku ini untuk diletakkan dalam perpustakaan pribadi dan ditelaah, kemudian seluruh petunjuk kenabian yang terdapat di dalamnya diaplikasikan dalam bentuk amal nyata.” Doktor Mahmud ath-Thahhan (Ketua Jurusan Tafsir dan Hadits, Fakultas Syariah Universitas Kuwait)



Mencari-cari KAEDAH EFEKTIF MEMPERBAIKI KESALAHAN ANAK. Sungguh indah panduan yang Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang mahu berfikir..Sungguh Allah Maha Penyayang meminjamkan kita Ilmu mendidik anak-anak yang Allah amanahkan kita untuk menjaganya...

Di saat kita buntu macam mana nak handle anak-anak kita ni....teknik apa yang sesuai sebenarnya? Cara apa yang betul?

Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, dalam buku Prophetic Parenting-.Cara Nabi Didik Anak mengenengahkan bahawa apabila kita berhadapan dgn salah laku anak, mencari inti (dasar) kepada kesalahan itu, sangatt membantu kita sebagai panduan untuk kita memilih cara yang sesuai untuk kita membetulkannya.

Langkah mengeluarkan akar (punca) kesalahan dilihat menunjukkan hasil yang LUAR BIASA dalam aktiviti pendidikan...di mana ia di sandarkan kepada:

1. Kesalahan dalam pemahaman, iaitu si anak tidak ada pemahaman yang betul tentang sesuatu, sehingga dia melakukan kesalahan.

2. Kesalahan dalam aplikasi- anak tak dapat selesaikan sesuati tugasan atau aktiviti dengan baik dan tidak terlatih melakukan sesuatu kerja sehingga dia melakukan kesalahan.

3. Kesalahan terletak pada anak sendiri yang sengaja melakukan kesalahan termasuk memiliki jiwa pemberontak...

Oleh sebab itu, mencara dasar kepada kesalahan anak sangat membantu kita untuk memilih kaedah apa yang sesuai...

Indahnya Ilmu Mu wahai Tuhan kami,,

Buku Prophetic Parenting adalah buku best seller timur tengah, berbahsa indonesia moden yang amat mudah faham.

Pimpin Aku Ke Syurga - Afdholul Rahman

Pimpin Aku Ke Syurga - Afdholul Rahman




Tajuk : Pimpin Aku Ke Syurga

Penulis : Afdholul Rahman

Bil. Halaman : ~384 Muka Surat

Berat: 460 gram

Harga: RM 19.90 (Harga Kami Serendah RM19.00)



*  *  *





Secara umumnya, naskhahPIMPIN AKU KE SYURGA ini mengumpulkan 64 buah artikel yang bertemakan anak muda dan perubahan.

Isu anak muda yang sering kali dikaitkan dengan perubahan. Ini disebabkan anak muda punyasemangat yang membara dan tenaga yang kuat untuk merealisasikan cita-cita. Bahkan, kita semua pasti melalui fasa-fasa hidup sebagai seorang anak muda. Kita ini akan, sedang dan telah melaluinya.

Anak muda yang sedang berada di fasa ini merupakan tulang belakang kepada corak masyarakat pada masa hadapan. Jika tulang belakang ini dijaga sebaiknya, maka masyarakat yang lahir pastilah baik juga. Jika patah tulang ini, maka rosaklah masyarakat yang akan datang. Maka itu, anak muda hari ini perlu dijaga dan dididik dengan sewajarnya bagi membentuk peribadi yang diingini Sang Pencipta.

Kita mahukan anak muda yang ada padanya iman, yang, mampu mencetuskan perubahan kepada dunia. Ramai sudah orang yang melalui masa muda, tetapi mensia-siakannya begitu sahaja. Ada yang dihabiskan pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan semua itu telah memperkecilkan potensi yang ada pada diri. Justeru, isu anak muda dan perubahan tidak mungkin dipisahkan.

Itulah yang cuba disampaikan melalui buku ini bahawa anak muda sangat berkait rapat dengan perubahan. Tetapi, biarlah perubahan itu digerakkan di atas paksi iman.
Santunan Fitrah - Dr. Harlina Halizah Siraj

Santunan Fitrah - Dr. Harlina Halizah Siraj



Tajuk : Santunan Fitrah

Penulis : Dr. Harlina Halizah Siraj

Halaman: ~240

Berat : 460 gram

Penerbit : Karya Bestari 

Harga: RM 17.00 


 *  *   *

Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosialmasyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran.


Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa premis yang berasaskan data serta bukti sebelum mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di peringkat individu dan masyarakat.


Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam, betapa manusia ini sudah sedia dibekalkan dengan manual kehidupan yang lengkap sempurna oleh Allah– melalui panduan Kitab al-Quran yang dihidupkan dengan demonstrasi sepanjang hayat kehidupan Rasulullah SAW melalui catatan sunnah baginda yang mulia.


Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah!


Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama penulisan buku ini.

Aku Ingin Kembara Lagi - Dr. MAZA

Aku Ingin Kembara Lagi - Dr. MAZA




Tajuk : Aku Ingin Kembara Lagi

Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Bil .Halaman : ~272 Muka Surat

Berat: 460 gram

Penerbit : Karya Bestari

Harga: RM 17.00 (Harga Kami Serendah - RM16.00)



*  *  *




“Aku Ingin Kembara Lagi’ merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford.

“Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat ‘jatuhcinta’ kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya.”


“Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham. Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada saya untuk terus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.”
Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis

Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis





Tajuk : Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis

Penulis: Syeikh Abdul Malik Bin Abdullah

Bil. Muka Surat : 495 muka surat

Terjemahan ke Rumi: Amdan Hamid

Penerbit: Jahabersa

Harga: RM65.00 (Harga Kami Serendah - RM63.00)



*  *  *



Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis merupakan terjemahan dan ulasan daripada seorang pelopor pengajian pondok secara tradisi yang tertua di Terengganu.

Beliau adalah seorang ulama yang masyhur di Terengganu iaitu Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau juga dikenali dengan nama Tok Pulau Manis sempena nama kampungnya, Kampung Pulau Manis (Serada), Kuala Terengganu.

Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya.Dan juga umpama buah-buahan.Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya.

 Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan.Orang itulah yang sebenar dipujinya.Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya.Dan yang jahil tentangnya api neraka.Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.



Fiqh Jihad - Dr. Yusuf al-Qardhawi (Jilid 1 dan 2)

Fiqh Jihad - Dr. Yusuf al-Qardhawi (Jilid 1 dan 2)





Tajuk : Fiqh Jihad ( 1 Set - Jilid 1 dan 2 )

Penulis : Dr. Yusuf al-Qardhawi

Jumlah Muka Surat : 2279 m/s (Kedua-dua jilid)

Penerbit: PTS 

Bahasa : 100% Bahasa Melayu (ditafsir oleh Ustaz Fauwaz Fadzil Noor)

Harga : RM260.00 (Harga Kami Serendah - RM250.00)



*  *  *


Buku ini khusus untuk:

- Cendekiawan

- Pengamal undang-undang

- Sejarawan

- Politikus

- Aktivis

- Pasukan keselamatan

- Angkatan tentera

- Pemikir

- Orientalis

- Pejuang agama

- dan siapa sahaja yang ingin menyelami hakikat keindahan Islam.



Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti:

-Hakikat jihad dalam Islam

-Hukum perang antara negara Islam

-Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain

-Hukum memerangi rakyat di negara musuh

-Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab)

-Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini

-Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim

-Syariat jihad dalam Islam dan agama lain

-Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan




ISI KANDUNGAN :

Penghargaan

Biografi Penulis

Kata Penghantar Penerbit

Kata Penghantar Penterjemah

Mukaddimah

Definisi-Definisi Utama



Jilid I

BAB1 : HAKIKAT, KEFAHAMAN, DAN HUKUM HUDUD BERJIHAD

Fasal 1: Definisi dan Konsep Jihad

Fasal 2: Hukum Jihad: Wajib Ataupun Tatawwu’ (sunat)

Fasal 3: Merealisasikan Fardu Kifayah dalam Jihad

Fasal 4: Bilakah Jihad Menjadi Fardhu Ain?

Fasal 5: Bagaimana Perlaksanaan Fardhu Ain dalam Jihad Dapat Dilaksanakan?

Fasal 6: Peranan Wanita dalam Jihad



BAB 2: PEMBAHAGIAN DAN PERINGKAT JIHAD

Fasal 7: Antara Jihad dan Qital (peperangan)

Fasal 8: Jihad Melawan Hawa Nafsu

Fasal 9: Jihad Melawan Godaan Syaitan

Fasal 10: Jihad Menentang Kezaliman dan Kemungkaran dalam Masyarakat

Fasal 11: Sikap Manusia Terhadap Jihad dalam Masyarakat

Fasal 12: Jihad Dakwah dan Komunikasi

Fasal 13: Peringkat Jihad Masyarakat Sivil

Fasal 14: Perkembangan Jihad daripada Dakwah kepada Perang



BAB 3: JIHAD: ANTARA BERTAHAN ATAUPUN MENYERANG

Fasal 15: Dasar Hubungan Umat Islam dengan Pihak Lain: Damai ataupun

Perang?

Fasal 16: Hukum Berperang dengan Golongan Berdamai dan Dalil

Mereka yang Mengharuskanya

Fasal 17: Perbincangan Dalil-Dalil Membenarkan Perang

Fasal 18: Ayat Pedang yang Dianggap Sebagai Nasikh 140 Ayat yang Lain

Fasal 19: Penjelasan Hadith: “Aku Diutuskan Menjelang Datangnya Hari Kiamat

dengan Membawa Pedang”

Fasal 20: Penjelasan Hadith: “Aku Diperintahkan Memerangi Manusia Sehingga

Mereka Mengucap Lailahaillallah”

Fasal 21: Peperangan Rasulullah s.a.w. Selalu Dimulakan oleh Serangan Musuh

Fasal 22: Perluasan Negara oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin

Fasal 23: Kekufuran Punca Pepernagan

Fasal 24: Jihad At-Thalab adalah Fardhu Kifayah

Fasal 25: Falsafah Menundukkan System Taghut dan Jahiliyyah kepada Sistem

Islam

Fasal 26: Dalil-Dalil Golongan yang Menyokong Jihad Pertahanan



BAB4: JIHAD PERANG DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Fasal 27: Islam Menganjurkan Keamanan dan Membenci Peperangan

Fasal 28: Matlamat Peperangan dalam Islam

Fasal 29: Tujuan Jihad yang Disangkal oleh Islam

Fasal 30: Perbandingan Konsep Jihad antara Syariat Taurat dan Syariat

Al-Quran

Fasal 31: Kepincangan Pendapat yang Menyataka Islam Tersebar Melalui Mata

Perang



BAB 5 : JIHAD DALAM ISLAM

Fasal 32: Keduduka Jihad Menurut Al-Quran dan Sunnah

Fasal 33: Kedudukan Pertahanan

Fasal 34: Bahaya Tidak Menyertai Jihad

Fasal 35: Keberlansungan Jihad dan Fahaman Aliran Qadiyaniah

Fasal 36: Menyiapkan Umat Supaya Berjihad

Fasal 37: Menyiapkan Sumber-Sumber Ekonomi bagi Berjihad



BAB 6 : PASUKAN JIHAD ISLAM

Fasal 38: Kewajipan Tentera Islam Sebelum Berperang

Fasal 39: Kewajipan Pasukan Islam Apabila Perang Ketika Perang

Fasal 40: Adab dalam Berjihad

Fasal 41: Meminta Bantuan daripada Golongan Bukan Islam dalam Jihad

Fasal 42: Undang-Undang Moral Berkenaan Peperangan dalam Islam



Jilid II

BAB 7: BAGAIMANA MENAMATKAN PEPERANGAN

Fasal 43: Menamatkan Peperangan Tanpa Pertempuran (mengundur Diri)

Fasal 44: Perjanjian Damai dan Genjatan Senjata

Fasal 45: Memeluk Islam

Fasal 46: Kekalahan Musuh dan Pembayaran Jizyah

Fasal 47: Kekalahan Tentera Islam dan Implikasinya



BAB 8 : PASCA PERANG

Fasal 48: Jaminan Keamanan dan Perlindungan

Fasal 49: Kedudukan Tawanan Perang daripada Pihak Musuh

Fasal 50: Sikap Terhadap Tawanan Muslim

Fasal 51: Hukum Berkaitan Harta Rampasan Perang

Fasal 52: Negara Islam dan Negara Kafir Harbi

Fasal 53: Hak dan Kewajipan Ahli Zimmah dalam Masyarakat Islam



BAB 9: PERANG DALAM WILAYAH ISLAM

Fasal 54: Perang antara Negara Islam

Fasal 55: Memerangi Puak Pelampau ataupun Pemberontak

Fasal 56: Peperangan Melawan Sistem Pemerintahan



BAB 10 : JIHAD DAN ISU UMAT

Fasal 57: Jihad dan Irhab (keganasan)

Fasal 58: Konflik Antara Islam dan Yahudi

Fasal 59: Interaksi Islam Dengan Kristian (nasrani) : Perdebatan ataupun

Konfrontasi?

Fasal 60: Hubungan Golongan Islam dengan Penganut Hindu dan Buddha

Fasal 61: Kesan Pertembungan Kelompok Jihad dengan Kerajaan

Fasal 62: Jihad Masa Kini



LAMPIRAN

BIOGRAFI TOKOH

BIBLIOGRAFI

INDEKS

Halalkan Makanan Kita? - Bagaimana Mencarinya di Pasaran

Halalkan Makanan Kita? - Bagaimana Mencarinya di Pasaran






Tajuk : Halalkan Makanan Kita?

Penulis : Dr. Saadan Man & Zainal Abidin Yahya

Jumlah Muka Surat : 336 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM20.00 (Harga Kami Serendah RM19.00)



*  *  *


Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Apakah makanan yang terbaik? Mengapakah agama Islam mewajibkan umatnya supaya mencari yang halal? Apakah konsep halal dan haram menurut perspektif Islam?

Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.


Isi Kandungan :


Kata Pengantar

Pengenalan

Bab 1: Makanan Menurut Islam

Bab 2: Prinsip-Prinsip Halal dan Haram

Bab 3: Kategori Makanan

Bab 4: Halalan Toyyiban dalam Makanan

Bab 5: Aplikasi Halalan Toyyiban dalam Pasaran

Bab 6: Halalan Toyyiban dalam Undang-Undang Kawalan Makanan

Penutup

Bibliografi

Lampiran
Fiqh Pengantar - Teks Komprehensif Pengajian Islam

Fiqh Pengantar - Teks Komprehensif Pengajian Islam




Tajuk : Fiqh Pengantar - Teks Komprehensif Pengajian Islam

Penulis : Ustaz Abd. Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin

Penerbit : Putaka Salam Sdn Bhd 

Bil. Muka surat : 400 m/s

Harga : RM18.50


*  *  *



Buku Pengantar Fiqh:

KANDUNGAN

BAHAGIAN A: MUAMALAT
1. Mukadimah
2. Jual Beli
3. Riba
4. Khiyar
5. Mudarabah
6. Wakalah
7. Sewa
8. Wakaf
9. Wadi'ah
10. Syarikat
11. Wasiat
12. Nazar
13. Sumpah

BAHAGIAN B: MUNAKAHAT
14. Mukadimah
15. Persediaan Sebelum Kahwin
16. Akad Perkahwinan
17. Tanggungjawab Suami Isteri
18. Penyelesaian Terhadap Krisis Rumahtangga
19. Pembubaran Rumahtangga
20. 'Iddah
21. Rujuk
22. Poligami
23. Hubungan Rumahtangga Dalam Konteks Masyarakat
24. Persoalan Semasa Tentang Perkahwinan

BAHAGIAN C: JENAYAH
25. Mukadimah
26. Jenis-Jenis Jenayah
27. Qisas, Kifarat Dan Diyat
28. Ta'zir
29. Pesoalan Jenayah Semasa

BAHAGIAN D: FARAIDH
30. Mukadimah
31. Syarat-Syarat Perwarisan
32. Tertegah Daripada Mewarisi Harta


Terjemahan Syarah Sahih Muslim - Imam Nawawi

Terjemahan Syarah Sahih Muslim - Imam Nawawi



Terjemahan Syarah Sahih Muslim - Imam Nawawi

Terdapat 18 Jilid

Harga : RM1300

Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat-solat Sunat (Lelaki dan Perempuan)

Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat-solat Sunat (Lelaki dan Perempuan)





Tajuk : Panduan Lengkap Solat Fardhu dan Solat Sunat

 Penulis : Mukhlas Syarkun

Penerbit : Pustaka Azhar

Harga : RM12.00 


*  *  *



Solat merupakan ibadah istimewa. Ia satu ibadah yang penuh hikmah dan falsafahnya bukan hanya menjanjikan pahala dan balasan nikmat syurga, tetapi amat berkesan kearah pembinaan syahsiah diri kearah kecemerlangan dan kejayaan disamping menjadi benteng unsur-unsur negatif.

Solat sunat merupakan ibadah sebagai penambah untuk menyempurnakan ibadah yang wajib. Sesungguhnya dengan melakukan ibadah solat sunat ini ia dapat merapatkan lagi jurang diantara Penciptanya dengan wujudnya kekhusyukkan yang membara serta kerinduan yang mendalam terhadap yang disembah (Allah).

Dengan kesempurnaan melakukan ibadah solat diharap segala dipohon akan dimakbulkan supaya hidup ini sentiasa diberkati didunia dan di akhirat.


DVD Panduan Solat 3D

DVD Panduan Solat 3D





DVD Panduan Solat 3D

Penyusun: Ustaz Misdi Al-Haj

Terbitan: Pustaka Azhar

Harga: RM24.90 (Harga Kami Serendah RM24.00)


*  *  *


Bacaan Solat:

Fakhrul Radhi Kamarudin (Juara Akademi Al-Quran Musim ke 3)

DVD Panduan Solat 3D ini memberikan panduan asas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan menggunakan teknologi animasi terkini. Video 60 minit ini akan menerangkan aspek yang relevan tentang:

* maksud sebenar solat dan kenapa umat Islam perlu mematuhinya


* peristiwa Israk Mi'raj yang membawa kepada perintah solat


* cara-cara berwuduk dan hukum yang membatalkannya


* azan dan iqamah


* panduan asas solat 5 waktu lengkap dengan bacaan surah-surah dan maksudnya


* pengetahuan untuk solat jemaah, solat jumaat dan lain-lain perkara yang berkaitan


* cara-cara mengerjakan solat untuk orang kurang upaya seperti solat duduk dan baring


* perkara-perkara yang membatalkan solat


* koleksi doa-doa lazim selepas solat


* animasi bonus tentang panduan mengerjakan mandi wajib
Wanita-Wanita Syurga - Dr. Yusuf al-Qardhawi

Wanita-Wanita Syurga - Dr. Yusuf al-Qardhawi




Tajuk : Wanita-Wanita Syurga 

Penulis : Dr. Yusuf al-Qardhawi

Jumlah Muka Surat : 106 m/s

Penerbit: PTS 

Harga : RM17.00 (Harga Kami Serendah RM16.00)


*  *  *


Nafisah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Perkara apakah yang menghalang kamu berumahtangga?"

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Nafisah bertanya lagi, "Apa pendapat kamu, sekiranya kamu dicukupkan dengan seorang wanita yang cantik, kaya, dan serasi?"

"Siapa?" soal Nabi Muhammad s.a.w.

"Khajidah," jawab Nafisah.



Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidatina Khadijah r.a. dinaungi kebahagiaan yang berpanjangan. Jasa Saidatina Khadijah begitu besar bukan sahaja dalam kehidupan peribadi Rasulullah,

malah kepada perkembangan Islam seluruhnya. Cinta hati Rasulullah itu banyak berkorban harta dan air mata, menjadi sayap kiri perjuangan Baginda, dan pendamping setia ketika gembira mahupun derita.



Imam Al-Bukhari merekodkan daripada Abu Hurairah. Beliau menceritakan Malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Wahai Muhammad, Khadijah sedang menuju ke arahmu dengan membawa seberkas makanan.

Apabila beliau sampai, sila sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku. Khabarkan berita gembira kepada beliau tentang sebuah mahligai pertama untuknya di syurga. Di sana tidak ada lagi kesengsaraan dan kesakitan."



Kisah-Kisah Srikandi Agung yang terdapat dalam buku ini:

Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.
Fatimah Binti Muhammad, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.
Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang
Rumaisa' Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal
Nusaibah Bintiu Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.
Fatimah : Kisah Puteri Nabi

Fatimah : Kisah Puteri Nabi






Tajuk : Fatimah : Kisah Puteri Nabi

Jumlah Muka Surat : 192 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM16.00 ( Harga Kami Serendah - RM15.00 )


*  *  *



Segala-galanya bermula daripada sebuah keluarga yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Lahir seorang puteri yang mulia. Beliau adalah susuk wanita yang dijadikan teladan sejak zaman berzaman. Taatnya kepada Allah s.w.t., patuhnya kepada Nabi Muhammad s.a.w., setianya kepada suami dan sayangnya kepada anak-anak, adalah sebuah kisah indah yang sempurna.

Inilah novel, yang menceritakan kisah indah dan sempurna. Diceritakan oleh watak-watak yang mengagumi Fatimah. Dikisahkan dengan penuh hikmah, bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dikalungi pada peribadi. Beliau adalah Fatimah, puteri Nabi Muhammad s.a.w., puteri yang dijanjikan syurga.



Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi




Tajuk : Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Jumlah Muka Surat : 288

Penerbit: PTS

Harga : RM18.00 (Harga Kami Serendah - RM17.00)

BORANG TEMPAHAN


*  *  *



Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah s.w.t.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik dan dijadikan hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah s.w.t. tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah s.w.t. dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah s.w.t. Sampai ke akhir hayatnya, Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.



Aminah: Cinta Puteri Quraisy

Aminah: Cinta Puteri Quraisy






Tajuk : Aminah: Cinta Puteri Quraisy

Penulis : Zahiruddin Zabidi

Jumlah Muka Surat : 248 m/s

Penerbit: PTS

Harga : RM17.00 (Harga Kami Serendah RM16.00)


*  *  *



Aminah binti Wahab lebih dikenali sebagai bonda junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Namun pada satu sisi lain, Aminah adalah wanita Quraisy yang terbaik daripada segi keturunan dan kedudukannya pada waktu itu sehingga digelar puteri kaum Quraisy.

Beliau adalah isteri kepada Abdullah bin Abdul Muttalib, pemuda Quraisy yang terbaik pada zamannya. Novel ini bercerita berkenaan sisi ini, sisi beliau sebagai isteri yang memberikan sepenuh hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar suami.

Aminah bin Wahab adalah wanita kaum Quraisy daripada bani Zuhrah. Beliau adalah anak kepada pemimpin bani Zuhrah, Wahab bin Abdul Manaf. Namun, sedari kecil beliau dipelihara oleh bapa saudaranya, Wuhaib bin Abdul Manaf.

Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Masihi semasa dalam perjalanan pulang ke Makkah dari Madinah. Beliau dikebumikan di perkampungan bernama Abwaa.



Tafsir al-Quran di Radio (عبر الاثير )

Tafsir al-Quran di Radio (عبر الاثير )




[Tafsir al-Quran]

Tafsir al-Quran di Radio (عبر الاثير )

Penulis : Ustaz Haji Ahmad Sonhadji Bin Mohamad

Terdapat juzuk 1 hingga 30.

Satu juzuk, satu buku : Hanya RM18.00! ^^


Berminat?

Isi BORANG TEMPAHAN

atau

WhatsApp +60134194298



Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak

Ensiklomini Ibadah Untuk Kanak-kanak




Tajuk :

Penulis : H.B Akhyar

Jumlah Muka Surat : 48 m/s

Penerbit: PTS 

Harga : RM9.00


*  *  *


Ensiklomini ibadah menghimpunkan pelbagai onfo tentang perkara asas dalam Islam. Kanak-kanak dapat memahami penerangan info tentang perkara asas ini dengan mudah. Penggunaan kosa kata ringkas dan ilustrasi menarik membantu kanak-kanak meningkatkan ilmu pengetahuan dalam Islam.

Selain itu, ensiklomini ini diperkaya dengan kosa kota dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mempelajari bahasa ketiga. Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini juga memaparkan nilai-nilai murni yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak.

Kelebihan yang terkandung dalam buku ini menjadikan ia hadiah terbaik untuk anak-anak.

Contoh Bab:



Ibadah

-Azan
-Iktikaf
-Istighfar
-Baligh
-Tayamum
-Tahajud
-Salji
-Jumaat
-Jenazah
-Haji
-Hadas
-Khutbah
-Doa
-Zikir
-Ramadan
-Rawatib
-Zakat
-Sunah
-Sa’i
-Sahwi
-Syahadat
-Solat
-Saum (puasa)
-Dhuha
-Thaharah
-Tawaf
-Zuhur
-Akikah
-Aidil
-Umrah
-Ghaslu
-Fajar
-Qiamullail
-Korban
-Kusuf
-Kaabah
-Lailatulqadar
-Masjid
-Musafir
-Niat
-Najis
-Wuduk
-Wukuf
-Yaumul Baidh 
Solat Khusus Wanita

Solat Khusus Wanita




Tajuk: Solat Khusus Wanita

Penulis: Nurun Nasuha M A

Terbitan : Darul Nu'man

Bil. Muka Surat : 128 m/s.

Harga : RM 6.00



*  *  *



Setiap wanita mengharapkan keselamatan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Seharusnya memahami bahawa hakikat kehidupan ini merupakan pengabdian diri kepada Penciptanya. Menyempurnakan segala aspek kehidupan sesuai dengan suruhan Ilahi dalam misi mendekatkan diri kepada Khaliqnya.

Solat sempurna merupakan saluran gelombang utama yang dapat menghubungkan antara hamba dengan Khaliqnya untuk meluahkan segala hajat dan rintihan rahsia di hati yang tidak dapat di selesaikan oleh sesiapa pun melainkan yang Maha Kuasa. Kaum Hawa harus memahami ketentuan dalam mendekatkan diri pada Penciptanya agar sentiasa memperoleh keredhaanNya.

Semoga ianya bermanfaat bagi kaum wanita dalam mendirikan solat sempurna dan memperoleh keredhaanNya, insya Allah.


    Random posts widget

ibs

 
Dengan Kerjasama : Blog ibnuDDin
Copyright © 2011. ibnuDDin Book Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Created by Maskolis
Proudly powered by Blogger